Tuesday 2 January 2018

BOLEH KE BERBEKAM WAKTU HAID?

Soalan yang selalu sangat saya dapat.

"Saya nak berbekam tapi saya tengah haid, boleh ke?"

"Saya dengar tengah haid tak boleh berbekam?"

"Time haid tak leh bekam kan?"

Macam ni lah, sebenarnya boleh asalkan tubuh badan puan-puan tak terlalu lemah.

Kenapa saya kata tak terlalu lemah? Sebabnya saya pernah lihat wanita yang langsung tak boleh berbuat apa-apa setiap kali didatangi haid. Setiap kali haid pasti ambil MC sebab tak ada kudrat untuk bangun.

Tapi kalau puan-puan tak ada masalah macam ni boleh je berbekam.

Malah dengan berbekam akan membantu mengurangkan sakit pinggang. Rasanya kebanyakan wanita akan merasa sakit pinggang tidak banyak sedikit semasa haid.

Dan ada ketikanya akan mengganggu pergerakan kan keselesaan.

Jadi puan-puan bolehlah cuba berbekam dengan poin Bekam Sunnah kerana ianya sangat membantu dan harganya amat berpatutan.



No comments:

Post a Comment

Boleh ke kalau anak-anak kecil berbekam?

 Tak dinafikan ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka berbekam atas sebab kesihatan. Pada saya, soalan tu berbalik semula kepada ibubapa ter...