Thursday 4 January 2018

BEKAM NI SAKIT TAK?

Soalan biasa yang saya dapat dari mereka yang baru pertama kali nak berbekam.

Jawapan saya;

Sakit atau tak bergantung kepada individu. Sebab kita dilahirkan berbeza, ada yang tahan sakit ada yang tidak. Tapi saya boleh bayangkan macam mana rasanya berbekam ni.

Sebelum berbekam saya akan urut menggunakan teknik Guasa, tujuannya untuk memecah angin dan juga untuk melancarkan peredaran darah. 

Selesai urutan guasa barulah saya akan lekatkan cup pada poin yang sesuai (inidipanggil bekam angin). Untuk pertama kali saya tidak akan pam dengan kuat untuk mengelakkan terkejut. Rasa ketika cup dipam sama seperti doktor pam darah untuk bacaan darah tinggi. Tapi rasa tekanan tu akan hilang sedikit demi sedikit.

Selepas beberapa minit cup akan dibuka dan kulit akan dilukakan dengan menggunakan jarum atau pisau. 

Apa rasa kulit bila di tusuk atau disayat?

Jika menggunakan jarum akan terasa seperti gigitan semut, jika menggukankan pisau pula InsyaAllah tidak terasa kerana sayatan yang di buat hanya layangan diatas kulit dan menggunakan surgical blade yang sangat tajam.

Luka dari kedua2 kaedah ini juga cepat sembuh kerana lukanya tidak sampai ke daging atau pembuluh darah utama.

Jadi janganlah takut untuk berbekam ya.


No comments:

Post a Comment

Boleh ke kalau anak-anak kecil berbekam?

 Tak dinafikan ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka berbekam atas sebab kesihatan. Pada saya, soalan tu berbalik semula kepada ibubapa ter...