Friday 27 December 2013

KEBAIKAN BEKAM

Walaupun belum banyak penelitian tentang sejauh mana kebekersanan Bekam terhadap penyembuhan penyakit seseorang, namun secara fakta, bekam sudah menyembuhkan ribuan penyakit dan telah diguna pakai sejak ribuan tahun yang lalu.

Rasulullah S.A.W. menekankan manafaat bekam didalam beberapa riwayat; Diriwayatkan Tirmidzi dalam Kitab Sunan (2053), Ibnu Majah (3478) dan Hakim (4/212), Rasulullah S.A.W. bersabda:
 "Hendaklah kalian berbekam pada tengah Qamahduah kerana dapat menyembuhkan 72 penyakit".

Dari Ibnu Abbas, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda,
 "Sebaik-baik orang adalah yang melakukan bekam sehingga mengeluarkan darah, meringankan tulang belakang dan mempertajamkan pendengaran".

Sebuah Hadits yang diriwayatkan Ath-Thabrani, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda, "Hendaklah kalian semua melakukan pengubatan dengan Hijamah di Qamahduah kerana sesungguhnya hal itu merupakan penawar untuk 72 penyakit dan lima penyakit: Gila, Kusta, Plangka, Vitiligo dan Sakit Gigi".

-Bebas Stroke Dengan Bekam-
Penulis : dr Wadda A Umar 
(Doker, Konsultan, dan Trainer Pengobatan Bekam)
Penerbit : Thibbia


Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)

Thursday 26 December 2013

DIAGNOSIS BEKAM-Analisa kulit wajah

Apabila seseorang itu jatuh sakit,warna kulit wajah akan berubah yang terdiri daripada 5 warna :-

-Biru (hati)-Angin :Sejuk,pedih,kekejangan kuat dan darah tersumbat.

-Merah (jantung)-Panas :Kandungan berlebihan dalam kapilari kulit.

-Kuning (limpa)-Lembap :Kurang darah dan imun.

-Putih (paru -paru) :Gangguan aliran darah dalam tubuh.

-Hitam (ginjal) sejuk/pedih :Kurang tenaga dan darah tersumbat.

Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)

Tuesday 24 December 2013

Membekam suamiku yang kelesuan

Balik dari bekam hari Ahad lepas, suami saya mengadu keletihan dan minta di BEKAM!! Yes.. yes... saya suka.. time ni la boleh lepas geram (gurau jer... haha)

Untuk En. Suami saya, saya bekam 14 poin di bahagian belakang... terkejut sbb kali ni lebam2. Mungkin betul di sebabkan keletihan dan stress kerana sejak berkerja di tempat baru ni keluar subuh balik lewat malam... tambahan lagi qty rokok rasanya bertambah.

Alhamdulillah keesokan paginya bangun dengan kesegaran dan penuh semangan untuk memulakan tugas.

Tuesday 17 December 2013

Bekam membantu melegakan lengu-lenguh badan

Lenguh menurut kamus dewan edisi keempat bermaksud tidak bertenaga atau tidak bermaya utk berbuat sesuatu; letih; lesu: Bekerja sedikit sudah ~. melenguhkan menyebabkan menjadi lenguh; melesukan; meletihkan: Mengangkat barang yg berat-berat ~ badan. kelenguhan keadaan lenguh; keletihan; kepenatan.

Tidak kira apa pun tafsiran perkataan lenguh, anda yang sering mengalaminya pasti berasa tidak selesa tiap kali menghadapi situasi itu.

Selain kaedah urutan, anda disarankan untuk berbekam terus di tempat yang berasa lenguh itu dan anda akan berasa selesa serta merta selepas sesi berbekam.

Adalah diingatkan, keadaan lenguh ini akan kembali menyerang semula di satu ketika kerana kita sebagai manusia sememangnya banyak tugasan yang perlu diselesaikan untuk kelangsungan hidup.


Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)

Friday 13 December 2013

Bekam untuk Lenguh Tulang Belakang

Kadangkala kita merasa lenguh di bahagian tulang belakang hingga ke tulang pinggul. Kesan dari itu kita berasa amat tidak selesa untuk berdiri atau duduk dengan baik lebih2 lagi ketika mendirikan Solat.

Bagi masalah lenguh tulang belakang ini, kami mengesyorkan untuk berbekam disepanjang tulang belakang dari bahu ke pinggul, In Shaa Allah kaedah ini akan membantu mengurangkan rasa lenguh dan anda akan berasa segar semula.

Wednesday 11 December 2013

Bekam untuk masalah ECZEMA

Ekzema. (Daripada bahasa Greek: ēkzema κζεμα,) juga dikenali sebagai dermatitis atopik adalah satu bentuk keradangan kronik kulit. Ekzema adalah istilah yang digunakan secara meluas untuk pelbagai jenis  masalah kulit. Ini termasuk kekeringan dan ruam kulit berulang yang terdiri daripada gejala-gejala ini: kemerahan, edema kulit (bengkak), kegatalan dan kekeringan, pembentukan kerak, mengelupas, melepuh, retak, meleleh, atau pendarahan. Kepingan kulit mati akan muncul semasa proses penyembuhan berlaku. Menggaru luka terbuka penyembuhan semasa proses penyembuhan juga boleh mengakibatkan parut dan boleh membesarkan ruam.




Tahukah anda, kaedah bekam boleh membantu dalam merawat masalah eczema? Anda yang mempunyai masalah eczema yang teruk disarankan berbekam keseluruh badan untuk kesan yang maksimum. Bagi anda yang hanya mengalami eczema disesetengah area, kami cadangkan terus berbekam di area yang bermasalah.

Bagi anda yang tinggal di kawasan Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor bolehlah menghubungi di talian 0198222195 (Telegram/Whatsapp) untuk temujanji. In Shaa Allah anda akan mengalami pengalaman berbekam yang selesa dirumah sendiri tanpa risau akan masalah transport, jammed, masa atau anak-anak anda.


Untuk temujanji boleh hubungi 0198222195 (Telegram/Whatsapp)

Tuesday 10 December 2013

Set Bekam ABC (6 pcs)






Harga: RM20 sekotak
Belian 5 kotak atau lebih RM18 sekotak
COD: Nilai

Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)

Friday 11 October 2013

Bekam untuk masalah tidur

Kesukaran untuk tidur atau insomnia boleh menyebabkan pelbagai masalah lain antaranya tekanan, masalah ingatan, hilang tumpuan, kecenderungan mengalami masalah jantung serta kematian (dikairkan dgn pelbagai jenis kemalangan).

Anda yang mengalami masalah ini segera dapatkan rawatan di hospital dan juga anda boleh mencuba kaedah BEKAM. InShaaAllah hasilnya memang tidak menghampakan.

Hubungi kami di 0123350180 untuk temujanji. Hanya untuk kawasan Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. ( Kos perjalanan akan dikenakan mengikut kawasan ).

Wednesday 14 August 2013

AMALAN BERBEKAM MAMPU MENGATASI MASALAH SENGGUGUT


Boleh dikatakan 90% wanita mengalami sakit ketika haid atau nama lainnya senggugut,dimana darah haid turun dengan pergerakan yang kurang lancar atau tersekat-sekat.Sakit ketika haid ini secara tak langsung menjejaskan emosi wanita sehingga menjadikan mereka moody dan panas baran.

Untuk mengatasi masalah ini,para wanita disyorkan untuk melakukan al hijamah/berbekam sebulan sekali secara konsisten,insyaAllah darah haid anda turun dengan lancar dan tidak berlaku senggugut lagi.


Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)

Friday 12 July 2013

Berbekam di Bulan Ramadhan

Samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain. Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215).

Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukhari, 3/43)

Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)


Monday 7 January 2013

ORANG YANG DILARANG BERBEKAM DARAH

1) Orang tua yang terlalu uzur.
2) Kulit yang luka atau infeksi (Pesakit kulit yang serius.)
3) Sehabis makan berat (kenyang sekali)
4) Wanita hamil 3 bulan pertama.
5) Wanita yang baru lepas bersalin
6) Orang yang sangat lapar
7) Orang yang gemetaran
8) Lemah hati
9) Radang usus
10) Orang sedang minum ubat kanser darah.
11) Ibu yang sering keguguran
12) Orang yang cuci darah
13) Orang yang mengalami kelainan kelep jantung
14) Orang yang kedinginan
15) Orang yang kerasukan
16) Orang sesudah derma darah
17) Orang yang habis muntah.
18) Pesakit darah rendah yang serius.


Untuk temujanji boleh hubungi 0198222195 (Telegrem / Whatsapp)

ANGGOTA BADAN YANG DILARANG BERBEKAM DARAH

1. Ubun-ubun (kemungkinan untuk sesarangan lumpuh, cacat anggota)
2. Mulut
3. Telinga
4. Hidung
5. Mata
6. Kemaluan
7. Dubur
8. Puting susu
9. Daerah nodus limpa.
10. Tempat yang varises
11. Tulang ekor

Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)

Tuesday 1 January 2013

Kebaikan Berbekam


1. Membantu menghilangkan pening dan migrain.

2. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.

3. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.

4. Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.

5. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.

6. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.

7. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.

8. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

9. Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.




Sumber Maklumat: Berita Harian


Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)

Saturday 29 December 2012

BEKAM SEBULAN SEKALI MAMPU MENGHINDARI PENYAKIT BUAH PINGGANG


Sakit buah pinggang semakin meningkat dikalangan rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini,ia berpunca dari sikap orang Malaysia yang kerap mengambil ubatan klinikal pada dosage yang tinggi dengan jangkamasa yang panjang.Bila terlalu banyak ubatan klinikal berada pada sistem aliran darah,ia akan meningkatkan risiko sangkutnya bahan kimia tersebut pada sistem buah pinggang dan akan mengakibatkan kerosakan pada jangka masa yang panjang.Kaedah berbekam/al hijamah pula bertindak menyedut toksid/toksin/bahan kimia ubatan dari sistem darah badan dan hasilnya kita akan dihindari terkena penyakit buah pinggang kerana aliran sistem darah pada badan kita sentiasa bersih tanpa pencemaran ubatan klinikal apabila melalui proses filter di buah pinggang.

Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)

BEKAM UNTUK YANG KABUR PENGLIHATAN

Anas bin Malik menceritakan, "Dahulu Rasulullah SAW biasa berbekam pada bahu dan dua pelipis kening  baginda." Di dalam Sahih Bukhari dan Muslimdiriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melakukan bekam sebanyak 3 kali pada dua pelipis kening dan bahunya. Pada Sunan Ibnu Majah diriwayatkan daripada Ali bahawa Jibril pernah turun menemui Rasulullah SAW untuk mengajarkan bekam pada dua pelipis (kening) dan bahu baginda. Bekam di pelipis kening adalah bertujuan untuk menajamkan penglihatan yang kabur, rabun atau kurang jelas.


Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)

Tuesday 25 December 2012

Memahami erti BEKAM

Oleh ZUARIDA MOHYIN

SEORANG ahli bekam dari California, Amerika Syarikat, Dr. Michael Reed Gach dalam bukunya, Potent Poins: a Guide to Self Care For Common Ailments, terpaksa akur dengan kehebatan rawatan perubatan bekam yang menjadi penawar kepada pelbagai penyakit. Lantas beliau menyarankan agar ia diterapkan di dalam kehidupan seharian masyarakat di Barat, setelah melakukan pelbagai kajian saintifik mengenai bekam dan terbukti keajaiban rawatan ini yang tiada tolok bandingannya.

Begitu juga dengan penelitian oleh Kohler D (1990) sehingga diterbitkannya buku yang berjudul, The Connective Tissue as The Physical Medium for Conduction of Healing Energy in Cupping Therapeutic Methode.

Bahkan bukan Barat sahaja mengakui kehebatan perubatan bekam ini. masyarakat di negara China dan Korea turut telah mempraktikkan ilmu perubatan warisan nabi ini sejak ribuan tahun dahulu hinggakan ramai beranggapan bahawa mereka inilah pelopor kepada perubatan ini.

Sekali gus sewenang-wenangnya mengakui ia milik mereka. Walaupun ia menggunakan istilah-istilah atau nama berbeza, tetapi prinsip kerja atau metodnya adalah sama seperti bekam; menyedut, mengumpul dan mengeluarkan darah kotor.

Sedangkan hakikatnya, bekam atau dalam istilah bahasa Arabnya, al-Hijamah adalah ilmu perubatan warisan Nabi yang hampir dilupakan oleh umat Islam itu sendiri. Kata-kata penegak ini ini bukan omongan kosong.

Buku karangan Syihab Al-Badri Yasin yang bertajuk Al-Hijamah Sunnah Nabawiyah wa Mu'jizah Thoyyibah telah menyenaraikan himpunan beberapa hadis Nabi Muhammad SAW mengenai ajaran dan saranan baginda berkenaan dengan bekam.

Rasulullah SAW telah lama mengajarkan kepada kita mengenai ilmu perubatan yang efektif hampir 1,400 tahun yang lalu. Suatu terapi yang mempunyai khasiat penyembuhan yang sungguh luar biasa dan hanya terungkap sekitar abad ke 20.

Ia juga adalah salah satu cara detoksifikasi (buang racun) yang sesuai dan selamat bagi umat Islam tanpa kesan sampingan yang ketara.

Diriwayatkan dalam Shahih Bukhari, Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan pengubatan dengan besi panas. (Shahih Bukhari)

Hadis Kedua: Dari Jabir Bin Abdillah r.a ia berkata, saya pernah mendengar Nabi SAW bersabda: Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, minuman madu, atau sundutan dengan api yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak suka berubat dengan 'kay'. (Shahih Bukhari)

Hadis Ketiga: Dalam riwayat Tirmidzi dari Ibnu Mas'ud dan riwayat Baihaqi: "Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisra'kan, kecuali mereka berkata, "Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu agar berbekam!" (Shohihul Jami': 5671)

Hadis Keempat: Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunan-nya, dari Ibnu Mas'ud yang berkata: "Rasulullah SAW suatu ketika bercerita tentang malam ketika beliau diisra'kan, bahawa beliau tidak berlalu pada satu kelompok malaikat pun kecuali mereka menyuruh beliau dengan mengatakan" Wahai "Muhammad, Perintahkanlah umatmu untuk berbekam."

Ahmad juga meriwayatkan dalam musnadnya, sabda beliau: "Ini (bekam) adalah sebaik-baik cara pengubatan yang digunakan oleh manusia." (Al-Bashriyyin : 19237, Shohih)

Hadis Kelima: Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam). (Shahih Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis-hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa bekam merupakan perintah Nabi Muhammad SAW. Bekam juga adalah terapi yang sangat dianjurkan oleh penduduk langit. Nasihat ini merupakan penghormatan para malaikat sebagai sambutan atas kunjungan Nabi SAW.

Bekam adalah nasihat emas daripada para malaikat yang berbakti kepada 'penghulu manusia' pada malam yang diberkati. Justeru, adalah sangat tidak wajar sekiranya kita yang mengakui seorang Muslim ini cuba berdolak-dalik ataupun mengabaikan kaedah pengubatan yang langsung turun dari langit ini!

Bertitik-tolak daripada keyakinan inilah, Darul Irsyad mengendalikan Kursus Bekam di Masjid Al Hasanah, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Kursus sehari yang merangkumi aspek teori dan praktikal yang disampaikan oleh pengurusnya, Mohd. Gadafi Mohd. Zuki ini bermula pukul 9 pagi dan berakhir kira-kira pukul 5 petang.

"Kami mensasarkan bilangan peserta yang tidak terlalu ramai iaitu antara 10 hingga 15 orang kerana mahu setiap peserta kursus dapat memberi tumpuan sama ada dalam kelas teori mahupun praktikal.

"Selain itu, dengan jumlah yang tidak terlalu ramai ini, ia mudah dikendalikan, di samping mahukan ilmu yang disampaikan tersebut mudah untuk difahami serta mewujudkan suasana komunikasi dua hala yang lancar antara penceramah dengan peserta," katanya.

Menurut Mohd. Gadafi, kursus ini dikira semakin relevan dengan kehidupan masyarakat sekarang yang sentiasa dihambat dengan pelbagai penyakit serta kos perubatan yang semakin meningkat. Ia juga satu cara kita agar tidak terlalu bergantung kepada perubatan lain.

"Ini kerana selain kita melaksanakan sunnah Nabi, seseorang itu juga mampu menjana pendapatan mereka sendiri.

"Saya berkeyakinan dengan adanya keazaman serta peluang sebegini, kita bukan sahaja melahirkan usahawan Muslim yang berdaya saing, tetapi pada masa sama melahirkan umat Islam yang sihat dan cergas," ujar Mohd. Gadafi.

Beliau turut menyediakan perkhidmatan terapi bekam yang beroperasi di Jalan Bandar 13, Taman Melawati, Kuala Lumpur sejak tiga tahun lalu.

Ramai daripada kalangan kita, apabila disebut tentang berbekam apa yang terbayang di mata kita amalan berbekam itu hanya melibatkan gambaran yang mengerikan seperti, torehan pisau, darah yang banyak memenuhi mangkuk atau cawan bekam, kesakitan yang amat sangat, terdedah kepada risiko komplikasi penyakit lain dan sebagainya.

Menjelaskan berkaitan salah faham berkaitan bekam sunnah kata Mohd. Gadafi, semua gambaran di atas adalah salah dan satu persepsi yang negatif serta tidak adil terhadap bekam sunnah.

Jelasnya, bekam adalah pengeluaran darah dari permukaan kulit untuk tujuan pengubatan dan mengekalkan kesihatan. Bekam juga disebut satu proses terapi untuk membuang darah kotor atau darah toksik yang terdapat pada badan seseorang.

"Bekam dipercayai telah wujud sejak zaman purba seperti di Greek dan dan di Mesir. Pada masa itu bekam adalah dengan menggigit kulit untuk mengeluarkan darah sebelum ia disedut.

"Pada zaman Nabi Musa, bekam turut digunakan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit," jelasnya.

Bekam adalah satu daripada cara perubatan yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Baginda mengiktiraf bekam ini sebagai perubatan yang paling baik, sama ada untuk perawatan (curative) atau pencegahan (preventive) sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis. Pada zaman Rasulullah SAW bekam adalah dengan menggunakan tanduk.

Kini, kata Mohd. Gadafi, bekam mengalami proses kemajuan dari segi kaedah atau tekniknya sejajar dengan perubahan masa.

Pesakit boleh membuat pilihan sama ada melakukan bekam cawan/basah, bekam angin/kering, bekam tarik dan bekam lintah.

"Malah ia juga tidak berbahaya kerana tiada lagi penggunaan torehan pisau tetapi kaedah tusukan dengan menggunakan pen lenset yang jauh lebih selamat dan bersih," katanya.

Kebiasaannya pesakit dianjurkan mengambil makanan tambahan seperti madu, habatussauda, minuman herba, makan makanan berprotein tinggi untuk pertambahan darah baru, banyak minum air serta dilarang melakukan kerja berat bagi mempercepatkan penyembuhan dan keberkesanannya.

Yang pastinya, dalam perlaksanaa bekam itu kata Mohd. Gadafi, seseorang pengamal itu mestilah terlebih dahulu melakukan rundingan dengan pesakit terutamanya berkaitan status kesihatan pesakit, membuat pemeriksaan awal, memberitahu gejala-gejala yang bakal timbul semasa dan selepas dibuat bekam.

Pengamal bekam turut memantapkan diri dengan ayat-ayat seperti; ayat Kursi, doa dan selawat syifa', sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW, membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas. Ini semuanya perlu kerana bekam bukan sahaja menyembuhkan racun/toksik di dalam badan tetapi juga sihir.


Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)

Boleh ke kalau anak-anak kecil berbekam?

 Tak dinafikan ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka berbekam atas sebab kesihatan. Pada saya, soalan tu berbalik semula kepada ibubapa ter...