Sunday 14 June 2015

Perubahan Waktu



Dan salam sejahtera kepada saudara, saudari dan sahabat-sahabat semua. Maaf sebagai pembuaka bicara. Amat berat untuk kami katakan kepada anda, namunakibat kekangan masa kami terpaksa menjadualkan semula aktiviti yang berkaitan dengan bekam.

Mulai hari ini, kami hanya akan menerima temujanji pada hari Sabtu sebelah petang dan hari Ahad sahaja. Kepada sahabat-sahabat yang sudah biasa bertemujanji pada hari berkerja, kami dengan rendah hati, kiranya sudilah menukar kepada hujung minggu.


Tuesday 5 May 2015

Berita baik! Berita baik!

Berita baik untuk anda yang bekerja atau tinggal di area Setapak, Danau Kota,  Jalan Genting Klang, Wangsa Maju dan sekitar;
KAMI TIDAK MENGENAKAN TRANSPORT CHARGE UNTUK PERHIDMATAN BEKAM KE RUMAH ATAU PEJABAT ANDA.
Nak booking appointment?
Terus Whatsapp  0198222195 (Wawa)

Tuesday 24 February 2015

Mutiara kata Baginda Rasulullah SAW

Rasulullah SAW bersabda;

1. Jika di pagi hari seseorang telah mengadu pada manusia akan nasib hidup yang menimpa, sungguh ia telah kufur atas rezeki Tuhannya.

2. Jika ia mengeluh penuh duka tentang pelbagai masalah harta,  sungguh ia telah murka terhadap Tuhannya.

3. Jika seseorang menghormati orang kaya kerana limpahan hartanya,  sungguh telah binasa dua pertiga agamanya.

Thursday 22 January 2015

Kebaikan Bekam Sunnah

Bekam Sunnah melibatkan 11 poin atau titik sunnah di belakang badan.

Mengapa di namakan poin sunnah?
Poin-poin ini dipanggil poin sunnah kerana menurut pangkaji hadist, Rasulullah SAW pernah berbekam di poin-poin ini. 

Banyak kebaikan bagi pengamal bekam sunnah ini, ada antaranya dapat merasai perbezaan pada tubuh badan sebaik selesai sesi berbekam. Ini kerana bekam membantu melancarkan peredaran darah di samping "menggerakkan" kembali saraf-saraf yg "tidur" akibat dari cara hidup seharian yang pasif.  Bagi yang mengalami tekanan darah tinggi,  bekam sunnah amat membantu menstabilkan Kembali tekanan darah.

Bagi anda yang sering keletihan dan kelesuan, bekam adalah salah satu kedah terapi yang anda boleh rasai kebekersanannya hampir serta merta, kerana disamping mengeluarkan darah yang kotor dari tubuh badan ianya juga mengeluarkan angin dan segala jenis gas yag tidak baik dari dalam tubuh.




Boleh ke kalau anak-anak kecil berbekam?

 Tak dinafikan ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka berbekam atas sebab kesihatan. Pada saya, soalan tu berbalik semula kepada ibubapa ter...