Tuesday 27 November 2012

Ta’awudz (doa perlindungan)





Maksud : Aku berlindung dengan wajah Allah yang Maha Mulia dan dengan Kalimat-Kalimat Allah yang Sempurna yang tidak ada “melampauinya” segala kebaikan mahupun keburukan dari kejahatan apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar darinya dan dari kejahatan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan dari kejahatan fitnah di malam dan siang hari dan dari kejahatan jalan-jalan dimalam dan siang hari, kecuali suatu jalan yang dilalui dengan kebaikan, wahai
yang Maha Penyayang.

(Ta’awudz (doa perlindungan) diatas diajarkan oleh Malaikat Jibril a.s kepada Rasulullah SAW ketika malam Isra’ dan Mikraj. Ketika itu Nabi SAW dihadang oleh jin ifrit yang diutus oleh iblis yang membawa obor untuk membakar Nabi Muhammad SAW. Lalu Rasulullah membaca doa perlindungan tersebut sehingga ifrit tersebut kalah menyingkir (H.R Iman Al-Bukhari)

Kegunaan: Boleh amalkan untuk tujuan pendinding diri.



Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)

Sunday 18 November 2012

Bersihkan Darah dari sisa-sisa ubatan melalui BEKAM


Bagi mereka yang menghidapi penyakit moden dan mengambil ubatan klinikal setiap hari seperti pil darah tinggi,pil kencing manis,panadol,ponstan,pain killer dan sebagainya,anda disyorkan berbekam sebulan sekali.Pil klinikal ini jika tidak dibuang dari saluran darah kotor dibawah eperdemis kulit,dikhuatiri akan merosakkan sistem ginjal dalam jangkamasa panjang.Jom berbekam...
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)


Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)

Thursday 20 September 2012

Utusan Malaysia 16hb April 2012 "Bekam bangkit seri"


Terapi alternatif singkir kotoran bantu segarkan tubuh, wajah
KEINGINAN hidup sihat dan kelihatan cantik menyebabkan manusia berikhtiar dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat itu. Tidak cukup dengan perubatan moden, perubatan tradisional atau alternatif turut menjadi pilihan.
Pernahkah anda mengamalkan bekam bagi mengeluarkan darah dan angin kotor agar tubuh menjadi lebih sihat? Bekam dalam istilah Melayu membawa maksud mengeluarkan angin dalam badan atau pelepasan darah kotor daripada badan manakala dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai al-Hijamah, iaitu kaedah pembersihan darah atau angin dengan mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan.
Walaupun perkembangan industri kecantikan dan penjagaan diri semakin canggih, terbukti bekam masih menjadi tumpuan sebagai rawatan alternatif bagi memberi keseimbangan tubuh badan. Ia juga didakwa mampu menyembuhkan kira-kira 72 jenis penyakit dan disenaraikan sebagai kaedah rawatan alternatif.
Pengamal kaedah perubatan bekam, Noraini Tumijan menjelaskan bekam adalah amalan sunnah yang hampir dilupakan orang Islam sendiri.
Sambungnya, berbekam adalah terapi perawatan yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit yang disyorkan Nabi Muhammad SAW dan direstui amalannya oleh Allah SWT. Ada beberapa jenis bekam diamalkan di dunia seperti bekam kering (angin), bekam basah (darah), bekam magnet, bekam elektronik dan bekam akupuntur.
“Hampir 60 peratus bekam yang diamalkan di seluruh dunia adalah bekam kering (angin). Bekam angin pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu magnet dan akupuntur (aku-bekam). Bekam jenis ini tidak menyakitkan dan amat sesuai digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, muntah, resdung, masalah hati, sakit belikat, urat saraf, sakit leher, berdengkur, buah pinggang, buasir dan pelbagai lagi,” katanya ketika ditemui di premis miliknya di Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini.
Noraini berkata, bekam basah atau bekam darah pula menguasai 30 peratus teknik berbekam dan terbahagi kepada dua iaitu bekam darah moden dan bekam darah sunnah (mengikut sunnah Rasulullah). Perbezaan ialah bekam moden menggunakan jarum, boleh dilakukan mengikut kelapangan pesakit tidak mengira waktu, sekerap dua kali seminggu dan tidak kisah jika pengamalnya lelaki atau perempuan.
“Seiring perubahan zaman, jika dulu kaedah berbekam menggunakan pelbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh dan gelas. Kini, teknologi bekam menggunakan alat lebih moden dan ringkas menerusi berbentuk gelas dibuat daripada kaca yang bersih dan bebas hama,” katanya.
Seperti juga rawatan lain, amalan berbekam harus dimulakan dengan memeriksa badan pesakit. Bagi mereka yang arif soal berbekam mereka mampu mengetahui keadaan pesakit hanya dengan menekan urat tertentu di badan pesakit.
Katanya, teknik bekam yang diperkenalkannya selamat, tidak sakit dan berbahaya dan mendakwanya berkesan mengubati dan mencegah penyakit. Dalam jangka masa singkat, bekam didakwanya mampu memperbaiki dan menjadikan tubuh lebih sihat.
“Daripada sentuhan berkenaan, penyakit akan dapat dikesan melalui kehangatan bahagian kulit pesakit yang akan mengeluarkan haba. Kaedah yang kedua melalui pemerhatian. Melalui kaedah ini pesakit yang mempunyai masalah kesihatan didapati mempunyai tanda kemerahan dan bengkak yang berkilat di bahagian kulit. Kulit pesakit juga akan kelihatan kasar, tebal, berwarna hitam dan bertompok-tompok.
“Kaedah tekanan boleh digunakan dengan cara menekan bahagian tertentu. Apabila tekanan dilakukan pada bahagian itu pesakit akan berasa sakit,” katanya.
Mengulas lanjut, Noraini berkata, bekam darah boleh dilakukan dengan mencucuk kulit bagi membolehkan darah kotor disedut keluar menerusi tiub khas. Rawatan ini dilakukan kira-kira 20 minit bergantung kepada ketahanan individu dan seelok-eloknya dilakukan pada waktu tengah hari kerana ketika itu urat saraf berkembang.
“Pelanggan dinasihat tidak mengambil sebarang makanan dua jam sebelum melakukan sesi berbekam dan begitu juga mandi. Selain itu, mereka juga digalakkan untuk berehat selepas menjalani sesi rawatan.
“Kelebihan mengamalkan bekam darah adalah ia menjanjikan kesegaran tubuh serta-merta sekaligus mengembalikan keserian kulit. Ini kerana darah yang keluar menerusi kulit adalah darah kotor yang sudah lama tersimpan di bawah lapisan kulit. Darah inilah yang menyebabkan pelbagai penyakit dalam badan,” katanya.
Katanya, bekam darah juga dapat mengurangkan migrain dan masalah senggugut serta endometriosis serta melancarkan peredaran darah tersumbat. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit akan menyebabkan rasa berat dan malas justeru berbekam akan melancarkan peredaran darah semula.
Antara kebaikannya lain ialah membantu menajamkan penglihatan dan menangani pelbagai penyakit iaitu 72 jenis penyakit seperti ketegangan urat, darah tinggi, kolesterol, sembelit, tekanan dan buah pinggang.
Menjelas lanjut mengenai amalan bekam, Noraini memberitahu beliau juga menawarkan rawatan bekam angin digunakan untuk membuang angin dalam badan. Biasa dilakukan dengan menyedut angin menggunakan sejenis alat berbentuk pistol dan disedut menerusi bekas kaca.
Bagi Noraini, bekam angin dilakukan ke beberapa bahagian badan pesakit seperti di pangkal tengkuk (bagi menghilangkan pening dan migrain), bahu (bagi mengurangkan tekanan), belikat dan pinggang.
“Kebaikan bekam angin ialah membantu membuang angin dalam badan serta melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan, membantu memecahkan lemak, peluh serta melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki, mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar,” katanya.
Menggunakan kaedah rawatan moden, Noraini memberitahu sebelum melakukan bekam pada pelanggannya, tubuh yang bakal disuntik dengan jarum disapukan dengan minyak bagi melembutkan permukaan kulit.
Selepas itu, barulah melakukan bekam luncur iaitu dengan menolak bekas kaca ke atas dan bawah. Jika pelanggan mengalami rasa pening, bekam harus diberhentikan serta-merta.
“Lazimnya bekam dilakukan secara ganjil iaitu lima, tujuh atau sembilan dan berikutnya. Buat pelanggan yang baru mencuba, saya tidak menggalakkan mereka lakukannya secara serentak atau berlebih-lebihan kerana khuatir mereka tidak biasa dengan hasil tindak balasnya dan boleh menyebabkan mereka pengsan.
“Oleh itu, mereka perlu tenang dan bagi mereka yang mengalami tekanan, saya tidak galakkan mereka lakukannya.
“Seiringan itu, selain mengamalkan 10 titik bekam yang harus dilakukan iaitu pada kepala, bawah telinga kiri dan kanan, leher, tulang bahu kiri dan kanan, pinggang kiri dan kanan serta bawah lutut kiri dan kanan mengikut Sunnah Nabi, saya juga lakukannya mengikut permintaan pelanggan,” jelasnya.
Boleh dilakukan seawal usia tujuh tahun, Noraini berpendapat amalan berbekam seelok-eloknya diamalkan dua kali sebulan agar tubuh kembali sihat di samping penjagaan kulit.
“Darah kotor yang keluar dari tubuh bukan saja membantu menyihatkan tubuh badan, tetapi sebaliknya mengembalikan keremajaan kulit tidak kira lelaki mahupun wanita,” jelasnya.
INFO
Bekam
  • Waktu berbekam - Paling baik ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa tujuan mengubati penyakit.
  • Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.
Alat Bekam
  • Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.
  • Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.
Larangan Berbekam
  • Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.
  • Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.
Kebaikan Berbekam
  • Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  • Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
  • Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
  • Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
  • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.
  • Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
  • Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
  • Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.
Jenis bekam
Bekam kering
Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.
Bekam basah
Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.

Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)

Wednesday 19 September 2012

RAWATAN BEKAM ATASI MASALAH GASTRIK @ ASID REFLUKS

Asid refluks adalah satu keadaan apabila jus gastrik yang mengandungi asid masuk kembali semula daripada perut dan masuk ke dalam esofagus.
Gejala-gejalanya:
  • Pedih hulu hati
  • Makanan yang dimakan naik semula ke atas mulut.
  • Sakit dada
  • Kesukaran untuk menelan
  • Suara serak, hakisan gigi dan asma
Sebab-sebabnya:
  • Keabnormalan perut
  • Kehamilan
  • Merokok
  • Makanan yang mencetus asid refluks seperti oren, kopi, teh, minuman bergas, makanan bergoreng
  • Terlalu berat atau obes
  • Memakan hidangan besar dan selepas itu berbaring atau membongkok
  • Makan makanan ringan sebelum tidur atar berbaring selepas makan
  • Mengambil aspirin atau ibuprofen, penenang otot atau ubatan tekanan darah tertentu
  • Senaman yang boleh menyebabkan asid refluks melalui cara peningkatan tekanan dalam rongga abdomen.
Dianjurkan membuat rawatan bekam di sekitar perut dan belakang badan. 


Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)
 
Untuk temujanji boleh hubungi 0198222195 (Whatsapp/Telegram)

Tuesday 18 September 2012

BEKAM UNTUK KECANTIKAN,AWET MUDA DAN LANGSING


Kecantikan yang paling utama bagi seorang wanita ialah akal yang dapat diselaraskan dengan agama. Maka untuk kecantikan yang paling penting adalah berbekam di bahagian pundak kepala supaya golongan wanita menjadi lebih berakal,cekap dan bijak dari segi agama dan dunia.


Kemudian melakukan bekam di muka untuk melicinkan kulit,menghaluskan dan menghilangkan toksin samada dari mekap atau udara tercemar.


Untuk melangsingkan badan maka dianjurkan berbekam sebanyak 10 poin setiap sepuluh hari pada beberapa poin sunnah dan di tempat yang banyak lemak seperti pinggul,punggung,paha, perut dan kawasan bawah pusat. Teruskan berbekam sehingga kamu mencapai berat ideal dan selagi sesuai dengan kemampuan kewangan


Dengan ini selain badan akan langsing secara beransur-ansur maka badan kamu akan terhindar dari penyakit-penyakit berat lain dan mengurangkan kesan gangguan jin secara otomatis. Ini juga adalah antara kaedah yang termurah di pasaran selain mempunyai multi fungsi kesembuhan.


Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)

Boleh ke kalau anak-anak kecil berbekam?

 Tak dinafikan ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka berbekam atas sebab kesihatan. Pada saya, soalan tu berbalik semula kepada ibubapa ter...