Wednesday 23 April 2014

Temujanji di luar kawasan

Alhamdulillah, kelmarin kami dapat panggilan dari Tanjumg Malim. Sebenarnya kami tak keberatan untuk pergi bak kata orang, jauh perjalanan luas permandangan.. sambil tu dapat juga menambah kenalan. Tapi, kami tak sampai hati bila kira-kira kos perjalanan yang perlu kami cas kepada pelanggan kami yang kami sayangi...

Macam ni lah.. untuk win win situation, untuk anda yang berminat dengan perkhidmatan kami dan anda tinggal diluar kawasan... kumpulkan kawan-kawan dan sanak saudara ajak berbekam ramai-ramai. Kos perjalanan yang kami kenakan tu bolehlah dikongsi sama rata (ni namanya berat sama dipikul, kalau ringan bolehlah dijinjing sorang2.. hehe..), dan kami kira amatlah berbaloi kerana harga perhidmatan kami juga amat reasonable.

Bukan setakat bekam sahaja, kalau anda ingin belajar Asas Bekam kami juga akan datang ke tempat anda. Info mengenai kursus disini

Anda yang berminat boleh hubungi kami untuk temujanji 0123350180 (SMS/Whatsapp)

Monday 21 April 2014

Comment tak boleh di baca

Assalamualaikum...

Saja2 nak corat-coret hari ni.. tergerak hati nak belek2 n setting2 blog harini. Entah macam mana ternampak ada comment dibeberapa post sebelum ni, dan try nak review. Allahu Akbar... tak boleh pula... macam mana ni?

Setelah lama membelek terfikir.. adakah sebab guna Google untuk profile blog jadi macam ni? Dan masa tu juga terfikir nak remove Google as a profile.. jeng..jeng..jeng... dan comment yang lama2 pon boleh di lihat.. tapi.... semua comment2 yang baru hilang...

Ok, saya nak minta maaf kepada semua yang pernah comment di blog saya tapi tak pernah pon saya reply. bukan sombong atau tak sudi, tapi sememangnya saya tak dapat melihat dan membaca comment anda.. Maafkan saya...

Bekam ke rumah Najwa No. HP: 012-3350180 (SMS/Whatsapp) BBM: 74C8E8FD Kawasan: Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Waktu Operasi: Isnin-Jumaat: Malam Sabtu, Ahad dan cuti umum: 10.00 pagi-6.00 petang

Monday 14 April 2014

Tarikh Sunat berbekam untuk bulan ini (Jamadilakhir 1435H)

Assalamualaikum W.M.

Seperti mana yang kita sedia maklum, tarikh sunat berbekam adalah setiap 17, 19 dan 21 haribulan Hijrah. Pada bulan ini tarikh Suna tersebut jatuh pada 17, 19 dan 21 April, wah senang nak ingat ni sebab sama.

Bagi anda yang mengalami masalah kesihatan amatlah di sarankan berbekam pada tarikh ini, sebabnya? sebagaimana kita semua maklum, pada tarikh tersebut bulan mengalami fasa mengecil setelah mengambang pada 15hb. Pada ketika ini juga darah yang mengandungi kandungan toksid akan naik ke permukaan kulit dan ini membantu pengeluaran darah yang berisiko mendatangkan penyakit dengan lebih banyak.

Masih ada kekosongan pada tarikh-tarikh tersebut, boleh hubungi kami segera untuk temujanji.

Bekam ke rumah
Najwa No. HP: 012-3350180 (SMS/Whatsapp)
BBM: 74C8E8FD
Kawasan: Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Isnin-Jumaat: Malam
Sabtu, Ahad dan cuti umum: 10.00 pagi-6.00 petang

Friday 11 April 2014

Bekam untuk Muslimah

Bekam ke rumah untuk Muslimah yang tinggal di area Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Tak usah usai tentang keselesaan dan aurat kerana anda berbekam di rumah sendiri. Hubungi kami segera untuk temujanji.

Bekam ke rumah Najwa
No. HP: 012-3350180 (SMS/Whatsapp)
BBM: 74C8E8FD
Kawasan: Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.
Waktu Operasi:
Isnin-Jumaat: Malam Sabtu,
Ahad dan cuti umum: 10.00 pagi-6.00 petang

Wednesday 2 April 2014

DEFINISI (PENGERTIAN HIJAMAH)

Bekam merupakan kaedah pengubatan dengan cara mengeluarkan darah bermasalah dari dalam tubuh mellui permukaan kulit. Hijamah adalah pengubatan yang sudah dikenali sejak ribuan tahun sebelum masihi. Nama lainnya adalah Bekam, canduk, canthuk, kop, mambakan, di Eropah dikenali dengan istilah “Cupping Therapeutic Method”. Dalam bahasa Mandarin disebut “Pa Hou Kuan.  Dalam istilah perubatan moden, bekam digelar “Phlebotomy” dan “Venesection”.

            Perkataan “Hijamah” berasal dari bahasa arab, dari perkataan Al-Hijmu yang bererti pekerjaan membekam. Al-Hajjam atau Hujjam bermaksud ahli bekam. Al-Hijmu bermaksud menghisap atau menyedut.Al-Hajjam sama dengan Al-Mashshah, iaitu tukang menghisap atau tukang menyedut. Al-Mihjam atau Al-Mihjamah merupaka alat untuk bekam yang berupa tabung gelas untuk menampung darah yang keluar dari kulit.


            Kesimpulan definisi hijamah menurut bahasa adalah ungkapan tentang menghisap darah dan mengeluarkannya dari permukaan kulit, yang kemudiannya ditampung dalam gelas Mihjamah, yang menyebabkan pemusatan dan penarikan drah disana lalu dilakukan menorehan pada permukaan kulit dengan pisau bedah, sebagai untuk mengeluarkan darah. Hijamah berbeza dengan “Qath’ul-Irqi” (memotong urat). “Qath’ul-Irqi” adalah memasukkan jarum suntikan untuk mengambil darah dari urat nadi seperti halnya aktiviti menderma darah, yang disebut “Al-Fashdu”. Dalam ilmu kedoktoran Islam, bekam tidak boleh sembarangan dilakukan. Bekam hanya boleh dilakukan pada pembekuan/penyumbatan permukaan pembuluh darah, kerana fungsi bekam yang sesungguhnya adalah untuk mengeluarkan darah bermasalah dari dalam tubuh.

Bekam ke rumah Najwa
No. HP: 012-3350180 (SMS/Whatsapp)
BM: 74C8E8FD
Kawasan: Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Isnin-Jumaat: Malam Sabtu,
Ahad dan cuti umum: 10.00 pagi-6.00 petang

APA ITU BEKAM

Bekam merupakan kaedah pengubatan dengan cara mengeluarkan darah yang terkandungnya toksin atau oksidan dari dalam tubuh melalui permukaan kulit ari. Dalam istilah perubatan moden dikenali dengan istilah “Oxidant Release Therapy” atau “Oxidant Drainage Therapy” atau istilah yang lebih popular adalah “Detoksifikasi”. Cara ini lebih efektif dibandingkan dengan cara pemberian ubat antioksidan (ubat kimia) yang bertujuan untuk meneutralkan oksidan di dalam tubuh sehingga kadarnya tidak makin tinggi (stabil). Tapi jika kesan ubat antioksidan sudah habis, oksidan akan tumbuh dan berkembang kembali. Kerana itu, para doktor biasanya memberika ubat antioksidan secara berterusan.


Untuk mengeluarkan oksidan dari dalam tubuh perlu kaedah khusus. Caranya dengan penyedutan menggunakan alat khusus yang sebelumnya didahului dengan pembedahan minor (torehan khusus) secara hati-hati di titik-titik tertentu secara tepat dalam tubuh, jika oksidan dapat dikeluarkan semua, maka penyumbatan aliran darah ke organ-organ tertentu dalam tubuh dapat diatasi, sehingga fungsi-fungsi fisiologi tubuh kembali normal.





Bekam ke rumah Najwa
No. HP: 012-3350180 (SMS/Whatsapp)
BBM: 74C8E8FD
 Kawasan: Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.
 Waktu Operasi: Isnin-Jumaat: Malam
Sabtu, Ahad dan cuti umum: 10.00 pagi-6.00 petang

Boleh ke kalau anak-anak kecil berbekam?

 Tak dinafikan ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka berbekam atas sebab kesihatan. Pada saya, soalan tu berbalik semula kepada ibubapa ter...