Friday 3 September 2021

Bekam Muka untuk masalah JERAWAT

 Jerawat banyak? Malu nak jumpa orang? Dah cuba macam-macam cara tapi langsung tak berkesan?

Ye ke dah cuba macam-macam cara? Dah cuba berbekam?

Ada yang ngeri bila dengar bekam muka atau bekam wajah. Jangan takut, bekam pada muka dilakukan dengan lembut, tak sama macam bekam di bahagian-bahagoan lain badan yang mana sedutan agak kuat untuk menarik darah dan angin keluar dari badan.

Kalau nak tahu, Bekam ni sangat effektif untuk yang cuba merawat masalah wajah terutamanya jerawat. Tapi perlukan kesabaran ye, sebab perlu buat beberapa sesi untuk mendapatkan result yang cemerlang.

Soalan biasanya ditanya, "tak sakit ke kena cucuk di muka?"

Ok, untuk bekam muka, jarum yang digunakan lebin halus. Tujuannya supaya luka yang di buat untuk keluarkan darah tu tak nampak dan lebih cepat sembuh. Kalau risau, boleh tanya kepada tukang bekam sebelum proses membekam bermula ye, tanya jarum saiz apa yang digunakan untuk menusuk kulit muka anda nanti. Kalau pembekam cakap 28g, ok anda selamat.

Lepas bekam biasanya akan ada kesan lebam pada wajah. Kesan ni mungkin akan ambil masa untuk hilang jadi kena bertabah ye. Tapi di masa sekarang ni masyarakat tak kisah sangat dengan kesan lebam lepas bekam tu, silap-silap dorang pulak tanya kat mana korang buat bekam muka. 

Ok, jadi yang ada masalah jerawat dan masih buntu nak cari rawatan, atau takut-takut nak berbekam, jangan takut okay. Kuatkan hati teruskan niat korang untuk berbekam.




No comments:

Post a Comment

Boleh ke kalau anak-anak kecil berbekam?

 Tak dinafikan ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka berbekam atas sebab kesihatan. Pada saya, soalan tu berbalik semula kepada ibubapa ter...