Wednesday 2 April 2014

DEFINISI (PENGERTIAN HIJAMAH)

Bekam merupakan kaedah pengubatan dengan cara mengeluarkan darah bermasalah dari dalam tubuh mellui permukaan kulit. Hijamah adalah pengubatan yang sudah dikenali sejak ribuan tahun sebelum masihi. Nama lainnya adalah Bekam, canduk, canthuk, kop, mambakan, di Eropah dikenali dengan istilah “Cupping Therapeutic Method”. Dalam bahasa Mandarin disebut “Pa Hou Kuan.  Dalam istilah perubatan moden, bekam digelar “Phlebotomy” dan “Venesection”.

            Perkataan “Hijamah” berasal dari bahasa arab, dari perkataan Al-Hijmu yang bererti pekerjaan membekam. Al-Hajjam atau Hujjam bermaksud ahli bekam. Al-Hijmu bermaksud menghisap atau menyedut.Al-Hajjam sama dengan Al-Mashshah, iaitu tukang menghisap atau tukang menyedut. Al-Mihjam atau Al-Mihjamah merupaka alat untuk bekam yang berupa tabung gelas untuk menampung darah yang keluar dari kulit.


            Kesimpulan definisi hijamah menurut bahasa adalah ungkapan tentang menghisap darah dan mengeluarkannya dari permukaan kulit, yang kemudiannya ditampung dalam gelas Mihjamah, yang menyebabkan pemusatan dan penarikan drah disana lalu dilakukan menorehan pada permukaan kulit dengan pisau bedah, sebagai untuk mengeluarkan darah. Hijamah berbeza dengan “Qath’ul-Irqi” (memotong urat). “Qath’ul-Irqi” adalah memasukkan jarum suntikan untuk mengambil darah dari urat nadi seperti halnya aktiviti menderma darah, yang disebut “Al-Fashdu”. Dalam ilmu kedoktoran Islam, bekam tidak boleh sembarangan dilakukan. Bekam hanya boleh dilakukan pada pembekuan/penyumbatan permukaan pembuluh darah, kerana fungsi bekam yang sesungguhnya adalah untuk mengeluarkan darah bermasalah dari dalam tubuh.

Bekam ke rumah Najwa
No. HP: 012-3350180 (SMS/Whatsapp)
BM: 74C8E8FD
Kawasan: Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Isnin-Jumaat: Malam Sabtu,
Ahad dan cuti umum: 10.00 pagi-6.00 petang

No comments:

Post a Comment

Boleh ke kalau anak-anak kecil berbekam?

 Tak dinafikan ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka berbekam atas sebab kesihatan. Pada saya, soalan tu berbalik semula kepada ibubapa ter...