Monday 28 August 2017

ATASI MASALAH KEBAS DAN LENGUH TANGAN

Hampir semua tempat dibadan kita boleh dibekam.

Apabila terasa sakit bekam di tempat yang sakit itu.

InshaAllah sakit akan reda.

Contohnya bila terasa sakit dan lenguh di gangan.

Berbekamlah InshaAllah sakit dan lenguh itu akan hilang sebaik selesai berbekam.

Nak berbekam di rumah sendiri?

Set temujanji ya

www.wasap.my/60123350180/Bekam



Sunday 27 August 2017

BEKAM UNTUK TANGAN KEBAS DAN LENGUH

Biasa tak rasa kebas dan lenguh pada tangan hingga rasa menyucuk-nyucuk?
Sakit kan?
Bila dia datang masa nak tidur memang langsung tak boleh nak lelap langsung.
Rasa macam nak cabut tangan tu simpan dalam almari jap.
Tapi tak mungkin lah kan?
Cara paling cepat untuk hilangkan rasa lenguh tu adalah dengan berbekam.
InsgaAllah lepas je selesai sesi berbekam easa kebas dan lenguh tu akan hilang serta merta.
Apa yang keluar semasa sesi berbekam tu?
Biasanya bila membekam tangan yang sedang kebas dan lenguh yang akan keluar adalah darah dan air/wap.
Kadang kala terdapat juga buih juga.
Tapi yang pasti kelegaan yangteramat sangat akan dirasai selepas berbekam, InshaAllah.
Nak berbekam?
Hubungi saya melalui whatsapp di www.wasap.my/60123350180/Bekam

Wednesday 23 August 2017

Miliki Cup Bekam sendiri untuk elak penyakit berjangkit

Bekam melibatkan pengeluaran darah yang di kategorikan bertoksin dari badan.

Tak di nafikan, setiap kitamempunyai tahap kesihatan masing-masing.

Ada yang betul-betul sihat, ada yang menhidap penyakit namun tidak akan berjangkit kepada individu lain, namun ada juga yang menghidapi penyakitiį yang berpotensi menjangkiti orang lain.

Saya percaya, bila utarakan perkara ini pasti sesiapa pon akan berasa sedikit cuak untuk menjalani terapi bekam.

Saya sebagai salah seorang juruterapi bekam wanita, sudah menjadi tanggung jawab saya untuk bertanya jika seseorang pelanggan itu menghidapi penyakit berjangkit seperti AIDS atau Hipertitis B.

Saya faham, bukan semua orang ada kekuatan untuk mengaku mereka manghidap penyakit berjangkit.

Untuk mengelakkan rasa bimbang, saya galakkan anda membeli set bekam sendiri.

Maknanya setiap kali anda nak berbekam, mintalah jurubekam anda menggunakan cup bekam anda sendiri.

Jadi, anda tak perlu lagi rasa risau sebab anda ada cup bekam yang tidak perlu di kongsi dengan sesiapa.

Monday 21 August 2017

Motivasi - Berusaha Menjadi Yang Terbaik

"Saya bukan yang terbaik. Namun saya belajar menjadi yang TERBAIK!"

Kita semua dilahirkan kosong bak kain putih, kehidupan seharian yang mencorakkan siapa kita hari ini.

Sedar atau tidak kehidupan adalah sebuah universiti yang amat besar. Tempat kita menimba ilmu kehidupan hari demi hari untuk menjadi yang terbaik.

#Kematangan dalam berfikir untuk membezakan salah dan benar itu penting supaya kita tidak tersasar dari landasan kehidupan yang baik.

#Positif dalam menghadapi segala macam bentuk ujian dan rintangan dalam kehidupan. Seperti juga belajar di sekolah, kita pastinya akan mensasarkan yang terbaik iaitu deretan A. Begitulah juga dengan kehidupan.

#Empati perlu supaya kita sentiasa bersyukur dan sentiasa cuba memperbaiki diri dan kehidupan hari demi hari.

#Menghormati sesama makhluk membolehkan kita mendidik hati menerima kelebihan dan kekurangan.

#Memaafkan menjadikan kita yang terbaik. Memaafkan membebaskan kita dari bebanan masa lalu dan memberi ketenangan jiwa.

#Pergaulan menentukan jalan hidup kita. Nabi kata kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi insyaa Allah pasti suatu hari terpalit bau wangi di baju kita.

#Silaturrahim menjadikan kita terbaik di dunia juga di akhirat berdasarkan hadist;

Disebutkan dalam Shahîh al-Bukhâri dan Shahîh Muslim, dari Abu Ayyûb al-Anshârî:

أَنَّ رَجُلًا قَالَ : يا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنِي بِمَا يُدْخِلُنِي الْجَنَّةَ وَيُبَاعِدُنِي مِنَ النَّارِ فَقَالَ النَّبِيُّ : لَقَدْ وُفِّقَ أَوْ قَالَ لَقَدْ هُدِيَ كَيْفَ قُلْتَ ؟ فَأَعَادَ الرَّجُلُ فَقَالَ النَّبِيُّ : تَعْبُدُ اللَّهَ لَا تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا وَتُقِيمُ الصَّلَاةَ وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ وَتَصِلُ ذَا رَحِمِكَ فَلَمَّا أَدْبَرَ قَالَ النَّبِيُّ : إِنْ تَمَسَّكَ بِمَا أَمَرْتُ بِهِ دَخَلَ الْجَنَّةَ

“Bahawasanya ada seseorang berkata kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Wahai Rasulullah, beritahukan kepadaku tentang sesuatu yang bisa memasukkan aku ke dalam surga dan menjauhkanku dari neraka,” maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sungguh dia telah diberi taufik,” atau “Sungguh telah diberi hidayah, apa tadi yang engkau katakan?” Lalu orang itupun mengulangi perkataannya. Setelah itu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Engkau beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu pun, menegakkan solat, membayar zakat, dan engkau menyambung silaturahmi”. Setelah orang itu pergi, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Jika dia melaksanakan apa yang aku perintahkan tadi, pastilah dia masuk surga”.

Wallahualam.

Thursday 17 August 2017

MENGAPA HARUS BERBEKAM ?

Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.

Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.

Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.

“Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya.”

Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya’Allah…

Sabda Rasulullah SAW…  “Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam”
(Hadis sahih)

Monday 7 August 2017

Khasiat dan kebaikan Bekam

Menjalani kehidupan harian di Bandaraya besar seperti Kuala Lumpur memaksa kita menjadi manusia yang hidup dalam stress setiap hari.

Apa tidaknya setiap pagi berhadapan dengan kesesakan lalu lintas, di pejabat berhadapan dengan kerja-kerja yang tak pernah habis. Waktu pulang juga perlu berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.
Bayangkan pusingan ini yang kita lalui setiap hari sehinggalah kita pencen. Kasihan pada badan letih lesu semua ada.

Sesekali badan pon perlu di service, macam kereta juga. Barulah boleh meneruskan kelangsungan hidup setiap hari dengan lebih bersemangat.

Bekam adalah salah satu cara untuk service semula badan kita. Disini saya kongsikan 27 kebaikan bekam untuk badan kita;

1. Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.

2. Memperbaiki aliran pembuluh darah .

3. Menghilangkan kejang – kejang dan luka dalaman pada otot.

4. Bermanfaat penderita asma , pneumonia dan angina pectoris .

5. Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman dibahagian kepala dan wajah , migrain dan sakit gigi.

6. Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.

7. Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita .

8. Ketika terkena sengal , sciatica ( rasa sakit, sengal di pinggang) dan tulang sekitar belakang dan pinggang serta papan punggung.

9. Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis ( pengapuran pembuluh darah / kolesterol dalam darah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.

10. Ketika mengalami sakit bahu , dada dan punggung

11. Bermanfaat mengatasi luka – luka , bisul , jerawat dan gatal – gatal kulit.

12. Bermanfaat mengatasi kemalasan , kelesuan dan penyakit banyak tidur .

13. Bermanfaat mengatasi pericarditis ( radang selaput jantung ) dan nephritis ( radang ginjal ) yang parah.

14. Bermanfaat mengatasi keracunan, contohnya seseorang terkena gigitan haiwan berbisa kaedah berbekam boleh di lakukan . Bekam pada tempat gigitan sedut dan keluarkan darah untuk menghalang bisa masuk ke jantung. Rawatan awal ini boleh dibuat sementara mendapatkan rawatan antidot di pusat kesihatan atau hospital.

15. Bermanfaat mengatasi luka – luka bernanah .

16. Membantu menghilangkan pening dan migrain.

17. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan melancarkan sistem perkumuhan.

18. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.

19. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu mengurangkan risiko serangan angin ahmar.

20. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar.

21. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.

22. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tidak lancar menyebabkan penglihatan jadi kabur.

23. Membuang darah bertoksik untuk kesihatan keseluruhan.

24. Membuang anasir gangguan makhluk halus melalui pengaliran darah.

25. Hilangkan stress dan tekanan

26. Insha Allah mendapat pahala dan keberkatan kerana membuat rawatan Sunnah Nabi SAW

27. Menggalakkan metabolisma badan kerana sel darah kotor telah keluar dan sel darah baru yang sihat akan terhasil.




Boleh ke kalau anak-anak kecil berbekam?

 Tak dinafikan ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka berbekam atas sebab kesihatan. Pada saya, soalan tu berbalik semula kepada ibubapa ter...