Oleh ZUARIDA MOHYIN
SEORANG ahli bekam dari California, Amerika Syarikat, Dr. Michael Reed Gach dalam bukunya, Potent Poins: a Guide to Self Care For Common Ailments, terpaksa akur dengan kehebatan rawatan perubatan bekam yang menjadi penawar kepada pelbagai penyakit. Lantas beliau menyarankan agar ia diterapkan di dalam kehidupan seharian masyarakat di Barat, setelah melakukan pelbagai kajian saintifik mengenai bekam dan terbukti keajaiban rawatan ini yang tiada tolok bandingannya.
Begitu juga dengan penelitian oleh Kohler D (1990) sehingga diterbitkannya buku yang berjudul, The Connective Tissue as The Physical Medium for Conduction of Healing Energy in Cupping Therapeutic Methode.
Bahkan bukan Barat sahaja mengakui kehebatan perubatan bekam ini. masyarakat di negara China dan Korea turut telah mempraktikkan ilmu perubatan warisan nabi ini sejak ribuan tahun dahulu hinggakan ramai beranggapan bahawa mereka inilah pelopor kepada perubatan ini.
Sekali gus sewenang-wenangnya mengakui ia milik mereka. Walaupun ia menggunakan istilah-istilah atau nama berbeza, tetapi prinsip kerja atau metodnya adalah sama seperti bekam; menyedut, mengumpul dan mengeluarkan darah kotor.
Sedangkan hakikatnya, bekam atau dalam istilah bahasa Arabnya, al-Hijamah adalah ilmu perubatan warisan Nabi yang hampir dilupakan oleh umat Islam itu sendiri. Kata-kata penegak ini ini bukan omongan kosong.
Buku karangan Syihab Al-Badri Yasin yang bertajuk Al-Hijamah Sunnah Nabawiyah wa Mu'jizah Thoyyibah telah menyenaraikan himpunan beberapa hadis Nabi Muhammad SAW mengenai ajaran dan saranan baginda berkenaan dengan bekam.
Rasulullah SAW telah lama mengajarkan kepada kita mengenai ilmu perubatan yang efektif hampir 1,400 tahun yang lalu. Suatu terapi yang mempunyai khasiat penyembuhan yang sungguh luar biasa dan hanya terungkap sekitar abad ke 20.
Ia juga adalah salah satu cara detoksifikasi (buang racun) yang sesuai dan selamat bagi umat Islam tanpa kesan sampingan yang ketara.
Diriwayatkan dalam Shahih Bukhari, Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan pengubatan dengan besi panas. (Shahih Bukhari)
Hadis Kedua: Dari Jabir Bin Abdillah r.a ia berkata, saya pernah mendengar Nabi SAW bersabda: Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, minuman madu, atau sundutan dengan api yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak suka berubat dengan 'kay'. (Shahih Bukhari)
Hadis Ketiga: Dalam riwayat Tirmidzi dari Ibnu Mas'ud dan riwayat Baihaqi: "Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisra'kan, kecuali mereka berkata, "Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu agar berbekam!" (Shohihul Jami': 5671)
Hadis Keempat: Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunan-nya, dari Ibnu Mas'ud yang berkata: "Rasulullah SAW suatu ketika bercerita tentang malam ketika beliau diisra'kan, bahawa beliau tidak berlalu pada satu kelompok malaikat pun kecuali mereka menyuruh beliau dengan mengatakan" Wahai "Muhammad, Perintahkanlah umatmu untuk berbekam."
Ahmad juga meriwayatkan dalam musnadnya, sabda beliau: "Ini (bekam) adalah sebaik-baik cara pengubatan yang digunakan oleh manusia." (Al-Bashriyyin : 19237, Shohih)
Hadis Kelima: Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam). (Shahih Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan hadis-hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa bekam merupakan perintah Nabi Muhammad SAW. Bekam juga adalah terapi yang sangat dianjurkan oleh penduduk langit. Nasihat ini merupakan penghormatan para malaikat sebagai sambutan atas kunjungan Nabi SAW.
Bekam adalah nasihat emas daripada para malaikat yang berbakti kepada 'penghulu manusia' pada malam yang diberkati. Justeru, adalah sangat tidak wajar sekiranya kita yang mengakui seorang Muslim ini cuba berdolak-dalik ataupun mengabaikan kaedah pengubatan yang langsung turun dari langit ini!
Bertitik-tolak daripada keyakinan inilah, Darul Irsyad mengendalikan Kursus Bekam di Masjid Al Hasanah, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini.
Kursus sehari yang merangkumi aspek teori dan praktikal yang disampaikan oleh pengurusnya, Mohd. Gadafi Mohd. Zuki ini bermula pukul 9 pagi dan berakhir kira-kira pukul 5 petang.
"Kami mensasarkan bilangan peserta yang tidak terlalu ramai iaitu antara 10 hingga 15 orang kerana mahu setiap peserta kursus dapat memberi tumpuan sama ada dalam kelas teori mahupun praktikal.
"Selain itu, dengan jumlah yang tidak terlalu ramai ini, ia mudah dikendalikan, di samping mahukan ilmu yang disampaikan tersebut mudah untuk difahami serta mewujudkan suasana komunikasi dua hala yang lancar antara penceramah dengan peserta," katanya.
Menurut Mohd. Gadafi, kursus ini dikira semakin relevan dengan kehidupan masyarakat sekarang yang sentiasa dihambat dengan pelbagai penyakit serta kos perubatan yang semakin meningkat. Ia juga satu cara kita agar tidak terlalu bergantung kepada perubatan lain.
"Ini kerana selain kita melaksanakan sunnah Nabi, seseorang itu juga mampu menjana pendapatan mereka sendiri.
"Saya berkeyakinan dengan adanya keazaman serta peluang sebegini, kita bukan sahaja melahirkan usahawan Muslim yang berdaya saing, tetapi pada masa sama melahirkan umat Islam yang sihat dan cergas," ujar Mohd. Gadafi.
Beliau turut menyediakan perkhidmatan terapi bekam yang beroperasi di Jalan Bandar 13, Taman Melawati, Kuala Lumpur sejak tiga tahun lalu.
Ramai daripada kalangan kita, apabila disebut tentang berbekam apa yang terbayang di mata kita amalan berbekam itu hanya melibatkan gambaran yang mengerikan seperti, torehan pisau, darah yang banyak memenuhi mangkuk atau cawan bekam, kesakitan yang amat sangat, terdedah kepada risiko komplikasi penyakit lain dan sebagainya.
Menjelaskan berkaitan salah faham berkaitan bekam sunnah kata Mohd. Gadafi, semua gambaran di atas adalah salah dan satu persepsi yang negatif serta tidak adil terhadap bekam sunnah.
Jelasnya, bekam adalah pengeluaran darah dari permukaan kulit untuk tujuan pengubatan dan mengekalkan kesihatan. Bekam juga disebut satu proses terapi untuk membuang darah kotor atau darah toksik yang terdapat pada badan seseorang.
"Bekam dipercayai telah wujud sejak zaman purba seperti di Greek dan dan di Mesir. Pada masa itu bekam adalah dengan menggigit kulit untuk mengeluarkan darah sebelum ia disedut.
"Pada zaman Nabi Musa, bekam turut digunakan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit," jelasnya.
Bekam adalah satu daripada cara perubatan yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Baginda mengiktiraf bekam ini sebagai perubatan yang paling baik, sama ada untuk perawatan (curative) atau pencegahan (preventive) sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis. Pada zaman Rasulullah SAW bekam adalah dengan menggunakan tanduk.
Kini, kata Mohd. Gadafi, bekam mengalami proses kemajuan dari segi kaedah atau tekniknya sejajar dengan perubahan masa.
Pesakit boleh membuat pilihan sama ada melakukan bekam cawan/basah, bekam angin/kering, bekam tarik dan bekam lintah.
"Malah ia juga tidak berbahaya kerana tiada lagi penggunaan torehan pisau tetapi kaedah tusukan dengan menggunakan pen lenset yang jauh lebih selamat dan bersih," katanya.
Kebiasaannya pesakit dianjurkan mengambil makanan tambahan seperti madu, habatussauda, minuman herba, makan makanan berprotein tinggi untuk pertambahan darah baru, banyak minum air serta dilarang melakukan kerja berat bagi mempercepatkan penyembuhan dan keberkesanannya.
Yang pastinya, dalam perlaksanaa bekam itu kata Mohd. Gadafi, seseorang pengamal itu mestilah terlebih dahulu melakukan rundingan dengan pesakit terutamanya berkaitan status kesihatan pesakit, membuat pemeriksaan awal, memberitahu gejala-gejala yang bakal timbul semasa dan selepas dibuat bekam.
Pengamal bekam turut memantapkan diri dengan ayat-ayat seperti; ayat Kursi, doa dan selawat syifa', sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW, membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas. Ini semuanya perlu kerana bekam bukan sahaja menyembuhkan racun/toksik di dalam badan tetapi juga sihir.
Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Boleh ke kalau anak-anak kecil berbekam?
Tak dinafikan ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka berbekam atas sebab kesihatan. Pada saya, soalan tu berbalik semula kepada ibubapa ter...
-
Soalan yang selalu sangat saya dapat. "Saya nak berbekam tapi saya tengah haid, boleh ke?" "Saya dengar tengah haid tak b...
-
Ekzema . (Daripada bahasa Greek: ēkzema ἔ κζεμα,) juga dikenali sebagai dermatitis atopik adalah satu bentuk keradangan kronik kulit. Ekzem...
-
Biasa tak rasa kebas dan lenguh pada tangan hingga rasa menyucuk-nyucuk? Sakit kan? Bila dia datang masa nak tidur memang langsung tak ...
No comments:
Post a Comment