Showing posts with label Bekam kepala. Show all posts
Showing posts with label Bekam kepala. Show all posts

Thursday 4 January 2018

BEKAM NI SAKIT TAK?

Soalan biasa yang saya dapat dari mereka yang baru pertama kali nak berbekam.

Jawapan saya;

Sakit atau tak bergantung kepada individu. Sebab kita dilahirkan berbeza, ada yang tahan sakit ada yang tidak. Tapi saya boleh bayangkan macam mana rasanya berbekam ni.

Sebelum berbekam saya akan urut menggunakan teknik Guasa, tujuannya untuk memecah angin dan juga untuk melancarkan peredaran darah. 

Selesai urutan guasa barulah saya akan lekatkan cup pada poin yang sesuai (inidipanggil bekam angin). Untuk pertama kali saya tidak akan pam dengan kuat untuk mengelakkan terkejut. Rasa ketika cup dipam sama seperti doktor pam darah untuk bacaan darah tinggi. Tapi rasa tekanan tu akan hilang sedikit demi sedikit.

Selepas beberapa minit cup akan dibuka dan kulit akan dilukakan dengan menggunakan jarum atau pisau. 

Apa rasa kulit bila di tusuk atau disayat?

Jika menggunakan jarum akan terasa seperti gigitan semut, jika menggukankan pisau pula InsyaAllah tidak terasa kerana sayatan yang di buat hanya layangan diatas kulit dan menggunakan surgical blade yang sangat tajam.

Luka dari kedua2 kaedah ini juga cepat sembuh kerana lukanya tidak sampai ke daging atau pembuluh darah utama.

Jadi janganlah takut untuk berbekam ya.


Friday 29 December 2017

BEKAM BOLEH JADI KETAGIH?

Betul ke?

Kalau betul takut nyeeee.

Apa definasi "ketagih"?

Ketagih adalah satu rasa atau perasaan yang meluap-luap inginkan sesuatu yang bukan satu keperluan untuk diri.

Contoh paling dekat adalah perokok.

Sedar atau tidak perokok adalah seorang panagih, kerana rokok bukanlah satu keperluan malah tiada kebaikan. Namun demikian setiap hari pasti akan habis sekotak rokok. Tapi perokok pasti akan marah bila dikatakan mereka itu penagih, betul tak?

Jujur saya katakan, Bekam takkan membuat anda berperasaan sebegitu.

Perasaan ingin berbekam hanya akan muncul bila kesihatan seseorang merosot atau berasa letih dan sakit sendi.

Fungsi bekam lebih hampir dengan urut dan ubat-ubatan, yang mana kita akan mengambilnya semasa kita sakit.

Untuk sesetengah individu pula mengamalkan Bekam sebagai pencegahan dari penyakit.

Dalam situasi begini individu tersebut hanya berbekam 6 bulan sekali atau setahun sekali.

Jadi, janganlah takut untuk berbekam.

Mengapa perlu dikatakan dengansesuatu yang buruk amalan perubatan yang diamalkan oleh Rasulullan SAW. Bukankan kita dituntut untuk mengukut sunnah Baginda?


Thursday 5 October 2017

BEKAM TERAPI KESIHATAN TERHEBAT SEPANJANG ZAMAN

Sukar dijelaskan tapi yang dah pernah merasai akan tahu keajaiban teknik Terapi Bekam ini.

Terapi Bekam bukan penawar tapi adalah satu jenis terapi untuk mencegah diri kita daripada penyakit kronik.

Selain itu ianya juga sejenis terapi untuk mengembalikan kesegaran dan kecergasan tubuh badan.

Ada banyak artikel dan rencana yang di tulis oleh pakar dalam bidang bekam yang menjelaskan Terapi Bekam ini mampu menghindar diri kita daripada 76 jenis penyakit termasuk darah tinggi, kencing manis, masalah jantung dan juga gout yang mendominasi carta kesihatan masyarakat sekarang.

Bekam juga sesuai untuk sesiapa sahaja samada lelaki, wanita atau kanak-kanak seawal usia 9 tahun.

Untuk wanita, masalah aurat dan keselesaan selalu menjadi halangan untuk mereka mencuba Terapi Bekam.

Jangan risau ya, saya menyediakan Khidmat Terapi Bekam Ke Rumah untuk wanita.

Boleh whatsapp saya untuk booking appoinment www.wasap.my/60123350180.

Thursday 7 September 2017

Tarikh SUNAT berbekam bulan ini

Esok hari Jumaat, 8 September 2017 bersamaan 17 Zulhijjah merupakan tarikh sunat untuk berbekam.

Sedia maklum, esok merupakan hari bekerja bagi kebanyakan negeri-negeri di Malaysia. Jangan risau, hari sunat berbekam ada 3 hari.

Kalau tak sempat nak berbekam esok, 10 September (Ahad) bersamaan 19 Zulhijjah dan 12 September (Selasa) bersamaan 21 Zulhijjah juga merupakan hari sunat berbekam.

Jangan lepaskan peluang hari sunat berbekam  yang jatuh pada hari cuti bekerja minggu ini.

Semoga sedikit sebanyak kita boleh mengamalkan sunnah yang paling mudah ini.

Nak booking temujanji boleh whatsapp saya www.wasap.my/60123350180/Bekam

Monday 28 August 2017

ATASI MASALAH KEBAS DAN LENGUH TANGAN

Hampir semua tempat dibadan kita boleh dibekam.

Apabila terasa sakit bekam di tempat yang sakit itu.

InshaAllah sakit akan reda.

Contohnya bila terasa sakit dan lenguh di gangan.

Berbekamlah InshaAllah sakit dan lenguh itu akan hilang sebaik selesai berbekam.

Nak berbekam di rumah sendiri?

Set temujanji ya

www.wasap.my/60123350180/Bekam



Thursday 17 August 2017

MENGAPA HARUS BERBEKAM ?

Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.

Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.

Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.

“Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya.”

Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya’Allah…

Sabda Rasulullah SAW…  “Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam”
(Hadis sahih)

Monday 7 August 2017

Khasiat dan kebaikan Bekam

Menjalani kehidupan harian di Bandaraya besar seperti Kuala Lumpur memaksa kita menjadi manusia yang hidup dalam stress setiap hari.

Apa tidaknya setiap pagi berhadapan dengan kesesakan lalu lintas, di pejabat berhadapan dengan kerja-kerja yang tak pernah habis. Waktu pulang juga perlu berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.
Bayangkan pusingan ini yang kita lalui setiap hari sehinggalah kita pencen. Kasihan pada badan letih lesu semua ada.

Sesekali badan pon perlu di service, macam kereta juga. Barulah boleh meneruskan kelangsungan hidup setiap hari dengan lebih bersemangat.

Bekam adalah salah satu cara untuk service semula badan kita. Disini saya kongsikan 27 kebaikan bekam untuk badan kita;

1. Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.

2. Memperbaiki aliran pembuluh darah .

3. Menghilangkan kejang – kejang dan luka dalaman pada otot.

4. Bermanfaat penderita asma , pneumonia dan angina pectoris .

5. Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman dibahagian kepala dan wajah , migrain dan sakit gigi.

6. Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.

7. Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita .

8. Ketika terkena sengal , sciatica ( rasa sakit, sengal di pinggang) dan tulang sekitar belakang dan pinggang serta papan punggung.

9. Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis ( pengapuran pembuluh darah / kolesterol dalam darah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.

10. Ketika mengalami sakit bahu , dada dan punggung

11. Bermanfaat mengatasi luka – luka , bisul , jerawat dan gatal – gatal kulit.

12. Bermanfaat mengatasi kemalasan , kelesuan dan penyakit banyak tidur .

13. Bermanfaat mengatasi pericarditis ( radang selaput jantung ) dan nephritis ( radang ginjal ) yang parah.

14. Bermanfaat mengatasi keracunan, contohnya seseorang terkena gigitan haiwan berbisa kaedah berbekam boleh di lakukan . Bekam pada tempat gigitan sedut dan keluarkan darah untuk menghalang bisa masuk ke jantung. Rawatan awal ini boleh dibuat sementara mendapatkan rawatan antidot di pusat kesihatan atau hospital.

15. Bermanfaat mengatasi luka – luka bernanah .

16. Membantu menghilangkan pening dan migrain.

17. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan melancarkan sistem perkumuhan.

18. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.

19. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu mengurangkan risiko serangan angin ahmar.

20. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar.

21. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.

22. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tidak lancar menyebabkan penglihatan jadi kabur.

23. Membuang darah bertoksik untuk kesihatan keseluruhan.

24. Membuang anasir gangguan makhluk halus melalui pengaliran darah.

25. Hilangkan stress dan tekanan

26. Insha Allah mendapat pahala dan keberkatan kerana membuat rawatan Sunnah Nabi SAW

27. Menggalakkan metabolisma badan kerana sel darah kotor telah keluar dan sel darah baru yang sihat akan terhasil.




Boleh ke kalau anak-anak kecil berbekam?

 Tak dinafikan ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka berbekam atas sebab kesihatan. Pada saya, soalan tu berbalik semula kepada ibubapa ter...