Wednesday 26 October 2011

Bekam Sendi untuk Lenguh2 dan Kebas2

Hari ni rasa lenguh2 kat pergelangan tangan, teringat pulak dah lama sangat tak bekam. Makin lama makin sengal, tak boleh tahan.. so, operasi bermula....

Huh!! lega rasanya.. inilah hasilnya.... darah kotor berketul, yg berbuih2 tu angin. Lepas berbekam lenguh2 pun hilang. Alhamdulillah....

Tuesday 25 October 2011

Bekam Overhaul RM110

Rawatan bekam darah ini melibatkan 22cup diseluruh titik badan bagi


 meringankan badan dan menyegarkan keseluruhan badan secara


 maksimum serta menyembuhkan masalah kebas kaki.




Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (SMS / Whatsapp)

Bekam Merawat Sihir

Kaedah bekam sihir ini merangkumi semua titik thibbun nabawi dan juga titik sendi badan 


bagi mengeluarkan semua endapan sihir/darah kotor akibat dari gangguan jin yang bergerak 


dalam darah manusia.InsyaAllah pengaruh gangguan sihir anda berkurangan sejurus selepas 


berbekam.

Friday 21 October 2011

BEKAM UNTUK MERAWAT OBESITI (Hanya RM50 per sessi)


Pesakit dianjurkan melakukan bekam darah 6cup seminggu sekali sebanyak 3x sesi,insyaAllah berat badan akan berkurangan.

OBESITI merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.

Sangat dianjurkan bagi pesakit mengurangkan pengambilan menu ayam dan daging tetapi lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan



Untuk temujanji boleh hubungi 0182131240 (Call / SMS / Whatsapp)

Thursday 20 October 2011

FAQ Tentang Rawatan Bekam

1) Adakah kaedah bekam darah menyakitkan ?
Tidak,ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM.Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh pen ini tersangat-sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda.Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian kencing manis.

2) Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?
Ya selamat,ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai buang,iaitu setiap pelanggan hanya diperuntukkan sebilah lancet sahaja.Semua alatan bekam kami akan melalui proses STERIL selama 15min menggunakan UV STERILIZERS sebelum proses berbekam dijalankan.

3) Apakah waktu yang mustajab yang mampu memberikan kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah ?
Waktu mustajab ialah sebelah pagi dimana kita belum mengambil apa-apa makanan dan tariknya ialah tanggal 17,19 dan 21hb kalendar islam.

4) Individu manakah yang dilarang keras berbekam darah ?
Individu yang dilarang ialah wanita mengandung,wanita haid,wanita yang kerap gugur,individu yang terlalu lemah,orang tua uzur,pengidap kanser darah,pengidap tekanan darah rendah serius,pengidap penyakit kulit serius dan juga wanita hamil 3 bulan pertama.

5) Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan maksimum ?
Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan maksimum pada pesakit amnya.

6) Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila melakukannya?
Kaedah bekam darah...

7) Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah ?
Bagi orang sihat,anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam dua minggu sekali sebanyak tiga kali sesi berturut.

8) Apakah pantang larang selepas berbekam ?
Anda dianjurkan tidak boleh makan,mandi dan tidur selepas menjalani rawatan bekam.Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur.

9) Apakah tips sebelum datang berbekam darah?
Berbekam pada waktu pagi dalam keadaan perut kosong atau berpuasa sehari sebelum temujanji bekam.

Dalil Tuntutan Berbekam

Sabda Rasulullah SAW...

"Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam dibahagian tengkuk,kerana sesungguhnya perkara itumerupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)

"Kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara,iaitu minuman madu,sayatan alat bekam dan Kay(pembakaran) dengan api,dan sesungguhnya aku melarang umatku dari Kay" (Hadis sahih)

"Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam"(Hadis sahih)

"Aku tidak berjalan dihadapan sekumpulan malaikat pun pada malam ketika aku diisra'kan,kecuali mereka berkata,"Wahai Muhammad,perintahkanlah umat kamu agar berbekam!!"(Shajihu Al-Jami' 5671)

"Jika ada ubat yang boleh mencapai penyakit,maka bekam juga boleh mencapainya" (Hadis sahih)

"Sebaik-baik hamba adalah jurubekam,kerana ia membuang darah kotor,melembutkan yang keras dan mencerahkan pandangan...." (Hadis Hasan Gharib)

"Bila apa yang kamu gunakan sebagai pengubatan ada yang boleh mengenai penyakit atau memburu penyakit,maka itu adalah bekam" (HR Ibnu Jarir)

AMALAN BERBEKAM MAMPU MENGATASI MASALAH SENGGUGUT


Boleh dikatakan 90% wanita mengalami sakit ketika haid atau nama lainnya senggugut,dimana darah haid turun dengan pergerakan yang kurang lancar atau tersekat-sekat.Sakit ketika haid ini secara tak langsung menjejaskan emosi wanita sehingga menjadikan mereka moody dan panas baran.Untuk mengatasi masalah ini,para wanita disyorkan untuk melakukan al hijamah/berbekam sebulan sekali secara konsisten,insyaAllah darah haid anda turun dengan lancar dan tidak berlaku senggugut lagi.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Boleh ke kalau anak-anak kecil berbekam?

 Tak dinafikan ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka berbekam atas sebab kesihatan. Pada saya, soalan tu berbalik semula kepada ibubapa ter...