Tuesday 5 May 2015

Berita baik! Berita baik!

Berita baik untuk anda yang bekerja atau tinggal di area Setapak, Danau Kota,  Jalan Genting Klang, Wangsa Maju dan sekitar;
KAMI TIDAK MENGENAKAN TRANSPORT CHARGE UNTUK PERHIDMATAN BEKAM KE RUMAH ATAU PEJABAT ANDA.
Nak booking appointment?
Terus Whatsapp  0198222195 (Wawa)

Tuesday 24 February 2015

Mutiara kata Baginda Rasulullah SAW

Rasulullah SAW bersabda;

1. Jika di pagi hari seseorang telah mengadu pada manusia akan nasib hidup yang menimpa, sungguh ia telah kufur atas rezeki Tuhannya.

2. Jika ia mengeluh penuh duka tentang pelbagai masalah harta,  sungguh ia telah murka terhadap Tuhannya.

3. Jika seseorang menghormati orang kaya kerana limpahan hartanya,  sungguh telah binasa dua pertiga agamanya.

Thursday 22 January 2015

Kebaikan Bekam Sunnah

Bekam Sunnah melibatkan 11 poin atau titik sunnah di belakang badan.

Mengapa di namakan poin sunnah?
Poin-poin ini dipanggil poin sunnah kerana menurut pangkaji hadist, Rasulullah SAW pernah berbekam di poin-poin ini. 

Banyak kebaikan bagi pengamal bekam sunnah ini, ada antaranya dapat merasai perbezaan pada tubuh badan sebaik selesai sesi berbekam. Ini kerana bekam membantu melancarkan peredaran darah di samping "menggerakkan" kembali saraf-saraf yg "tidur" akibat dari cara hidup seharian yang pasif.  Bagi yang mengalami tekanan darah tinggi,  bekam sunnah amat membantu menstabilkan Kembali tekanan darah.

Bagi anda yang sering keletihan dan kelesuan, bekam adalah salah satu kedah terapi yang anda boleh rasai kebekersanannya hampir serta merta, kerana disamping mengeluarkan darah yang kotor dari tubuh badan ianya juga mengeluarkan angin dan segala jenis gas yag tidak baik dari dalam tubuh.




Tuesday 20 January 2015

Rawatan Gurah Resdung


Rawatan gurah resdung kerumah untuk lelaki dan wanita yang tinggal di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor. Untuk temujanji hubungi Najwa di 0123350180.

**Nota: kos transport mengikut tempat.


Friday 2 January 2015

Apa itu GURAH?

Rawatan gurah adalah kaedah rawatan sunnah nabi bagi penyakit yang berkaitan rongga kerongkong dan hidung. Kaedah rawatan ini adalah dengan menitiskan air herba dan madu kedalam lubang hidung, pesakit menyedut air herba tersebut dan memuntahkannya kembali. Lendiran kotor dan kahak dari hidung serta kerongkong akan keluar selama 45 minit hingga 1 jam (bergatug kepada individu). Rawatan gurah adalah satu keadah rawatan thibbun nabawi di mana Rasulullah SAW pernah melakukannya suatu masa dahulu.


Friday 28 November 2014

Khasiat Daun Durian Belanda (Sirsak)

Daun DURIAN BELANDA atau daun sirsak (Indonesia) amat berguna untuk pelbagai penyakit terutamanya untuk pesakit kanser. Durian Belanda atau nama saintifiknya Annona Muricata berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah di tanam di Asia Tenggara termasukMalaysia da Indonesia di mana ia dikenali sebagai sirsak (dari bahasa Belanda Zuurzak) yag biasaya tumbuh di aras laut hingga kaki bukit.

Daun Durian Belanda adalah ubat kanser yag murah dan mujarab. Biasanya pesakit yang berkemampuan memilih kimoterapi untuk rawatan penyakit kanser (walaupun menanggung kesakitan selepas setiap sesi rawatan). Tapi bagi mereka yang tidak berkemampuan, kini boleh mencuba alternative lain iaitu pengubatan menggunakn sumber alam semula jadi dan alami kurniaan yang Maha Esa.

Cara penyediaan.

Cara pertama:

Ambil 10 helai daun durian belanda dan reneh dengan 3 gelas air sehingga menjadi 1 gelas air. (rebusan 10 helai daun durian belanda ini boleh di ulagi sebanyak 2 kali rebusan untuk hari seterusnya.

Tapis dan minum 2 kali sehari iaitu sebelah pagi dan malam.

Cara kedua:

Kutip daun durian belanda dan cuci bersih, dengan menggunakan raga keringkan daun tersebut di tempat redup, bila daun sudah betul-betul kering simpan di baling kedap udara.

Ambil 3 helai daun yang sudah kering itu, carik-carikkan masukkan ke dalam gelas dan tambah air panas. Biarkan suam dan minum. Minum sehari sekali sebelah malam sahaja. (untuk pesakit kanser kronik minum teh daun durian belanda ini 3 kali sehari sehingga sel-sel kanser mengecut.

Selain merawat kanser, daun duria belanda ii juga sesuai bagi mereka yang mengalami;

-         Masalah batu hempedu
-         Anti sembelit
-         Menurunkan asid urik
-         Sebagai anti bodi dalam tubuh
-         Memudakan sel-sel badan
-         Mencegah selsema
-         Mengatasi masalah kencing tak lawas.


Note: perlu diingat bahawa herba ini tidak menunjukkan kesan serta merta, kesan penggunaannya dapat dilihat setelah istiqomah selama 3 ke 4 minggu. Maklum balas dari mereka yang telah mengamalkan herba inidengan cara yang betul dan berkala, menunjukkan reaksi seperti boleh beraktiviti seperti biasa sedikit demi sedikit. Bagi pengidap kanser pula, pemeriksaan oleh doctor menunjukkan sel-sel kanser mula berkuragan dan ada yang sembuh sepenuhnya Dengan Izin Allah SWT.

Thursday 20 November 2014

Khasiat madu dan kayu manis

Khasiat madu dan kayu manis untuk Sakit Jantung

Di samping mengurangkan kolestrol, campuran madu asli dan serbuk kayu manis boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Ia turut membantu sistem pernafasan berjalan dengan lebih lancar serta mengekalkan kadar normal bagi denyutan jantung. Anda boleh mengamalkan menyapu campuran  serbuk kayu manis dengan madu asli ketas roti untuk sarapan pagi bagi menggantikan kaya atau jem.


Khasiat madu dan kayu manis untuk masalah Arthritis

Sekiranya anda pesakit arthritis, amalkan meminum campuran secawan air panas dengan 2 sudu madu campuran madu asli dan serbuk kayu manis setiap hari sebelum anda mengambil sarapan pagi.

Melalui kajian yang telah dibuat oleh University Copenhagen, 73 daripada 200 pesakit yang mencuba rawatan ini Berjaya sembuh 100%. Dalam sebulan setelah diberi resepi makanan sedemikian, kebanyakan pesakit arthritis ini mampu bergerak mahu pun berjalan tanpa merasa sakit.


Khasiat madu dan kayu manis untuk selsema/influenza

Sekumpulan saintis Sepanyol telah Berjaya membuktikan bahawa madu asli mengandungi bahan semula jadi yang mampu membunuh virus peyebab selsema.


Khasiat madu dan kayu manis untuk sakit perut

Campuran madu dan kayu manis juga boleh melegakan sakit perut serta membersihkan perut.
Ia akan membebaskan angin-angin di dalam perut. Disamping itu juga, ia boleh menurunkan berat badan.


Khasiat madu dan kayu manis untuk sakit gigi

Kalau sakit gigi, ambil 1 sudu serbuk kayu manis dan campurkan dengan 5 sudu teh madu asli. Letakkan campuran tadi pada bahagian gigi yang sakit, amalkan 3 kali sehari sehinggalah rasa sakit hilang.


Khasiat madu dan kayu manis untuk mengurangkan kolestrol

Amalkankan 3 kali sehari campuran 2 sudu teh madu dan 3 sudu teh serbuk kayu manis, kemudian campurkan dengan 16 auns teh dan mium air tersebut. Amalan ini dapat mengurangka kadar kolestrol dalam darah, malah dipercayai bahawa kadar kolestrol boleh menuru sehingga 10% dalam masa 2 jam setelah anda meminum campuran teh, madu dan serbuk kayu manis ini.


Khasiat madu dan kayu manis untuk membantu proses penghadaman

Bagi melancarkan system penghadaman dan pencernaan tubuh, ambillah campuran 2 sudu madu asli dan serbuk kayu manis.


Khasiat madu dan kayu manis untuk Jangkitan pada pundi kencing

Jika anda mengalami masalah jangkitan kuman pada pundi kencing, anda harus membunuh bacteria yang ada didalamnya;

Caranya:

Ambil 1 sudu madu asli dan 2 sudu serbuk kayu manis, kemudian campurkan kedalam air suam, amalkan meminum air tersebut.


Khasiat madu dan kayu manis untuk masalah jerawat

Campurkan 3 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis. Kemudian sapukan campuran itu pada muka (bahagian yang ada jerawat) lakukan sebelum tidur.

Pada keesokan pagi, bersihkan wajah anda dengan air suam. Amalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut.

Hasilnya ia akan menyingkir jerawat anda dari akar umbi, selain itu kulit anda akan berasa segar, awet muda da juga merawat masalah kulit seperti eczema.


Khasiat madu dan kayu manis untuk masalah keguguran rambut

Bagi anda yang mengalami masalah keguguran rambut, boleh amalkan cara ini;

Ambil campuran 1 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis, kemudian sapukan pada kulit kepala, biarkan selama 15 minit kemudian bilas dengan air sehingga bersih.


Khasiat madu dan kayu manis untuk menguatkan system imunisasi

Untuk anda yang megalami system imunisasi yang lemah, boleh amalkan campuran madu asli dan serbuk kayu manis ini untuk membantu menguatkan sistem imunisasi anda. Boleh diamalkan dengan menelan terus atau membancuh dengan air.


Khasiat madu dan kayu manis untuk masalah kesuburan

Bagi golongan lelaki, ambil 2 sudu madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan.

Untuk golongan wanita, ambil ½ sudu serbuk kayu manis yag dicampurkan dengan 1 sudu teh madu utuk meningkatkan kesuburan.


Khasiat madu dan kayu manis untuk masalah nafas berbau dan kurang pendengaran

Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan minum air campuran ini pada setiap pagi. Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya  pendengaran secara normal.


Khasiat madu dan kayu manis untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik

Untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik, amalkan meminum setiap hari campuran 3 cawan air teh panas dengan 4 sudu madu asli dan 1 sudu serbuk kayu manis.

Boleh ke kalau anak-anak kecil berbekam?

 Tak dinafikan ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka berbekam atas sebab kesihatan. Pada saya, soalan tu berbalik semula kepada ibubapa ter...