Sunday 5 September 2021

Boleh ke kalau anak-anak kecil berbekam?

 Tak dinafikan ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka berbekam atas sebab kesihatan. Pada saya, soalan tu berbalik semula kepada ibubapa tersebut, PERLUKAH?

Bila berbekam kita akan rasa nyeri dikulit dan tak dinafikan akan rasa sedikit kesakitan. Kulit anak-anak kita masih muda, tak macam kulit kita yang dah hidup berpuluh tahun ni. Jadi kita kena fikir semula adakah anak-anak ini mampu menghadapi keadaan itu?

Bagi saya, apa pun jenis masalah kesihatan anak-anak, kita perlu merujuk ke pakar perubatan terlebih dahulu. Kerana kita perlu tahu dimana tahap masalah kesihatan anak-anak kita.

Saya bagi contoh, anak menghidap eczema dan tuan puan terbaca tentang bekam untuk mengatasi masalah eczima. Sebaiknnya tuan puan rujuk dahulu ke doktor pakar ya, sebab ada jenis sakit kulit begini tak sesuai berbekam, malah akan menjadikan penyakit tersebut lebih teruk.

Jangan rasa takut bertanya dengan doktor tuan puan tentang bekan, kerana saya sangat percaya sekarang ni ramai doktor yang percaya dengan Bekam. Jadi jika perlu, bertanyalah, sebab doktor lebih pakar dalam bidang perubatan.

Ada satu lagi situasi, anak-anak ada perasaan ingin tahu lebih-lebih lagi bila melihat ibu bapa mereka berbekam. Dan ada antara anak-anak yang teringin nak rasa macam mana bekam tu?

Saya pernah membekam kanak-kanak, tapi amat penting untuk kita pastikan dengan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut yang anak itu sihat. Tidak salah untuk seorang jurubekam menghadiahkan 1 cup untuk anak-anak itu meraka apa itu bekam. Cukup sekadar bekam angin, setidak-tidaknya mereka tahu macam mana rasanya.

Apa pun, kepada jurubekam jangan terlalu memandang pada income. Pandang dari sudut membantu, dan kepada semua jangan terlalu taksub kepada sesuatu dan apa pon kita perlu merujuk kepada yang lebih pakar.

Sekian, yang baik datang dari ALLAH dan yang salah itu datang dari diri saya yang naif ini.





Friday 3 September 2021

Bekam Muka untuk masalah JERAWAT

 Jerawat banyak? Malu nak jumpa orang? Dah cuba macam-macam cara tapi langsung tak berkesan?

Ye ke dah cuba macam-macam cara? Dah cuba berbekam?

Ada yang ngeri bila dengar bekam muka atau bekam wajah. Jangan takut, bekam pada muka dilakukan dengan lembut, tak sama macam bekam di bahagian-bahagoan lain badan yang mana sedutan agak kuat untuk menarik darah dan angin keluar dari badan.

Kalau nak tahu, Bekam ni sangat effektif untuk yang cuba merawat masalah wajah terutamanya jerawat. Tapi perlukan kesabaran ye, sebab perlu buat beberapa sesi untuk mendapatkan result yang cemerlang.

Soalan biasanya ditanya, "tak sakit ke kena cucuk di muka?"

Ok, untuk bekam muka, jarum yang digunakan lebin halus. Tujuannya supaya luka yang di buat untuk keluarkan darah tu tak nampak dan lebih cepat sembuh. Kalau risau, boleh tanya kepada tukang bekam sebelum proses membekam bermula ye, tanya jarum saiz apa yang digunakan untuk menusuk kulit muka anda nanti. Kalau pembekam cakap 28g, ok anda selamat.

Lepas bekam biasanya akan ada kesan lebam pada wajah. Kesan ni mungkin akan ambil masa untuk hilang jadi kena bertabah ye. Tapi di masa sekarang ni masyarakat tak kisah sangat dengan kesan lebam lepas bekam tu, silap-silap dorang pulak tanya kat mana korang buat bekam muka. 

Ok, jadi yang ada masalah jerawat dan masih buntu nak cari rawatan, atau takut-takut nak berbekam, jangan takut okay. Kuatkan hati teruskan niat korang untuk berbekam.




Thursday 26 July 2018

Bekam dan Akupuntur Wajah

Jerawat timbul2 mesti buat diri rasa down kan?

Jangan tunggu lama-lama,  cecepat rawat masalah jerawat tu.

Tahu tak yang akupunktur boleh bantu kecutkan jerawat dengan kadar segera dan takde kesan sampingan?

Paling mujarab kalau combine dengan bekam.

InshaAllah wajahbakan kembali bersih dari jerawat.

Pakej Bekam dan akupunktur wajah hanya RM95,  sangat2 berbaloi kan?
.
Nak kesan yang optimum kena buat sekurang-kurangnya 3x sesi dalam seminggu.


APA ITU GURAH?




Gurah adalah rawatan mengeluarkan lendir dan kahak yang kotor yang mengganggu sistem pernafasan yang menjadi punca penyakit seperti resdung dan asma.

Rawatan Gurah juga sangat sesuai kepada Qori',  Qoriah,  Bilal,  Imam,  penyanyi dan sesiapa sahaja untuk mencuci suara agar lebih merdu,  kuat dan nyaring.

Solisi jitu untuk membersihkan paru-paru,  peti suara dan rongga sinus atas dan bawah dari dalam yang membusuk tanpa kesan sampingan.

Rawatan Gurah mengambil masa 1 jam untuk setiap sesi.

Kos rawatan juga sangat berpatutan.

Tempah temujanji anda hari ni juga boleh whatsapp ke 0198222195.

Tuesday 1 May 2018

[KURSUS ASAS BEKAM KAMI AJAR SAMPAI PANDAI]

Kursus ini sesuai untuk;

☝️Anda yang nak belajar untuk diri sendiri dan keluarga. 👨‍👩‍👧‍👦

✌️Anda yang ingin membantu menambah pendapatan keluarga. 💰

👌Anda yang sudah ada bisnes dalam bidang SPA dan kecantikan dan ingin menambah cabang perkhidmatan anda. 💄

Kami menyediakan kursus asas bekam secara personal coaching dan kami ajar anda SAMPAI PANDAI.

YURAN : RM 500.00 SEORANG

YURAN TERMASUK ALATAN DIBAWAH;

1) PEN BEKAM
2) 20 biji jarum bekam
3) 1 set bekam 24 cup
4) 1 kotak alkohol swab
5) Sarung tangan dan face mask
6) Buku teks PENYEMBUHAN PENYAKIT KAEDAH BEKAM CARA RASULULLAH SAW
7) Sijil Penyertaan

8) Alatan asas untuk praktikal

Modul Latihan

Sesi pertama: Ta'aruf peserta

Sesi kedua: Pengenalan dan penerangan secara teori kaedah terapi bekam.

sesi ketiga: latihan praktikal

CARA-CARA NAK BOOKING KURSUS Sila TAIP
KURSUS BEKAM<>NAMA ANDA <>NO IC<>TARIKH YG DI PILIH> DAN SMS/WHATSAPP KE 019-8222195

CONTOH :
KURSUS BEKAM
SITI BINTI ALI 880123-14-5688
TARIKH 29 MAC 2018 SABTU

Kemudian kami akan hantarkan no akaun untuk anda buat bayaran booking sebanyak RM150.

Baki yuran sebanyak Rm350 perlu di jelaskan semasa hari kursus.

Apa itu Terapi Ceragem?

Ramai yang tanya, apa tu Terapi katil Ceragem?

Terapi Ceragem ni simple je,  pesakit cuma baring atas katil Ceragem dalam kedudukan yang betul.

Katil Ceragem mempunyai sistem mengurut dan FIR yang bagus untuk badan manusia.

Antara fungsi Terapi Katil Ceragem ;

🌞 Moxibustion (bertungku)
🌞 Far Infra Red (FIR)
🌞 Acupressure (tekanan)
🌞 Chiropractic (pembetulan tulang belakang)
🌞 Massage (urutan)

Selepas berterapi dengan katil Ceragem amat disarankan untuk berbekam.

InshaAllah badan akan berasa sangat segar dan bertenaga.

1 Mei 2018

1 Mei 2018 bersamaan 15 Syaaban 1439H kami buka seperti biasa ya.

10 pagi ~ 5 petang
8 malam ~ 10 malam

Oleh kerana esok cuti umum kami lanjutkan lagi promosi 😊

1) BEKAM BADAN HANYA RM50 (11cup)

2) GURAH RESDUNG HANYA RM35 (sejam)

3) URUT KATIL CERAGEM HANYA RM5 (30minit)

4) BEKAM KEPALA HANYA RM15 (1 cup)

5) BEKAM MUKA HANYA RM15 (4 cup)

Nak nak datang buat rawatan boleh walk in ye.

Tapi sebaiknya whatsapp kami dulu😊.
www.wasap.my/60198222195

Boleh ke kalau anak-anak kecil berbekam?

 Tak dinafikan ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka berbekam atas sebab kesihatan. Pada saya, soalan tu berbalik semula kepada ibubapa ter...