Thursday 20 September 2012

Utusan Malaysia 16hb April 2012 "Bekam bangkit seri"


Terapi alternatif singkir kotoran bantu segarkan tubuh, wajah
KEINGINAN hidup sihat dan kelihatan cantik menyebabkan manusia berikhtiar dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat itu. Tidak cukup dengan perubatan moden, perubatan tradisional atau alternatif turut menjadi pilihan.
Pernahkah anda mengamalkan bekam bagi mengeluarkan darah dan angin kotor agar tubuh menjadi lebih sihat? Bekam dalam istilah Melayu membawa maksud mengeluarkan angin dalam badan atau pelepasan darah kotor daripada badan manakala dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai al-Hijamah, iaitu kaedah pembersihan darah atau angin dengan mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan.
Walaupun perkembangan industri kecantikan dan penjagaan diri semakin canggih, terbukti bekam masih menjadi tumpuan sebagai rawatan alternatif bagi memberi keseimbangan tubuh badan. Ia juga didakwa mampu menyembuhkan kira-kira 72 jenis penyakit dan disenaraikan sebagai kaedah rawatan alternatif.
Pengamal kaedah perubatan bekam, Noraini Tumijan menjelaskan bekam adalah amalan sunnah yang hampir dilupakan orang Islam sendiri.
Sambungnya, berbekam adalah terapi perawatan yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit yang disyorkan Nabi Muhammad SAW dan direstui amalannya oleh Allah SWT. Ada beberapa jenis bekam diamalkan di dunia seperti bekam kering (angin), bekam basah (darah), bekam magnet, bekam elektronik dan bekam akupuntur.
“Hampir 60 peratus bekam yang diamalkan di seluruh dunia adalah bekam kering (angin). Bekam angin pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu magnet dan akupuntur (aku-bekam). Bekam jenis ini tidak menyakitkan dan amat sesuai digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, muntah, resdung, masalah hati, sakit belikat, urat saraf, sakit leher, berdengkur, buah pinggang, buasir dan pelbagai lagi,” katanya ketika ditemui di premis miliknya di Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini.
Noraini berkata, bekam basah atau bekam darah pula menguasai 30 peratus teknik berbekam dan terbahagi kepada dua iaitu bekam darah moden dan bekam darah sunnah (mengikut sunnah Rasulullah). Perbezaan ialah bekam moden menggunakan jarum, boleh dilakukan mengikut kelapangan pesakit tidak mengira waktu, sekerap dua kali seminggu dan tidak kisah jika pengamalnya lelaki atau perempuan.
“Seiring perubahan zaman, jika dulu kaedah berbekam menggunakan pelbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh dan gelas. Kini, teknologi bekam menggunakan alat lebih moden dan ringkas menerusi berbentuk gelas dibuat daripada kaca yang bersih dan bebas hama,” katanya.
Seperti juga rawatan lain, amalan berbekam harus dimulakan dengan memeriksa badan pesakit. Bagi mereka yang arif soal berbekam mereka mampu mengetahui keadaan pesakit hanya dengan menekan urat tertentu di badan pesakit.
Katanya, teknik bekam yang diperkenalkannya selamat, tidak sakit dan berbahaya dan mendakwanya berkesan mengubati dan mencegah penyakit. Dalam jangka masa singkat, bekam didakwanya mampu memperbaiki dan menjadikan tubuh lebih sihat.
“Daripada sentuhan berkenaan, penyakit akan dapat dikesan melalui kehangatan bahagian kulit pesakit yang akan mengeluarkan haba. Kaedah yang kedua melalui pemerhatian. Melalui kaedah ini pesakit yang mempunyai masalah kesihatan didapati mempunyai tanda kemerahan dan bengkak yang berkilat di bahagian kulit. Kulit pesakit juga akan kelihatan kasar, tebal, berwarna hitam dan bertompok-tompok.
“Kaedah tekanan boleh digunakan dengan cara menekan bahagian tertentu. Apabila tekanan dilakukan pada bahagian itu pesakit akan berasa sakit,” katanya.
Mengulas lanjut, Noraini berkata, bekam darah boleh dilakukan dengan mencucuk kulit bagi membolehkan darah kotor disedut keluar menerusi tiub khas. Rawatan ini dilakukan kira-kira 20 minit bergantung kepada ketahanan individu dan seelok-eloknya dilakukan pada waktu tengah hari kerana ketika itu urat saraf berkembang.
“Pelanggan dinasihat tidak mengambil sebarang makanan dua jam sebelum melakukan sesi berbekam dan begitu juga mandi. Selain itu, mereka juga digalakkan untuk berehat selepas menjalani sesi rawatan.
“Kelebihan mengamalkan bekam darah adalah ia menjanjikan kesegaran tubuh serta-merta sekaligus mengembalikan keserian kulit. Ini kerana darah yang keluar menerusi kulit adalah darah kotor yang sudah lama tersimpan di bawah lapisan kulit. Darah inilah yang menyebabkan pelbagai penyakit dalam badan,” katanya.
Katanya, bekam darah juga dapat mengurangkan migrain dan masalah senggugut serta endometriosis serta melancarkan peredaran darah tersumbat. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit akan menyebabkan rasa berat dan malas justeru berbekam akan melancarkan peredaran darah semula.
Antara kebaikannya lain ialah membantu menajamkan penglihatan dan menangani pelbagai penyakit iaitu 72 jenis penyakit seperti ketegangan urat, darah tinggi, kolesterol, sembelit, tekanan dan buah pinggang.
Menjelas lanjut mengenai amalan bekam, Noraini memberitahu beliau juga menawarkan rawatan bekam angin digunakan untuk membuang angin dalam badan. Biasa dilakukan dengan menyedut angin menggunakan sejenis alat berbentuk pistol dan disedut menerusi bekas kaca.
Bagi Noraini, bekam angin dilakukan ke beberapa bahagian badan pesakit seperti di pangkal tengkuk (bagi menghilangkan pening dan migrain), bahu (bagi mengurangkan tekanan), belikat dan pinggang.
“Kebaikan bekam angin ialah membantu membuang angin dalam badan serta melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan, membantu memecahkan lemak, peluh serta melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki, mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar,” katanya.
Menggunakan kaedah rawatan moden, Noraini memberitahu sebelum melakukan bekam pada pelanggannya, tubuh yang bakal disuntik dengan jarum disapukan dengan minyak bagi melembutkan permukaan kulit.
Selepas itu, barulah melakukan bekam luncur iaitu dengan menolak bekas kaca ke atas dan bawah. Jika pelanggan mengalami rasa pening, bekam harus diberhentikan serta-merta.
“Lazimnya bekam dilakukan secara ganjil iaitu lima, tujuh atau sembilan dan berikutnya. Buat pelanggan yang baru mencuba, saya tidak menggalakkan mereka lakukannya secara serentak atau berlebih-lebihan kerana khuatir mereka tidak biasa dengan hasil tindak balasnya dan boleh menyebabkan mereka pengsan.
“Oleh itu, mereka perlu tenang dan bagi mereka yang mengalami tekanan, saya tidak galakkan mereka lakukannya.
“Seiringan itu, selain mengamalkan 10 titik bekam yang harus dilakukan iaitu pada kepala, bawah telinga kiri dan kanan, leher, tulang bahu kiri dan kanan, pinggang kiri dan kanan serta bawah lutut kiri dan kanan mengikut Sunnah Nabi, saya juga lakukannya mengikut permintaan pelanggan,” jelasnya.
Boleh dilakukan seawal usia tujuh tahun, Noraini berpendapat amalan berbekam seelok-eloknya diamalkan dua kali sebulan agar tubuh kembali sihat di samping penjagaan kulit.
“Darah kotor yang keluar dari tubuh bukan saja membantu menyihatkan tubuh badan, tetapi sebaliknya mengembalikan keremajaan kulit tidak kira lelaki mahupun wanita,” jelasnya.
INFO
Bekam
  • Waktu berbekam - Paling baik ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa tujuan mengubati penyakit.
  • Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.
Alat Bekam
  • Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.
  • Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.
Larangan Berbekam
  • Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.
  • Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.
Kebaikan Berbekam
  • Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  • Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
  • Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
  • Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
  • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.
  • Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
  • Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
  • Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.
Jenis bekam
Bekam kering
Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.
Bekam basah
Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.

Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)

Wednesday 19 September 2012

RAWATAN BEKAM ATASI MASALAH GASTRIK @ ASID REFLUKS

Asid refluks adalah satu keadaan apabila jus gastrik yang mengandungi asid masuk kembali semula daripada perut dan masuk ke dalam esofagus.
Gejala-gejalanya:
  • Pedih hulu hati
  • Makanan yang dimakan naik semula ke atas mulut.
  • Sakit dada
  • Kesukaran untuk menelan
  • Suara serak, hakisan gigi dan asma
Sebab-sebabnya:
  • Keabnormalan perut
  • Kehamilan
  • Merokok
  • Makanan yang mencetus asid refluks seperti oren, kopi, teh, minuman bergas, makanan bergoreng
  • Terlalu berat atau obes
  • Memakan hidangan besar dan selepas itu berbaring atau membongkok
  • Makan makanan ringan sebelum tidur atar berbaring selepas makan
  • Mengambil aspirin atau ibuprofen, penenang otot atau ubatan tekanan darah tertentu
  • Senaman yang boleh menyebabkan asid refluks melalui cara peningkatan tekanan dalam rongga abdomen.
Dianjurkan membuat rawatan bekam di sekitar perut dan belakang badan. 


Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)
 
Untuk temujanji boleh hubungi 0198222195 (Whatsapp/Telegram)

Tuesday 18 September 2012

BEKAM UNTUK KECANTIKAN,AWET MUDA DAN LANGSING


Kecantikan yang paling utama bagi seorang wanita ialah akal yang dapat diselaraskan dengan agama. Maka untuk kecantikan yang paling penting adalah berbekam di bahagian pundak kepala supaya golongan wanita menjadi lebih berakal,cekap dan bijak dari segi agama dan dunia.


Kemudian melakukan bekam di muka untuk melicinkan kulit,menghaluskan dan menghilangkan toksin samada dari mekap atau udara tercemar.


Untuk melangsingkan badan maka dianjurkan berbekam sebanyak 10 poin setiap sepuluh hari pada beberapa poin sunnah dan di tempat yang banyak lemak seperti pinggul,punggung,paha, perut dan kawasan bawah pusat. Teruskan berbekam sehingga kamu mencapai berat ideal dan selagi sesuai dengan kemampuan kewangan


Dengan ini selain badan akan langsing secara beransur-ansur maka badan kamu akan terhindar dari penyakit-penyakit berat lain dan mengurangkan kesan gangguan jin secara otomatis. Ini juga adalah antara kaedah yang termurah di pasaran selain mempunyai multi fungsi kesembuhan.


Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)

PENAWAR BISUL











Ada beberapa cara tradisional bagi merawat bisul. boleh digunakan mana-mana yang patut. Mudah-mudahan sembuh hendaknya... Amin


1. Ambil sedikit kapur makan dan sapukan di tempat yang ditumbuhi bisul. Lakukan selalu, Insya-Allah ia akan hilang dan sembuh

2. Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang putih ditempat yang kena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang.

3. Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat.Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh.

4. Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk. Kemudian tumbuk hingga hancur. Letakkan pada bisul sehingga ia kering.

5. Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul.

6.Ambil buah pinang ..bakar kemudian tumbuk jadi serbuk.Campur sikit dgn air ... sapu kat tempat bisul

7.Bacakan rukyah ke daun sirih dan tekapkan ditempat bisul tersebut. Insya'Allah bisul itu akan sembuh.


Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)

Saturday 15 September 2012

BEKAM SEBULAN SEKALI DAPAT MERAWAT KEPUTIHAN



Keputihan adalah mimpi ngeri untuk setiap wanita. Ia terjadi apabila seseorang dalam keadaan stress, terdapat jangkitan pada alat kemaluan, tidak menjaga kebersihan atau pemakanan yang tidak seimbang. Keputihan akan mengganggu hubungan suami-isteri, mengurangkan keyakinan diri wanita dan menyebabkan ketidakselesaan terutamanya ketika hendak menunaikan solat.

Rawatan bekam sebulan sekali dapat menyembuhkan penyakit keputihan. Darah kotor yang dikeluarkan dari badan dapat meningkatkan imuniti tubuh untuk melawan kuman. Disamping badan akan menjadi lebih ringan seterusnya mengurangkan stress.

Rasulullah s.a.w bersabda:"Jika ada penyembuhan, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, madu dan 'kay' iaitu sundutan dengan api yang mengenai penyakit, akan tetapi aku tidak suka berubat dengan 'kay'". - Riwayat Ahmad dan Thabrani.

Rasulullah bersabda:"Tidaklah aku berlalu di hadapan sekumpulan Malaikat pun pada malam aku diisra'kan, kecuali masing-masing dari mereka pasti mengatakan kepadaku, 'Muhammad, Perintahlah umat kamu agar berbekam'". - Riwayat Tarmizi.


Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)

Wednesday 12 September 2012

Bekam Darah Merawat Gout

Gout ialah penyakit akibat berlebihan asid urik dalam badan. Asid urik ialah baha kumuh yang berasal daripada sejenis protein yang dikenali sebagai 'purin'. Badan manusia membuang puring melalui proses pembuang air kecil. Namun bagi penghidap Gout, purin tidak dibuan sebaliknya disimpan di dalam sendi. Gout sering menyerang lelaki berbanding wanita. Terutamanya lelaki berusia 30 tahun ke atas.

Tanda-tanda Gout:
- Ibu jari kaki menjadi kerah-merahan, bengkak dan sakit selama semalaman.
- Sendi menjadi bisa-bisa.
Gout boleh juga menyerang sendi seperti buku lali, lutut pergelangan tangan dan jari.

Ingat sebelum kena!!!
- Jaga badan supaya kandungan tahap asid urik tidak bertambah dalam badan anda.
- Elak pemakanan yang mengandungi purin tinggi.
- Makanan yang mengandungi tinggi purin ialah daging, makanan laut dan kekacang.
- Minum banyak air.






Sumber: MIDI, Bil 115, Bonus MIDI, 15 Jun 2011, m/s 80


Oleh itu, sekiranya anda ada mengalami simptom-simptom seperti di atas segeralah datang berbekam dengan kami.

Bekam Darah Merawat Kaedah bekam ini adalah khas untuk merawat penyakit Gout,semasa proses berbekam nanti, sejumlah uric acid akan dikeluarkan bersama darah kotor yang kehitaman atau berbuih, InsyaAllah anda tidak perlu berpantang dalam makan lagi dan kaki anda tidak sakit lagi. 

Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)

Dari Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya cara pengobatan yang paling ideal/baik yang kalian pergunakan adalah bekam/hijamah."

Dari Jabir Al-Muqni berkata: "Aku tidak akan merasa sehat sehingga aku berbekam, karena sesungguhnya pada bekam itu terdapat kesembuhan."

Bekam sangat dianjurkan oleh penduduk langit, sebagaimana sabda Rasulullah saw:
"Tidaklah aku melewati sekumpulan malaikat pada malam aku di-Isra'kan, melainkan mereka (para malaikat) semua mengatakan kepadaku: "Hai Muhammad, Engkau harus berbekam." (HR.Tirmidzi)

Tuesday 28 August 2012

RAWATAN BEKAM UNTUK SUSAH TIDUR (INSOMNIA)

Tahukah anda tabiat kurang tidur mampu menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, serang jantung, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan angin ahmar.

Jantung manusia memerlukan masa antara 7 ke 9 jam untuk tidur setiap malam demi memastikan ia mampu berfungsi secara optimum.

Saya menyarankan anda untuk membuat rawatan bekam di kedua pelipis, bahu, tulang belikat, tengkuk, leher dan bahagian-bahagian kepala yang terasa sakit.




Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

Monday 27 August 2012

Kebaikan Bekam & Bekam Overhaul


Bekam di kepala : Insya ALLAH mengurangkan migrain


Bekam di badan : Insya ALLAH mengurangkan sakit-sakit badan dan pinggang


Bekam di kaki : Insya ALLAH mengurangkan lengguh2 kaki dan kebas


Bekam di muka : Insya ALLAH mencantikkan wajah kita dan menimbulkan seri.


Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)

Tuesday 14 August 2012

Kita sering kali mengalami kekebasan kaki akibat duduk atau berada di satu posisi dalam jangka masa yang lama dan ianya mengundang rasa tidak selesa dan tumpuan amat terganggu olehnya, dan disebabkan itu seringkali kita mengelak untuk menghadiri majlis-majlis ilmu atau keramaian yang tidak menyediakan kerusi. Situasi ini amatlah menyedihkan, kerana jalinan ukhuwah terjejas sedangkan agama kita menggalakkan jalinan ukhuwah sesama kita dan betapa ruginya kita kerana ilmu yang sepatutnya penjadi penyuluh hidup tidak dapat dituntut akibat masalah kesihatan ini.


Mengikut artikel Cyber Clinic kebas kaki berpunca dari ;


  1. Tekanan atau pressure yang dikenakan kepada sistem saraf pusat atau pun periferal.
  2. Jangkitan virus seperti Shingle dan Herpes Zoster.
  3. Kekurangan aliran darah kepada tisu-tisu dan anggota tubuh. Ini boleh berlaku disebabkan oleh halangan atau pun gumpalan bekuan yang berada di dalam sistem darah.
  4. Carpal Tunnel Syndrome. Sindrome ini boleh berlaku disebabkan oleh berlakuknya penyempitan dan tekanan yang dikenanakan kepada saraf median (median nerve.) Pesakit biasanya akan mengalami kekebasan di bahagian tangan yang dibekal oleh saraf median. Biasanya kekebasan akan dialami di kawasan bahagian lateral tapak tangan  (ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah).
  5. Kencing manis. Diabetis mellitus juga dikaitkan dengan simtom kebas anggota tubuh. Justeru, pesakit digalakkan untuk sentiasa melakukan ujian pengesahan aras gula di dalam tubuh jika mengalami simptom seperti ini.
  6. Ketidakseimbangan nilai kalsium, potassium dan sodium di dalam tubuh.
  7. Kurang vitamin B12 dan juga vitamin-vitamin yang lain.


Tahukah anda, masalah ini dapat dipulihkan dengan kaedah Sunnah Rasulullah (SAW)? Bekam dapat mengeluarkan toksid, angin dan darah kotor yang terkumpul didalam badan dan kaki.



Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)

MERAWAT SAKIT BAHU & STRESS DENGAN BEKAM


Kebanyakan daripada kita pasti pernah mengalami sakit bahu dan stress. Ini kemungkinan dari tekanan kerja dan banyak menghadap komputer. Walaupun sudah di urut banyak kali tapi sakit tetap masih ad
a menyerang kembali.




Di sini saya mengesyorkan bagi yang selalu sakit-sakit bahu dan tengkuk cubalah rawat dengan kaedah bekam darah. Kerana bekam darah bukan saja mengeluarkan darah kotor yang tersumbat malah mengeluarkan angin juga, pasti selepas berbekam anda akan merasai perbezaan yang ketara, bahu akan terasa lega dan ringan sangat. Oleh itu jangan takut untuk mencuba rawatan sakit bahu dan stress dengan bekam kerana rawatan bekam moden kini tidak menyakitkan seperti zaman dulu. Tiada lagi torehan menggunakan pisau.



Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)

Thursday 9 August 2012

Darah Tinggi dan Bekam (High Blood Pressure)

Rata-rata zaman ini ramai antara kita menghidapi masalah tekanan darah tinggi, malah banyak kes yang di jumpai adalah dikalangan anak muda seawal umur 20-an. Amat menakutkan... dengan corak pemakanan dan cara hidup yang di terapkan oleh ibubapa moden menyebabkan generasi muda amat terdedah dengan makanan segera yang amat mudah didapati di merata-rata seluruh negara kita ini. Bayangkan seawal usia 20-an terpaksa bertemankan ubat-ubatan.. dan ianya kekal hingga ke akhir hayat.





Masalah tekanan darah melibatkan beberapa permasalahan antaranya Hypertension juga secara tidak langsung akan menjejaskan kestabilan emosi seseorang. Keadaan ini amat merbahaya kerana akan melibatkan isu keselamatan.




Selain daripada bergantung kepada ubat-ubatan, berbekam juga salah satu kaedah alternatif untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Merujuk kepada buku Bebas Stroke Dengan Bekam hasil tulisan Dr. Wadda A. Ummar berbekam adalah kaedah sunnah untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan menghindar dari stroke (dengan izin Allah). 



Point bekam yang melibatkan pesakit darah tinggi adalah disekitar kepala hingga ke tulng belikat. Minimum 10 point harus dibekam untuk mendapatkan kesan maksimum.





Saya merupakan freelance Therapist yang menawarkan khidmad Bekam ke rumah khusus untuk wanita, untuk memastikan keselasaan dan penjagaan aurat yang optimum. Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS).

Tuesday 31 July 2012

SOLAT SUNAT DHUHA


SOLAT DHUHA

Dhuha menurut ahli fekah adalah waktu di antara ketika matahari mulai naik sehingga ketika matahari mulai condong. Oleh itu solat Dhuha adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu tersebut.


v  HUKUM SOLAT DHUHA

Pandangan para ulamak tentang hukum mengerjakan solat Dhuha adalah seperti berikut:

1.      Sunat secara mutlak dan dikerjakan setiap hari
2.      Sunat namun tidak didirikan setiap hari secara berterusan.
3.      Tidak disunatkan.

4.      Ianya disunatkan kerana faktor tertentu seperti bagi mereka yang tertinggal mengerjakan solat Qiyam al-Lail maka digantikan solat tersebut dengan mengerjakan solat pada waktu dhuha.

Pendapat yang paling tepat serta dipegang oleh jumhur ulamak adalah solat Dhuha termasuk amal sunatmu’akkadah dan dianjurkan untuk diamalkan secara rutin. Ini adalah kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallamselalu mengerjakannya, menganjurkan para sahabat untuk mengerjakannya malah baginda pernah mewasiatkan perlaksanaannya kepada beberapa sahabat. Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh, dia berkata:

أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ

صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَام.َ

Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.

Walaupun wasiat ini ditujukan kepada seorang sahabat tetapi anjuran tersebut merangkumi untuk seluruh umat Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam kecuali sekiranya terdapat lafaz yang menunjukkan ianya sememangnya khusus untuk sahabat tersebut. Ternyata lafaz tersebut berbentuk umum apatah lagi baginda juga pernah mewasiatkan perkara yang sama kepada Abu Darda’radhiallahu’ anh, dia berkata:

أَوْصَانِي حَبِيبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ لَنْ أَدَعَهُنَّ مَا عِشْتُ

بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَصَلاَةِ الضُّحَى وَبِأَنْ لاَ أَنَامَ حَتَّى أُوتِرَ.

Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan solat Dhuha dan tidak tidur sebelum  mengerjakan solat Witir. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, KitabSholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 722.


v  KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA

q  Ianya Amalan Berbentuk Sedekah
Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada AllahSubhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ

وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ

وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.

Maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

q  Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari
Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.

Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.

q  Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah
Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,no: 535.

q  Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat
Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.


v  TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA

q  Waktu Mengerjakan Solat Dhuha
Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’:

Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat…– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.

q  Jumlah Rakaat Solat Dhuha
Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadis-hadis berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.

Daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-SyamaailBab Sholat al-Dhuha, no: 273.

أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ

فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.

Maksudnya:
Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.

Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti dibawah:

وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,

وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,

وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ

Maksudnya:
Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadis Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. – rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status hadis ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya’qub al-Zami’i yang terdapat dalam sanad hadis ini telah didha’ifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilaitsiqah pula oleh Ibnu Ma’in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadis inidha’ifWallahu’alam.

Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:

مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:

كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟

قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.

Maksudnya:
Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.

q  Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

 

Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri

Boleh ke kalau anak-anak kecil berbekam?

 Tak dinafikan ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka berbekam atas sebab kesihatan. Pada saya, soalan tu berbalik semula kepada ibubapa ter...