Friday 14 November 2014

BACAAN WIRID atau FORMULANYA dari BAGINDA RASUL SAW

Walaupun ada beribu-ribu doa, bacaan dan amalan oleh orang-orang soleh namun ada beberapa formula yang tertentu yang lebih darjat dan manafaatnya seperti yang digelar MAQALAD AS-SAMAWI WAL-ARD yang bererti KUNCI PEMBUKA KHAZANAH LANGIT & BUMI.

Meskipun khas untuk mnyembuhkan penyakit / mengelakkan penyakit – faedah bacaan itu bukan hanya terhad kepada penyakit badan tetapi juga untuk penyakit lain.

BACAAN WIRID atau FORMULANYA dari BAGINDA RASUL SAW

Menjawab pertanyaan dari Uthman ibn Affan r.a baginda Rasul menjawab :-

Kamu bertanya kepada saya apa yang orang lain belum pernah bertanya. Kunci Pembuka Khazanah Langit & Bumi itu adalah yang berikut :-

Formula Bacaan:
Mulakan dengan menyebut: La ilaha illa llah, Muhammadun Rasulullah, A'udhu billahi Min asy syaitani-rajim.

La ilaha illa Llahu wa-Llahu akbar
Wa subhan Allahi wal-hamdu li-Llahi
Wastaghfiru Llah alladzi la ilaha illa Hu
Wal-Awwalu wal- Akhiru waz-Zahiru
Wal baa tinu yuhyi wa yumitu
Wa huwa hayyul laa yamutu biya dihil khairu
Wa huwa aala kul-li shay in Qadiir.

Yang bermaksud :-

Tiada yang disembah melainkan Allah
Allah Maha Besar Maha Suci Engkau
Segala Puji Bagi Allah
Aku memohon Ampun kepada Allah
Tiada yang patut disembah melainkan Dia
Dia Yang Awal dan Dia Yang Akhir
Dia Yang Zahir dan Dia jugalah Yang Batin
Yang Menghidupkan Yang Mematikan
Dia Yang Hidup tanpa mati
PadaNya segala kebaikan
Dan Dia Berkuasa atas segala sesuatu.

FAEDAH FAEDAHNYA

Sabda Nabi kepada Uthman :-

Wahai Uthman , barangsiapa membacanya 100 kali sehari, akan dikurnia 10 faedah.

Pertama, segala dosanya yang lalu akan diampuni
Kedua , terlepas dari siksa neraka
Ketiga, dua malaikat dilantik untuk memeliharanya daripada penyakit
Keempat, dikurniakan khazanah rahmat & berkat
Kelima, mendapat pahala spt pahala membebaskan 100 orang hamba
Keenam, mendapat pahala spt membaca seluruh Al-Quran, Injil, Zabur & Taurat
Ketujuh, mendapat rumah disyurga
Kelapan, berkahwin dengan bidadari syurga
Kesembilan, dia akan dipermuliakan
Kesepuluh, permohonan keampunan bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan

Wahai Uthman, jika kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari. Kamu akan termasuk dalam golongan orang orang yang berjaya dan melampaui orang orang sebelum kamu dan selepas kamu.

CERITA KEJAYAAN – SUFI DARI PAKISTAN

Seorang sufi zaman ini, ABU ANIS BARKAT ALI dari Darul Ehsan , Pakistan telah mencapai kedudukan yang tinggi dan unik dikalangan orang orang yang membaca wirid atau formula yang hebat ini.
Beliau mendirikan sebuah papan-tanda yang besar dipintu masuk ke-bangunan tempat ibadahnya dan yang ditulis pada papan tanda itu ialah wirid atau formula ini.

Kehidupannya sendiri memperlihatkan pengaruh kesan bacaan itu :-

Beliau menjadikan 10,000 orang hindu kasta rendah sebagai anak angkat, memberikan mereka latihan dan pendidikan hidup yang sempurna

Beliau menyelenggara sebuah bilik perubatan . Hingga sekarang beliau telah mencelikkan 3,000 orang kurang daya penglihatan dengan percuma.

Beliau telah menulis lebih 300 buah buku tentang Islam & Sufi. Buku – buku ini diedar secara percuma. Pada kulit buku terulis :-

Buku ini ditulis untuk bacaan kita semua, bukan untuk jualan. Buku ini telah dijual kepada DIA dan demi untuk DIA jualah buku ini ditulis.

DIBACA 21 KALI SELEPAS SETIAP SOLAT

Bacaan ini boleh juga dibaca 21 kali setiap selepas solat. Ia akan memakan masa lebih kurang 3 – 4 minit sahaja. Amalkanlah. Salam Istiqamah buat Saudara Seislam.

Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Sumber;
Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
www.pusrapi.blogspot.com
www.pusrapi.com
(◕‿◕)

Thursday 13 November 2014

Khasiat Dan Fadhilat Yasin 7 Mubin

Al-Quran merupakan petunjuk dan ubat bagi mereka yang benar-benar yakin dan beriman dengannya. Tidak semua ilmu al-Quran ini dikuasai oleh seseorang. Tetapi mendalami ilmu-ilmu al-Quran akan dapat meningkatkan lagi kekuatan iman seseorang. Al-Quran adalah mukjizat. Ia juga mengandungi pelbagai hikmah yang hanya diketahui secara keseluruhannya oleh Yang Maha Pencipta. Sesiapa yang Allah kurniakan sebahagian hikmah ini kepadanya maka dia telah dibekalkan dengan bekalan yang terbaik.
“Bacaan al-Quran adalah suatu ibadah. Setiap huruf akan diganjarkan dengan 10 kebajikan. Bukannya Alif Lam Mim (الم) itu satu huruf kata Nabi SAW, tetapi Alif itu satu huruf, Lam itu satu huruf dan Mim itu satu huruf. Surah Yaasin pula diganjarkan sebagaimana yang diniatkan oleh pembacanya.” (al-Hadith).
.
Bacaan Surah Yasin tidak tertakluk pada malam Jumaat sahaja. Bila-bila masa pun boleh dibaca sekiranya inginkan pada pahala dan berkahnya, apatah lagi jika ada sesuatu permasalahan, kesusahan dan musibah yang perlu di atasi segera.
.
.

Yasin 7 Mubin

Kali ini kita fokaskan pada bacaan ‘Yasin 7 Mubin’. Dalam Surah Yaasin terdapat tujuh tempat perkataan “mubin” iatu pada ayat;
1)   Ayat 12 = Mubin Pertama
36:12
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
.
2)   Ayat 17 = Mubin Kedua
36:17
“Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata”.
.
3)   Ayat 24 = Mubin Ketiga
36:24
“Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
.
4)   Ayat 47 = Mubin Keempat
36:47
Dan apabila dikatakan kepada mereka:” Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu”, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): ” Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata”.
.
5)   Ayat 60 = Mubin Kelima
36:60
“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
.
6)   Ayat 69 = Mubin Keenam
36:69
(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;
.
7)   Ayat 77 = Mubin Ketujuh
36:77
Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),
.
.

Cara membaca Surah Yassin

Yasin ada beberapa kaedah dan cara pembacaannya, bergantung kepada tujuan khususnya. Ada Yasin Tunggal (biasa), Yasin Wirid (untuk rezeki) dan ada yang membaca Yasin 7 Mubin untuk sesuatu hajat.
.
Yasin 7 Mubin ini dibaca untuk mendapatkan semula barangan berharga yang telahdicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.
.
.

Kaedah Membaca Yasin 7 Mubin

Kaedah yang dinyatakan ini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Yasin 7 Mubin perlu dibaca dengan kadar yang segera iaitu dalam tempoh 24 jam dari kehilangannya.
.
A. Langkahnya adalah seperti berikut:-
  1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.
  2. Boleh juga dibaca Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali secara bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala, ketika dalam sujud yang terakhir.“Tidak ada Tuhan selain Dikau. Maha Suci Dikau Ya Allah, sesungguhnya daku adalah termasuk orang-orang yang aniaya.”
  3. Selesai Solat Hajat,mulakan bacaan Surah Yasin mengikut kaedah seperti berikut;
  4. Membaca Surah Yasin, apabila sampai pada setiap perkataan ‘Mubin’ (مبين), hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulangi semula bacaan Yasin daripada permulaan surah.
.
.
B.  Cara-cara untuk membacanya ialah :
  1. Bacaan Yasin dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan Selawat 11 kali.
  2. Baca Yasin sehingga di Mubin (مبين) pertama (ayat ke 12) dan berdoa.
  3. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kedua (ayat ke 17) dan berdoa.
  4. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang ketiga (ayat ke 24) dan berdoa.
  5. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keempat (ayat ke 47) dan berdoa.
  6. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kelima (ayat ke 60) dan berdoa.
  7. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keenam (ayat ke 69)dan berdoa.
  8. Ulang semula dari awal sehingga Mubin yang ketujuh (ayat ke 77), berdoa .
  9. Lengkapkan bacaan Yasin sehingga habis ke penghujung surah dan disudahi dengan bacaan penutup (صدق الله العظيم).
.
Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui kehilangan barang tersebut.
.
.

Fadhilat Lain Yasin 7 Mubin

Dari kajian, kaedah di atas juga boleh digunakan untuk:
1. Pendinding dari gangguan jin dan syaitan.
2. Memanggil anak-anak yang lari dari rumah.
3. Melindungi diri dari difitnah atau dizalimi manusia.
4. Dibaca bagi pesakit yang sedang tenat (baca pada air untuk diminum).
.
Perlu ditegaskan, ini adalah satu kaedah zikir, janganlah meletakkan pergantungan kepada ayat, jaga iktikad anda dan berserahlah hanya kepada Allah SWT semata.
Selamat mencuba… Semoga ini dapat memberikan manfaat untuk kita semua .. Insya-Allah …

Sumber: http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/01/27/khasiat-dan-fadhilat-yasin-7-mubin/

Thursday 30 October 2014

Apa itu GUASA

‘Guasa‘ merupakan suatu terapi perubatan tradisi masyarakat Cina. Kaedah ini  merupakan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diwarisi oleh nenek moyang sejak beribu-ribu tahun dahulu. Keunikannya telah menarik perhatian disebabkan oleh keberkesananya yang mujarab untuk masalah demam dan selsema.

Alat-alat guasa yang digunakan pada zaman dahulu terdiri daripada duit syiling atau sudu seramik. Alat-alat ini akan dicelup di dalam air ataupun minuman keras, kemudian digunakan untuk meraut pada permukaan kulit sehingga bintik-bitik merah kelihatan. Kini, papan guasa diperbuat daripada tanduk kerbau dan merupakan alat  penebat elektrik. Ini menyebabkannya berkesan dan sesuai untuk membuang kepanasan dan toksin dari badan. Kegunaan papan ini tidak menghasilkan sebarang geseran atau haba.

Antara Penyakit Yang Boleh Dirawat Menggunakan Kaedah Guasa ialah seperti berikut: InsyaAllah...

1. Selsema
2. Buasir
3. Sembelit
4. Sakit Kepala
5. Insomnia
6. Kelesuan
7. Sakit Sendi
8. SakitPinggang Yang Teruk
9. Sakit Pinggang Pada Tulang Belakang
10. Terseliuh
11. Sakit Bahu Pada Usia 50 Tahun
12. Sakit Otot Selepas Bangun Dari Tidur
13. Sesak Nafas Dan Jantung Berdebar Dengan Cepat
14. Tekanan Darah Tinggi
15. Sakit Semasa Haid
16. Kelemahan Fungsi Fisiologi
17. Kurangkan Lemak
18. Kelemahan Badan
19. Mengeluarkan Kahak
20. Myopia
21. Tersedu
22. Sakit Perut
23. Kurang Selera Makan
24. Cirit Birit
25. Mabuk Kereta
26. Mabuk Arak
27. Histeria
28. Bahu Dan Belakang Yang Tegang
29. Kekejangan Kaki Dan Abdomen
30. Tekanan Darah Rendah
31. Mata Yang Letih
32. Pening
33. Hidung Bengkak Dan Berair
34. Hidung Berdarah
35. Sakit Gigi
36. Rasa Muntah Semasa Mengandung
37. Kekurangan Penghasilan Susu
38. Keradangan Pundi Kencing
39. Kanak-kanak Yang Lemah
40. Kencing Semasa Tidur
41. Lelah
42. Tumor
43. Kaki Berbau Busuk 


Terapi Guasa adalah satu teknik yang praktikal kerana teknik ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana jua kita berada. Dengan hanya melakukanya selama beberapa minit setiap hari, ianya sudah cukup untuk memberikan kesan yang efektif terhadap kesihatan kita.

Friday 10 October 2014

Bekam untuk Bisul

Penyakit bisul merupakan kumpulan nanah terkumpul di dalam rongga yang terbentuk oleh tisu akibat proses jangkitan (biasanya disebabkan oleh bakteria atau parasit) atau sebarang bahan asing (contohnya. luka tikaman/tembakan). Ia merupakan sistem ketahanan diri tisu untuk menghalang penyebaran bahan berjangkit kepada bahagian badan yang lain.
Organisma atau bahan asing yang memasuki sebahagian tisu membunuh sel sekeliling, membebaskan toksin dan mengakibatkan tindak balas keradangan dengan menarik banyak sel darah putih kepada kawasan tersebut dan meningkatkan aliran darah di sekeliling. Dengan itu, nanah adalah kumpulan sel tisu yang mati, sel darah putih, organisma yang berjangkit atau bahan asing dan toksin yang dibebaskan oleh kedua-dua organisma dan sel darah. Sturktur akhir bisul adalah dinding bisul yang terbentuk oleh sel sihat dalam cubaan mendirikan halangan sekeliling nanah yang menghadkan bahan berjangkit dari struktur sekeliling.
Simptom utama dan tanda sebarang proses keradangan adalah kemerahan, panas, bengkak dan sakit. Bisul mampu terbentuk pada sebarang tisu pejal tetapi sering kali berlaku pada permukaan kulit (where they may be superficial pustules or deep skin abscesses), dalam paru-paru, otakbuah pinggang dan tonsil. Komplikasi utama adalah penyebaran bahan nanah kepada tisu berdekatan atau jauh dan tisu mati yang berlaku secara meluas (gangrene). Bisul pada kebanyakan bahagian badan jarang sembuh sendiri, jadi rawatan perubatan perlu apabila bisul disyaki berlaku.
Kaedah terapi Bekam mampu membantu mereka yang sering mengalami masalah bisul. Bekam di 11 titik sunnah (amat di galakkan berbekam pada tarikh-tarikh sunnat pada setiap bulan) amatlah membantu mengeluarkan sisa toksid dalam badan sekaligus membantu juga dalam pelbagai permasalahan yang lain, disampaing mengamalkan perawatan dan terapi cara Rasullullah S.A.W.

Thursday 9 October 2014

Tarikh Sunat Berbekam Zulhijjah 1435H

Bagi anda yang menghadapi masalah kesihatan yang sukar pulih , amatlah di galakkan berbekam pada waktu tarikh-tarikh sunnah. Berbekam pada tarikh ini akan mendapat kesembuhan dan rahmat dari ALLAH. Terapi Bekam ini sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah gangguan sihir dan masalah penyakit kulit.
Tarikh sunnah adalah pada setiap 17,19 dan 21hb bulan islam. Ahad ini, 11.10.2014 adalah bersamaa 17 Zulhijjah amat sesuai untuk anda berbekam.

Wednesday 3 September 2014

Letih? Lesu? Tidak bermaya?

Anda acapkali berasa letih, lesu dan tidak bermaya?  Sesuatu perlu anda lakukan! Pergilah bersenam atau marilah BERBEKAM. InshaaAllah kaedah Terapi Bekam ini amat membantu individu yang seringkali mengalami masalah letih, lesu dan tidak bermaya akibat tekanan kerja dan cara hidup sehari - harian.

Tak perlu bersusah pergi ke pusat rawatan,  hubungi kami segera untuk temujanji bekam di rumah anda.

SMS / Whatsapp 0123350180.

Friday 29 August 2014

Manfaat Bekam Mengikut Titik (Lokasi) Sunnah

Titik bekam pada umumnya adalah untuk meringankan gangguan pada organ dan saraf apabila dibekam pada tempat gangguan, terutamanya kerana gangguan kelebihan darah atau darah bermasalah atau kedua-duanya. Titik-titik bekam yang disukai Rasulullah S.A.W iaitu;

Bekam atas dua urat leher

1. Mencegah Sakit kepala
2. Mencegah sakit di wajah
3. Mencegah sakit gigi
4. Mencegah sakit telinga
5. Mencegah sakit hidung
6. Mencegah sakit kerongkong

Bekam pada Tengkuk;

1. Mencegah tekanan darah pada tegkuk
2. Mengatasi rabun
3. Mengatasi benjolan di mata
4. Mengatasi rasa berat pada alis dan kelopak mata
5. Mengatasi penyakit mata lainnya
6. Mengubati lepra
7. Megubati berbagai macam penyakit

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa: “Rasulullah S.A.W pernah menggunakan hijamah (bekam) atas tiga bahagian tubuh, bahagian atas tulang belakang dan atas urat leher.”


Bekam pada pelipis

1. Mengubati sakit kepala
2. Mengubati sakit diwajah
3. Mengubati sakit telinga
4. Megubati sakit hidung
5. Mengubati sakit kerongkong

Bekam pada Leher

1. Mengubati penyakit di leher
2. Mengubati sakit di leher

Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas R.A, bahawa Rasulullah S.A.W pernah melakukan bekam sebanyak 3 kali pada 2 pelipis dan lehernya.

Bekam di atas pinggul;

1. Menghilangkan sengal-sengal
2. Menghilangkan kelelahan

Dalam Sunan Abu Daud disebutkan dari hadith Jabir R.A bahawa Rasulullah S.A.W pernah melakukan bekam di bahagian atas pinggul Baginda S.A.W.

Sumber: TIAF (Terapi Islam Al-Fatah)

Sumber: TIAF (Terapi Islam Al-Fatah)

Boleh ke kalau anak-anak kecil berbekam?

 Tak dinafikan ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka berbekam atas sebab kesihatan. Pada saya, soalan tu berbalik semula kepada ibubapa ter...