Thursday 20 November 2014

Khasiat madu dan kayu manis

Khasiat madu dan kayu manis untuk Sakit Jantung

Di samping mengurangkan kolestrol, campuran madu asli dan serbuk kayu manis boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Ia turut membantu sistem pernafasan berjalan dengan lebih lancar serta mengekalkan kadar normal bagi denyutan jantung. Anda boleh mengamalkan menyapu campuran  serbuk kayu manis dengan madu asli ketas roti untuk sarapan pagi bagi menggantikan kaya atau jem.


Khasiat madu dan kayu manis untuk masalah Arthritis

Sekiranya anda pesakit arthritis, amalkan meminum campuran secawan air panas dengan 2 sudu madu campuran madu asli dan serbuk kayu manis setiap hari sebelum anda mengambil sarapan pagi.

Melalui kajian yang telah dibuat oleh University Copenhagen, 73 daripada 200 pesakit yang mencuba rawatan ini Berjaya sembuh 100%. Dalam sebulan setelah diberi resepi makanan sedemikian, kebanyakan pesakit arthritis ini mampu bergerak mahu pun berjalan tanpa merasa sakit.


Khasiat madu dan kayu manis untuk selsema/influenza

Sekumpulan saintis Sepanyol telah Berjaya membuktikan bahawa madu asli mengandungi bahan semula jadi yang mampu membunuh virus peyebab selsema.


Khasiat madu dan kayu manis untuk sakit perut

Campuran madu dan kayu manis juga boleh melegakan sakit perut serta membersihkan perut.
Ia akan membebaskan angin-angin di dalam perut. Disamping itu juga, ia boleh menurunkan berat badan.


Khasiat madu dan kayu manis untuk sakit gigi

Kalau sakit gigi, ambil 1 sudu serbuk kayu manis dan campurkan dengan 5 sudu teh madu asli. Letakkan campuran tadi pada bahagian gigi yang sakit, amalkan 3 kali sehari sehinggalah rasa sakit hilang.


Khasiat madu dan kayu manis untuk mengurangkan kolestrol

Amalkankan 3 kali sehari campuran 2 sudu teh madu dan 3 sudu teh serbuk kayu manis, kemudian campurkan dengan 16 auns teh dan mium air tersebut. Amalan ini dapat mengurangka kadar kolestrol dalam darah, malah dipercayai bahawa kadar kolestrol boleh menuru sehingga 10% dalam masa 2 jam setelah anda meminum campuran teh, madu dan serbuk kayu manis ini.


Khasiat madu dan kayu manis untuk membantu proses penghadaman

Bagi melancarkan system penghadaman dan pencernaan tubuh, ambillah campuran 2 sudu madu asli dan serbuk kayu manis.


Khasiat madu dan kayu manis untuk Jangkitan pada pundi kencing

Jika anda mengalami masalah jangkitan kuman pada pundi kencing, anda harus membunuh bacteria yang ada didalamnya;

Caranya:

Ambil 1 sudu madu asli dan 2 sudu serbuk kayu manis, kemudian campurkan kedalam air suam, amalkan meminum air tersebut.


Khasiat madu dan kayu manis untuk masalah jerawat

Campurkan 3 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis. Kemudian sapukan campuran itu pada muka (bahagian yang ada jerawat) lakukan sebelum tidur.

Pada keesokan pagi, bersihkan wajah anda dengan air suam. Amalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut.

Hasilnya ia akan menyingkir jerawat anda dari akar umbi, selain itu kulit anda akan berasa segar, awet muda da juga merawat masalah kulit seperti eczema.


Khasiat madu dan kayu manis untuk masalah keguguran rambut

Bagi anda yang mengalami masalah keguguran rambut, boleh amalkan cara ini;

Ambil campuran 1 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis, kemudian sapukan pada kulit kepala, biarkan selama 15 minit kemudian bilas dengan air sehingga bersih.


Khasiat madu dan kayu manis untuk menguatkan system imunisasi

Untuk anda yang megalami system imunisasi yang lemah, boleh amalkan campuran madu asli dan serbuk kayu manis ini untuk membantu menguatkan sistem imunisasi anda. Boleh diamalkan dengan menelan terus atau membancuh dengan air.


Khasiat madu dan kayu manis untuk masalah kesuburan

Bagi golongan lelaki, ambil 2 sudu madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan.

Untuk golongan wanita, ambil ½ sudu serbuk kayu manis yag dicampurkan dengan 1 sudu teh madu utuk meningkatkan kesuburan.


Khasiat madu dan kayu manis untuk masalah nafas berbau dan kurang pendengaran

Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan minum air campuran ini pada setiap pagi. Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya  pendengaran secara normal.


Khasiat madu dan kayu manis untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik

Untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik, amalkan meminum setiap hari campuran 3 cawan air teh panas dengan 4 sudu madu asli dan 1 sudu serbuk kayu manis.

No comments:

Post a Comment

Boleh ke kalau anak-anak kecil berbekam?

 Tak dinafikan ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka berbekam atas sebab kesihatan. Pada saya, soalan tu berbalik semula kepada ibubapa ter...