Sakit kepala jenis ini terjadi kerana penyakit sinusitis (radang pada sinus). Anda akan terasa tekanan pada sekita mata, pipi dan kening. Kepala terasa berdenyut-denyut. Untuk mengatasi sakit kepala jenis ini, sentiasalah menjaga sinus anda agar ia tetap sihat dengan memastikan tangan sentiasa bersih. Usah merokok kerana asap rokok boleh mnyebabkan iritasi pada sinus. Pastikan anda tidak kerap berada pada kawasan yang terlalu kering atau terlalu lembap.
Sakit Kepala MIGRAIN
Migrain adalah sakit kepala yang berulang pada satu sisi kepala selama beberapa jam atau juga beberapa hari. Ia berdenyut-denyut dan gejalanya sangat parah. Anda mungkin terasa ingin berbaring di satu tempat yang sunyi. Migrain lazimnya terjadi oleh beberapa tanda misalnya melihat kilatan chaya, lemas, kebas pada kaki dan lengan. Anda juga mungkin akan muntah, mual dan sangat sensitive pada suara mahupun cahaya.
Sakit Kepala TEKANAN DARAH TINGGI
Sakit ini menyebabkan kepala terasa berat dan leher tegang. Jika sakit kepala anda disebabkan oleh penyakit ini, segeralah dapatkan pemeriksaan dari doktor. Amalkan juga amalan gaya hidup sihat agar tekanan darah tinggi dapat dikurangkan. Kurangkan makanan berlemak dan banyak mengandungi garam. Anda juga boleh bersenam. Kombinasi kesemua usaha ini akan membantu mengurangkan risiko sakit kepala akibat penyakti tersebut.
Sakit Kepala CLUSTER HEADACHE
Inilah sakit kepala yang paling menyakitkan. Rasanya seperti ada tusukan pada satu bahagian kepala dan sering menyerang di bahagian mata. Ia lebih banyak menyerang orang lelaki berbanding dengan perempuan dan sering berlaku pada waktu malam. Serangan sakit kepala ini boleh jadi berminggu-minggu atau berbulan-bulan lamanya. Namun kebaikannya, penderita sakit kepala ini tidak menderita seperti sakit kepala akibat migraine atau ‘tension headache’. Berikut adalah beberapa cara untuk mengurangkan risiko sakit kepala ini:
§ Hindarai alcohol
§ Jauhi produk tembakau
§ Amalakan tidur berjadual
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Boleh ke kalau anak-anak kecil berbekam?
Tak dinafikan ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka berbekam atas sebab kesihatan. Pada saya, soalan tu berbalik semula kepada ibubapa ter...
-
Soalan yang selalu sangat saya dapat. "Saya nak berbekam tapi saya tengah haid, boleh ke?" "Saya dengar tengah haid tak b...
-
Ekzema . (Daripada bahasa Greek: ēkzema ἔ κζεμα,) juga dikenali sebagai dermatitis atopik adalah satu bentuk keradangan kronik kulit. Ekzem...
-
Biasa tak rasa kebas dan lenguh pada tangan hingga rasa menyucuk-nyucuk? Sakit kan? Bila dia datang masa nak tidur memang langsung tak ...
No comments:
Post a Comment