Tak dinafikan ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka berbekam atas sebab kesihatan. Pada saya, soalan tu berbalik semula kepada ibubapa tersebut, PERLUKAH?
Bila berbekam kita akan rasa nyeri dikulit dan tak dinafikan akan rasa sedikit kesakitan. Kulit anak-anak kita masih muda, tak macam kulit kita yang dah hidup berpuluh tahun ni. Jadi kita kena fikir semula adakah anak-anak ini mampu menghadapi keadaan itu?
Bagi saya, apa pun jenis masalah kesihatan anak-anak, kita perlu merujuk ke pakar perubatan terlebih dahulu. Kerana kita perlu tahu dimana tahap masalah kesihatan anak-anak kita.
Saya bagi contoh, anak menghidap eczema dan tuan puan terbaca tentang bekam untuk mengatasi masalah eczima. Sebaiknnya tuan puan rujuk dahulu ke doktor pakar ya, sebab ada jenis sakit kulit begini tak sesuai berbekam, malah akan menjadikan penyakit tersebut lebih teruk.
Jangan rasa takut bertanya dengan doktor tuan puan tentang bekan, kerana saya sangat percaya sekarang ni ramai doktor yang percaya dengan Bekam. Jadi jika perlu, bertanyalah, sebab doktor lebih pakar dalam bidang perubatan.
Ada satu lagi situasi, anak-anak ada perasaan ingin tahu lebih-lebih lagi bila melihat ibu bapa mereka berbekam. Dan ada antara anak-anak yang teringin nak rasa macam mana bekam tu?
Saya pernah membekam kanak-kanak, tapi amat penting untuk kita pastikan dengan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut yang anak itu sihat. Tidak salah untuk seorang jurubekam menghadiahkan 1 cup untuk anak-anak itu meraka apa itu bekam. Cukup sekadar bekam angin, setidak-tidaknya mereka tahu macam mana rasanya.
Apa pun, kepada jurubekam jangan terlalu memandang pada income. Pandang dari sudut membantu, dan kepada semua jangan terlalu taksub kepada sesuatu dan apa pon kita perlu merujuk kepada yang lebih pakar.
Sekian, yang baik datang dari ALLAH dan yang salah itu datang dari diri saya yang naif ini.