Showing posts with label ubat darah tinggi. Show all posts
Showing posts with label ubat darah tinggi. Show all posts

Friday 29 December 2017

BEKAM BOLEH JADI KETAGIH?

Betul ke?

Kalau betul takut nyeeee.

Apa definasi "ketagih"?

Ketagih adalah satu rasa atau perasaan yang meluap-luap inginkan sesuatu yang bukan satu keperluan untuk diri.

Contoh paling dekat adalah perokok.

Sedar atau tidak perokok adalah seorang panagih, kerana rokok bukanlah satu keperluan malah tiada kebaikan. Namun demikian setiap hari pasti akan habis sekotak rokok. Tapi perokok pasti akan marah bila dikatakan mereka itu penagih, betul tak?

Jujur saya katakan, Bekam takkan membuat anda berperasaan sebegitu.

Perasaan ingin berbekam hanya akan muncul bila kesihatan seseorang merosot atau berasa letih dan sakit sendi.

Fungsi bekam lebih hampir dengan urut dan ubat-ubatan, yang mana kita akan mengambilnya semasa kita sakit.

Untuk sesetengah individu pula mengamalkan Bekam sebagai pencegahan dari penyakit.

Dalam situasi begini individu tersebut hanya berbekam 6 bulan sekali atau setahun sekali.

Jadi, janganlah takut untuk berbekam.

Mengapa perlu dikatakan dengansesuatu yang buruk amalan perubatan yang diamalkan oleh Rasulullan SAW. Bukankan kita dituntut untuk mengukut sunnah Baginda?


Friday 6 October 2017

Tarikh terbaik untuk BERBEKAM

Hari Terbaik untuk berBEKAM adalah 17, 19 dan 21 bulan Hijriah. ( HR Abu Hurairah RA)

Waktu Terbaik untuk berbekam adalah satu minggu dipertengahan bulan-bulan Qomariah ( Kalender ISLAM ).

Kebiasaannya pada tarikh-tarikh ini graviti bulan dan bumi lebih kuat dari biasa.

Pada masa ini juga kita boleh nampak paras air laut akan tinggi dari kebiasaannya.

Begitu juga keadaan darah dalam badan kita.

Darah menjadi Bergejolak dan berada di Permukaan, jadi bila berBEKAM di waktu ini pengeluaran darah kotor, racun toksid, air bisa dan angin lebih baik dan lancar serta kuantiti nya lebih banyak.

Nak booking appoinment Bekam untuk esok? PM saya segera.

Bekam sunnah 11 cup RM100 sahaja.

Boleh ke kalau anak-anak kecil berbekam?

 Tak dinafikan ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka berbekam atas sebab kesihatan. Pada saya, soalan tu berbalik semula kepada ibubapa ter...