Showing posts with label Gurah. Show all posts
Showing posts with label Gurah. Show all posts

Thursday 26 July 2018

APA ITU GURAH?




Gurah adalah rawatan mengeluarkan lendir dan kahak yang kotor yang mengganggu sistem pernafasan yang menjadi punca penyakit seperti resdung dan asma.

Rawatan Gurah juga sangat sesuai kepada Qori',  Qoriah,  Bilal,  Imam,  penyanyi dan sesiapa sahaja untuk mencuci suara agar lebih merdu,  kuat dan nyaring.

Solisi jitu untuk membersihkan paru-paru,  peti suara dan rongga sinus atas dan bawah dari dalam yang membusuk tanpa kesan sampingan.

Rawatan Gurah mengambil masa 1 jam untuk setiap sesi.

Kos rawatan juga sangat berpatutan.

Tempah temujanji anda hari ni juga boleh whatsapp ke 0198222195.

Monday 30 April 2018

Rawatan Gurah Resdung student UIA

Rawatan gurah sedang berlangsung dengan jayanya 😆.

Cian adik ni,  student lagi tapi ada resdung sampai selalu sakit kepala.

Semoga lepas sesi gurah ni resdung dan sakit kepala berkurangan dan dapat meneruskan perjuangan dengan lebih baik. 😊

Yang nak buat rawatan Gurah Resdung boleh datang ke tempat kami;

ALAMAT:
Kedai No. G-00-07, BLOK G, PPR DESA REJANG, PERSIARAN REJANG, SETAPAK JAYA, KUALA LUMPUR.🏥
(Sebelah Kedai Runcit Pak Uda)

WAKTU OPERASI
•Isnin - Ahad•
10.00 pagi - 6.00 ptg
8.00 mlm - 10.00 mlm
(Sila buat temujanji)

Monday 7 August 2017

Khasiat dan kebaikan Bekam

Menjalani kehidupan harian di Bandaraya besar seperti Kuala Lumpur memaksa kita menjadi manusia yang hidup dalam stress setiap hari.

Apa tidaknya setiap pagi berhadapan dengan kesesakan lalu lintas, di pejabat berhadapan dengan kerja-kerja yang tak pernah habis. Waktu pulang juga perlu berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.
Bayangkan pusingan ini yang kita lalui setiap hari sehinggalah kita pencen. Kasihan pada badan letih lesu semua ada.

Sesekali badan pon perlu di service, macam kereta juga. Barulah boleh meneruskan kelangsungan hidup setiap hari dengan lebih bersemangat.

Bekam adalah salah satu cara untuk service semula badan kita. Disini saya kongsikan 27 kebaikan bekam untuk badan kita;

1. Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.

2. Memperbaiki aliran pembuluh darah .

3. Menghilangkan kejang – kejang dan luka dalaman pada otot.

4. Bermanfaat penderita asma , pneumonia dan angina pectoris .

5. Bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman dibahagian kepala dan wajah , migrain dan sakit gigi.

6. Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.

7. Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita .

8. Ketika terkena sengal , sciatica ( rasa sakit, sengal di pinggang) dan tulang sekitar belakang dan pinggang serta papan punggung.

9. Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis ( pengapuran pembuluh darah / kolesterol dalam darah dan pembuluh yang boleh menyempitkan saluran darah.

10. Ketika mengalami sakit bahu , dada dan punggung

11. Bermanfaat mengatasi luka – luka , bisul , jerawat dan gatal – gatal kulit.

12. Bermanfaat mengatasi kemalasan , kelesuan dan penyakit banyak tidur .

13. Bermanfaat mengatasi pericarditis ( radang selaput jantung ) dan nephritis ( radang ginjal ) yang parah.

14. Bermanfaat mengatasi keracunan, contohnya seseorang terkena gigitan haiwan berbisa kaedah berbekam boleh di lakukan . Bekam pada tempat gigitan sedut dan keluarkan darah untuk menghalang bisa masuk ke jantung. Rawatan awal ini boleh dibuat sementara mendapatkan rawatan antidot di pusat kesihatan atau hospital.

15. Bermanfaat mengatasi luka – luka bernanah .

16. Membantu menghilangkan pening dan migrain.

17. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan melancarkan sistem perkumuhan.

18. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.

19. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu mengurangkan risiko serangan angin ahmar.

20. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar.

21. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.

22. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tidak lancar menyebabkan penglihatan jadi kabur.

23. Membuang darah bertoksik untuk kesihatan keseluruhan.

24. Membuang anasir gangguan makhluk halus melalui pengaliran darah.

25. Hilangkan stress dan tekanan

26. Insha Allah mendapat pahala dan keberkatan kerana membuat rawatan Sunnah Nabi SAW

27. Menggalakkan metabolisma badan kerana sel darah kotor telah keluar dan sel darah baru yang sihat akan terhasil.




Friday 2 January 2015

Apa itu GURAH?

Rawatan gurah adalah kaedah rawatan sunnah nabi bagi penyakit yang berkaitan rongga kerongkong dan hidung. Kaedah rawatan ini adalah dengan menitiskan air herba dan madu kedalam lubang hidung, pesakit menyedut air herba tersebut dan memuntahkannya kembali. Lendiran kotor dan kahak dari hidung serta kerongkong akan keluar selama 45 minit hingga 1 jam (bergatug kepada individu). Rawatan gurah adalah satu keadah rawatan thibbun nabawi di mana Rasulullah SAW pernah melakukannya suatu masa dahulu.


Boleh ke kalau anak-anak kecil berbekam?

 Tak dinafikan ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka berbekam atas sebab kesihatan. Pada saya, soalan tu berbalik semula kepada ibubapa ter...