Saturday 22 December 2012

Mengenai Rawatan Bekam

Rawatan bekam dikatakan dapat merawat berbagai jenis penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Kebaikan Rawatan Bekam Sunnah / Darah.

  • Mengeluarkan darah kotor / beku dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  • Membantu memecahkan lemak dan melegakan demam.
  • Membantu menghilangkan luka dalaman di bahagian kepala dan wajah, pening, migrain dan sakit gigi.
  • Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang, luka dalaman pada otot dan urat sendi di kaki.
  • Membantu memulihkan sakit bahu, dada dan punggung.
  • Membantu menghilangkan rasa kebas-kebas pada anggota badan.
  • Membantu meredakan serangan angin ahmar.
  • Membantu meringankan tubuh. (Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas)
  • Membantu mengatasi kemalasan, kelesuan dan banyak tidur.
  • Membantu merawat berbagai jenis penyakit mata, rabun dan menajamkan penglihatan. (Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur)
  • Membantu menyembuhkan luka-luka, bisul, jerawat dan gatal-gatal kulit.
  • Membantu memulihkan luka-luka bernanah.
  • Membantu mengatasi keracunan.

Antara Penyakit Yang Boleh Dirawat Dengan Rawatan Bekam.

Peraturan Dan Kekerapan Rawatan Bekam.

  • Anda dianjurkan tidak makan selama 2 jam sebelum melakukan rawatan bekam dan tidak boleh makan, mandi dan tidur selepas berbekam untuk 1 jam berikutnya.
  • Bagi orang sihat, anda dianjurkan menjalani rawatan bekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sesi.


Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)

No comments:

Post a Comment

Boleh ke kalau anak-anak kecil berbekam?

 Tak dinafikan ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka berbekam atas sebab kesihatan. Pada saya, soalan tu berbalik semula kepada ibubapa ter...