Wednesday 4 April 2012

Monday 26 March 2012

Kak Amy Selayang ~ March 24, 2012

Alhamdulillah selamat sampai rumah... hari ni membekam ke rumah Kak Amy di Selayang ~ nak share pic ni ngan u olls. Husband kak amy ni ada masalah tulang belakang, bekam ni bukanlah betujuan untuk membetulkan kembali tulang belakang, tetapi membantu mengeluarkan angin dan darah kotor yang terkumpul disitu.


Untuk temujanji boleh hubungi 0182131240 (Call / SMS / Whatsapp)

Sesi Bekam @ umah Kak Leha kek Rembau N9~March 25, 2012

Alhamdulillah.. Hari ni dapat bertemu sahabat lama~ Haniem thanks haniem sbb sudi berbekam ngan aku, harap badan terasa segar& migrain yg bersarang sekian lama tu pon berkurangan. satu lagi yg amat di syukuri harini, bertambah lagi kenalan di Rembau. 10 org yg berbekam hari ni... rata2 sume rasa segar & happy sgt2 selepas berbekam. Dalam 10 org tu majoriti wanita, so x leh le nak publish photo, tapi nasib baik ada 3 org lelaki yg sudi memberi keizinan utk di share kan pic mereka...

Pakcik dari Rembau ni terlupo lak eden nak tanyo namo eh, tapi sedaro2 memangil yo ngah, aku pon panggil pokcik ngah juo la... pokcik ngah ni mengalami kesakitan bahu.. eden bokamkan bahu eh... byk darah kuar, sogar bogar pokcik ni lopeh berbokam... aku pon tumpang happy juo.. makasih la pokcik sudi berbokam ngan eden... 

Ini pulak abg kepada Tuan umah (KakLeha), brader ni byk sungguh angin dia... darah kotor usah kata lah. Tapi Alhamdulillah lepas berbekam dia kata "ringannya rasa badan" maceh yer brader... ^^ (buleh lak brader ni tya, kalo wat kat perot dia yg boroi tu leh kurus ke x? hehehe.. sorry le yer, x do dlm sejarah lagi...) 

Adik ni ada masalah sakit pinggang & kekejangan leher, darah x byk tapi angin mmg byk, bila buka je cup tu panas jer rasa... 


Untuk temujanji boleh hubungi 0182131240 (Call / SMS / Whatsapp)

Monday 16 January 2012

MERAWAT SAKIT BAHU & STRESS DENGAN BEKAM


Kebanyakan daripada kita pasti pernah mengalami sakit bahu dan stress. Ini kemungkinan dari tekanan kerja dan banyak menghadap komputer. Walaupun sudah di urut banyak kali tapi sakit tetap masih ada menyerang kembali. Di sini saya mengesyorkan bagi yang selalu sakit-sakit bahu dan tengkuk cubalah rawat dengan kaedah bekam darah. Kerana bekam darah bukan saja mengeluarkan darah kotor yang tersumbat malah mengeluarkan angin juga, pasti selepas berbekam anda akan merasai perbezaan yang ketara, bahu akan terasa lega dan ringan sangat. Oleh itu jangan takut untuk mencuba rawatan sakit bahu dan stress dengan bekam kerana rawatan bekam moden kini tidak menyakitkan seperti zaman dulu. Tiada lagi torehan menggunakan pisau.

Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS / Whatsapp)

Bekam Darah Merawat Masalah Muka/Resdung



Rawatan bekam muka ini adalah untuk wanita yang mengalami kulit muka bermasalah dan juga penyakit resdung.Pesakit disyorkan datang seminggu sekali sebanyak 3x sesi untuk mendapat kesan kesembuhan yang maksimum.


Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS / Whatsapp)

Friday 9 December 2011

AMALAN BERBEKAM MUKA MAMPU MENYEMBUHKAN MASALAH RESDUNG, JERAWAT DAN MENAIKKAN SERI WAJAH


Istilah Perubatan Tradisional - Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan. 

Istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan. 

Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung.Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya. 

Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhigus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat. 



Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Sabda RASULULLAH SAW : "Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam".Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?,baginda menjawab, Al-Sam itu ialah maut" Hadis Sahih Al-Bukhari



Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS / Whatsapp)

Sunday 4 December 2011

BEKAM KAKI DAPAT MENYEMBUHKAN MASALAH KEBAS-KEBAS KAKI

Bagi mereka yang selalu mengalami masalah kebas ketika bangun berdiri akibat duduk bersila terlalu lama, itu petanda bahagian kaki anda banyak toksid dan angin serta peredaran darah yang kurang lancar. Anda disyorkan untuk berbekam 8 point pada kedua belah kaki, InsyaAllah selepas berbekam masalah kebas-kebas anda akan pulih.


Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari


Sabda RASULULLAH SAW : "Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda boleh menyembuh segala penyalit kecuali Al-Sam".Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?,baginda menjawab, Al-Sam itu ialah maut" Hadis Sahih Al-Bukhari


Untuk temujanji boleh hubungi 0182131240 (Call / SMS / Whatsapp)

Boleh ke kalau anak-anak kecil berbekam?

 Tak dinafikan ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka berbekam atas sebab kesihatan. Pada saya, soalan tu berbalik semula kepada ibubapa ter...