Wednesday 19 October 2011

BEKAM SUNNAH MERAWAT STRESS & KELESUAN





                                                                 
Rawatan bekam darah ini dikenali juga sebagai Al Hijamah dan adalah kaedah perubatan sunnah nabi bagi mengeluarkan darah kotor yang mengandungi toksid dari dalam badan dan ia mampu menyembuhkan sebanyak 93 jenis penyakit klinikal dan salah satunya mampu merawat masalah stress dan kelesuan 

POINT BEKAM UNTUK LUMPUH DAN STROKE

Poin ini perlu dibekam setiap minggu dan poin lain yang sakit.Selain itu pesakit lumpuh dan stroke disarankan minum minyak habbatussawda dan urut ditempat yang bermasalah dengan minyak itu setiap hari. Jika ada peluang badan pesakit perlu ditanam di dalam pasir pantai selama setengah jam di waktu pagi.Sebaiknya perlu kerap diruqyah dan jumpa perawat.

Saturday 15 October 2011

Anjuran Berbekam


Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam besabda :

الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍشَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ
Kesembuhan itu berada pada tiga hal, yaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berobat) dengankay.” (HR Bukhari)
Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam bersabda :

إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَالْفَصْدُ
Sesungguhnya metode pengobatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah(bekam) dan fashdu (venesection).” (HR Bukhari – Muslim)

Tarikh yang sesuai berbekam



Tarikh yang sesuai berbekam kembali lagi iaitu pada Sabtu ini 15 Oct, Isnin 17 Oct dan Rabu 19 Oct, sila buat temujanji dengan para pembekam kami yer...Selamat berbekam..

Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit."
(Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Dari Ibnu Abbas R.A, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda, "Berbekamlah pada hari ke-17 dan ke-21, sehingga darah tidak akan mengalami hipertensi yang dapat membunuh kamu."
(Kitab Kasyful Astaar ‘anZawaa-idil Bazar, karyaal-Haitsami)

Bekam Darah Merawat Darah Tinggi, Kencing Manis & Migrain (Hanya RM70)


Jika anda mempunyai penyakit tekanan darah tinggi, secara automatiknya, anda seorang yang sangat sensitif kepada tahap kemasinan setiap masakan. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah dan kekacang. Contohnya bayam, brokoli, pisang, kentang dan sebahagian besar kekacang seperti tempe yang mengandungi kalium tinggi.

Bekam Darah Merawat Sakit Pinggang

Kaedah bekam darah ini khas dalam merawat masalah sakit pinggang, insyaAllah pinggang anda akan lega serta merta setelah tamat proses berbekam.

TIPS:
Jangan perlekehkan cara duduk anda. Untuk mengurangkan tekanan, duduk tegak dengan pinggul dan lutut kekal dalam kedudukan 90 darjah. Untuk mengelakkan anda duduk dengan malas, letakkan kaki di atas blok setinggi satu atau dua inci dan jarakkan kedudukan kedua-dua buku lali kira-kira selebar bahu.





Jika anda bekerja sambil duduk, ambil masa untuk merehatkan pinggang dan tulang belakang setiap setengah jam dengan berdiri, lakukan regangnan atau beralan beberapa minit. Latihan paling mudah yang boleh anda lakukan ialah jawab telefon dengan berdiri.



Cara betul ketika mengangkat barang:
1. Pakai kasut yang stabil dan selesa, bukannya sandal, selipar atau kasut tumit tinggi.
2. Pastikan kaki anda dalam keadaan teguh dan selesa, dalam kedudukan 90 darjah dan rapatkan kaki kepada barang yang hendak diangkat.
3. Bengkokkan lutut dan rendahkan badan.
4. Pastikan belakang anda tegak.
5. Angkat barang tadi ke paras abdomen anda dan angkat barang perlahan-lahan.
6. Jika barang agak berat, tampan dengan otot kaki.
7. Pastikan lutut anda bengkok ketika mengangkat barang tadi.Dapatkan bantuan jika barang terlalu berat untuk diangkat seorang.
8. Gunakan troli atau peralatan lain untuk mengalihkan barang yang berat.

Cara salah atau perlu dielakkan:

1. Jangan angkat barang yang terlalu berat.
2. Jangan membengkokkan badan (pada pinggang) ketika memungut barang.
3. Elakkan daripada memusingkan pinggang ketika membawa barang berat.
4. Jangan angkat berat melebihi kepala.
5. Elak daripada mengangkat barang secara cepat atau mendadak.
6. Agihkan berat beban. Pastikan anda mengangkatnya di tengah, dengan itu beban sekata di kiri dan kanan.
7. Jangan sekali-kali angakat barang berat apabila memakai kasut tumit tinggi.
8. Jangan angkat barang berat sekiranya anda pernah mengalami atau menghadapi masalah sakit belakang.

Sumber: Harian Metro, Selasa, 31 Julai 2001

Sakit Kepala SINUS

Sakit kepala jenis ini terjadi kerana penyakit sinusitis (radang pada sinus). Anda akan terasa tekanan pada sekita mata, pipi dan kening. Kepala terasa berdenyut-denyut. Untuk mengatasi sakit kepala jenis ini, sentiasalah menjaga sinus anda agar ia tetap sihat dengan memastikan tangan sentiasa bersih. Usah merokok kerana asap rokok boleh mnyebabkan iritasi pada sinus. Pastikan anda tidak kerap berada pada kawasan yang terlalu kering atau terlalu lembap.

Sakit Kepala MIGRAIN
Migrain adalah sakit kepala yang berulang pada satu sisi kepala selama beberapa jam atau juga beberapa hari. Ia berdenyut-denyut dan gejalanya sangat parah. Anda mungkin terasa ingin berbaring di satu tempat yang sunyi. Migrain lazimnya terjadi oleh beberapa tanda misalnya melihat kilatan chaya, lemas, kebas pada kaki dan lengan. Anda juga mungkin akan muntah, mual dan sangat sensitive pada suara mahupun cahaya.

Sakit Kepala TEKANAN DARAH TINGGI
Sakit ini menyebabkan kepala terasa berat dan leher tegang. Jika sakit kepala anda disebabkan oleh penyakit ini, segeralah dapatkan pemeriksaan dari doktor. Amalkan juga amalan gaya hidup sihat agar tekanan darah tinggi dapat dikurangkan. Kurangkan makanan berlemak dan banyak mengandungi garam. Anda juga boleh bersenam. Kombinasi kesemua usaha ini akan membantu mengurangkan risiko sakit kepala akibat penyakti tersebut.

Sakit Kepala CLUSTER HEADACHE
Inilah sakit kepala yang paling menyakitkan. Rasanya seperti ada tusukan pada satu bahagian kepala dan sering menyerang di bahagian mata. Ia lebih banyak menyerang orang lelaki berbanding dengan perempuan dan sering berlaku pada waktu malam. Serangan sakit kepala ini boleh jadi berminggu-minggu atau berbulan-bulan lamanya. Namun kebaikannya, penderita sakit kepala ini tidak menderita seperti sakit kepala akibat migraine atau ‘tension headache’. Berikut adalah beberapa cara untuk mengurangkan risiko sakit kepala ini:

§ Hindarai alcohol
§ Jauhi produk tembakau
§ Amalakan tidur berjadual

Boleh ke kalau anak-anak kecil berbekam?

 Tak dinafikan ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka berbekam atas sebab kesihatan. Pada saya, soalan tu berbalik semula kepada ibubapa ter...