Friday 14 November 2014

BACAAN WIRID atau FORMULANYA dari BAGINDA RASUL SAW

Walaupun ada beribu-ribu doa, bacaan dan amalan oleh orang-orang soleh namun ada beberapa formula yang tertentu yang lebih darjat dan manafaatnya seperti yang digelar MAQALAD AS-SAMAWI WAL-ARD yang bererti KUNCI PEMBUKA KHAZANAH LANGIT & BUMI.

Meskipun khas untuk mnyembuhkan penyakit / mengelakkan penyakit – faedah bacaan itu bukan hanya terhad kepada penyakit badan tetapi juga untuk penyakit lain.

BACAAN WIRID atau FORMULANYA dari BAGINDA RASUL SAW

Menjawab pertanyaan dari Uthman ibn Affan r.a baginda Rasul menjawab :-

Kamu bertanya kepada saya apa yang orang lain belum pernah bertanya. Kunci Pembuka Khazanah Langit & Bumi itu adalah yang berikut :-

Formula Bacaan:
Mulakan dengan menyebut: La ilaha illa llah, Muhammadun Rasulullah, A'udhu billahi Min asy syaitani-rajim.

La ilaha illa Llahu wa-Llahu akbar
Wa subhan Allahi wal-hamdu li-Llahi
Wastaghfiru Llah alladzi la ilaha illa Hu
Wal-Awwalu wal- Akhiru waz-Zahiru
Wal baa tinu yuhyi wa yumitu
Wa huwa hayyul laa yamutu biya dihil khairu
Wa huwa aala kul-li shay in Qadiir.

Yang bermaksud :-

Tiada yang disembah melainkan Allah
Allah Maha Besar Maha Suci Engkau
Segala Puji Bagi Allah
Aku memohon Ampun kepada Allah
Tiada yang patut disembah melainkan Dia
Dia Yang Awal dan Dia Yang Akhir
Dia Yang Zahir dan Dia jugalah Yang Batin
Yang Menghidupkan Yang Mematikan
Dia Yang Hidup tanpa mati
PadaNya segala kebaikan
Dan Dia Berkuasa atas segala sesuatu.

FAEDAH FAEDAHNYA

Sabda Nabi kepada Uthman :-

Wahai Uthman , barangsiapa membacanya 100 kali sehari, akan dikurnia 10 faedah.

Pertama, segala dosanya yang lalu akan diampuni
Kedua , terlepas dari siksa neraka
Ketiga, dua malaikat dilantik untuk memeliharanya daripada penyakit
Keempat, dikurniakan khazanah rahmat & berkat
Kelima, mendapat pahala spt pahala membebaskan 100 orang hamba
Keenam, mendapat pahala spt membaca seluruh Al-Quran, Injil, Zabur & Taurat
Ketujuh, mendapat rumah disyurga
Kelapan, berkahwin dengan bidadari syurga
Kesembilan, dia akan dipermuliakan
Kesepuluh, permohonan keampunan bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan

Wahai Uthman, jika kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari. Kamu akan termasuk dalam golongan orang orang yang berjaya dan melampaui orang orang sebelum kamu dan selepas kamu.

CERITA KEJAYAAN – SUFI DARI PAKISTAN

Seorang sufi zaman ini, ABU ANIS BARKAT ALI dari Darul Ehsan , Pakistan telah mencapai kedudukan yang tinggi dan unik dikalangan orang orang yang membaca wirid atau formula yang hebat ini.
Beliau mendirikan sebuah papan-tanda yang besar dipintu masuk ke-bangunan tempat ibadahnya dan yang ditulis pada papan tanda itu ialah wirid atau formula ini.

Kehidupannya sendiri memperlihatkan pengaruh kesan bacaan itu :-

Beliau menjadikan 10,000 orang hindu kasta rendah sebagai anak angkat, memberikan mereka latihan dan pendidikan hidup yang sempurna

Beliau menyelenggara sebuah bilik perubatan . Hingga sekarang beliau telah mencelikkan 3,000 orang kurang daya penglihatan dengan percuma.

Beliau telah menulis lebih 300 buah buku tentang Islam & Sufi. Buku – buku ini diedar secara percuma. Pada kulit buku terulis :-

Buku ini ditulis untuk bacaan kita semua, bukan untuk jualan. Buku ini telah dijual kepada DIA dan demi untuk DIA jualah buku ini ditulis.

DIBACA 21 KALI SELEPAS SETIAP SOLAT

Bacaan ini boleh juga dibaca 21 kali setiap selepas solat. Ia akan memakan masa lebih kurang 3 – 4 minit sahaja. Amalkanlah. Salam Istiqamah buat Saudara Seislam.

Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Sumber;
Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
www.pusrapi.blogspot.com
www.pusrapi.com
(◕‿◕)

Thursday 13 November 2014

Khasiat Dan Fadhilat Yasin 7 Mubin

Al-Quran merupakan petunjuk dan ubat bagi mereka yang benar-benar yakin dan beriman dengannya. Tidak semua ilmu al-Quran ini dikuasai oleh seseorang. Tetapi mendalami ilmu-ilmu al-Quran akan dapat meningkatkan lagi kekuatan iman seseorang. Al-Quran adalah mukjizat. Ia juga mengandungi pelbagai hikmah yang hanya diketahui secara keseluruhannya oleh Yang Maha Pencipta. Sesiapa yang Allah kurniakan sebahagian hikmah ini kepadanya maka dia telah dibekalkan dengan bekalan yang terbaik.
“Bacaan al-Quran adalah suatu ibadah. Setiap huruf akan diganjarkan dengan 10 kebajikan. Bukannya Alif Lam Mim (الم) itu satu huruf kata Nabi SAW, tetapi Alif itu satu huruf, Lam itu satu huruf dan Mim itu satu huruf. Surah Yaasin pula diganjarkan sebagaimana yang diniatkan oleh pembacanya.” (al-Hadith).
.
Bacaan Surah Yasin tidak tertakluk pada malam Jumaat sahaja. Bila-bila masa pun boleh dibaca sekiranya inginkan pada pahala dan berkahnya, apatah lagi jika ada sesuatu permasalahan, kesusahan dan musibah yang perlu di atasi segera.
.
.

Yasin 7 Mubin

Kali ini kita fokaskan pada bacaan ‘Yasin 7 Mubin’. Dalam Surah Yaasin terdapat tujuh tempat perkataan “mubin” iatu pada ayat;
1)   Ayat 12 = Mubin Pertama
36:12
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
.
2)   Ayat 17 = Mubin Kedua
36:17
“Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata”.
.
3)   Ayat 24 = Mubin Ketiga
36:24
“Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
.
4)   Ayat 47 = Mubin Keempat
36:47
Dan apabila dikatakan kepada mereka:” Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu”, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): ” Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata”.
.
5)   Ayat 60 = Mubin Kelima
36:60
“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
.
6)   Ayat 69 = Mubin Keenam
36:69
(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;
.
7)   Ayat 77 = Mubin Ketujuh
36:77
Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),
.
.

Cara membaca Surah Yassin

Yasin ada beberapa kaedah dan cara pembacaannya, bergantung kepada tujuan khususnya. Ada Yasin Tunggal (biasa), Yasin Wirid (untuk rezeki) dan ada yang membaca Yasin 7 Mubin untuk sesuatu hajat.
.
Yasin 7 Mubin ini dibaca untuk mendapatkan semula barangan berharga yang telahdicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.
.
.

Kaedah Membaca Yasin 7 Mubin

Kaedah yang dinyatakan ini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Yasin 7 Mubin perlu dibaca dengan kadar yang segera iaitu dalam tempoh 24 jam dari kehilangannya.
.
A. Langkahnya adalah seperti berikut:-
  1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.
  2. Boleh juga dibaca Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali secara bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala, ketika dalam sujud yang terakhir.“Tidak ada Tuhan selain Dikau. Maha Suci Dikau Ya Allah, sesungguhnya daku adalah termasuk orang-orang yang aniaya.”
  3. Selesai Solat Hajat,mulakan bacaan Surah Yasin mengikut kaedah seperti berikut;
  4. Membaca Surah Yasin, apabila sampai pada setiap perkataan ‘Mubin’ (مبين), hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulangi semula bacaan Yasin daripada permulaan surah.
.
.
B.  Cara-cara untuk membacanya ialah :
  1. Bacaan Yasin dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan Selawat 11 kali.
  2. Baca Yasin sehingga di Mubin (مبين) pertama (ayat ke 12) dan berdoa.
  3. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kedua (ayat ke 17) dan berdoa.
  4. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang ketiga (ayat ke 24) dan berdoa.
  5. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keempat (ayat ke 47) dan berdoa.
  6. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kelima (ayat ke 60) dan berdoa.
  7. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keenam (ayat ke 69)dan berdoa.
  8. Ulang semula dari awal sehingga Mubin yang ketujuh (ayat ke 77), berdoa .
  9. Lengkapkan bacaan Yasin sehingga habis ke penghujung surah dan disudahi dengan bacaan penutup (صدق الله العظيم).
.
Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui kehilangan barang tersebut.
.
.

Fadhilat Lain Yasin 7 Mubin

Dari kajian, kaedah di atas juga boleh digunakan untuk:
1. Pendinding dari gangguan jin dan syaitan.
2. Memanggil anak-anak yang lari dari rumah.
3. Melindungi diri dari difitnah atau dizalimi manusia.
4. Dibaca bagi pesakit yang sedang tenat (baca pada air untuk diminum).
.
Perlu ditegaskan, ini adalah satu kaedah zikir, janganlah meletakkan pergantungan kepada ayat, jaga iktikad anda dan berserahlah hanya kepada Allah SWT semata.
Selamat mencuba… Semoga ini dapat memberikan manfaat untuk kita semua .. Insya-Allah …

Sumber: http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/01/27/khasiat-dan-fadhilat-yasin-7-mubin/

Thursday 30 October 2014

Apa itu GUASA

‘Guasa‘ merupakan suatu terapi perubatan tradisi masyarakat Cina. Kaedah ini  merupakan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diwarisi oleh nenek moyang sejak beribu-ribu tahun dahulu. Keunikannya telah menarik perhatian disebabkan oleh keberkesananya yang mujarab untuk masalah demam dan selsema.

Alat-alat guasa yang digunakan pada zaman dahulu terdiri daripada duit syiling atau sudu seramik. Alat-alat ini akan dicelup di dalam air ataupun minuman keras, kemudian digunakan untuk meraut pada permukaan kulit sehingga bintik-bitik merah kelihatan. Kini, papan guasa diperbuat daripada tanduk kerbau dan merupakan alat  penebat elektrik. Ini menyebabkannya berkesan dan sesuai untuk membuang kepanasan dan toksin dari badan. Kegunaan papan ini tidak menghasilkan sebarang geseran atau haba.

Antara Penyakit Yang Boleh Dirawat Menggunakan Kaedah Guasa ialah seperti berikut: InsyaAllah...

1. Selsema
2. Buasir
3. Sembelit
4. Sakit Kepala
5. Insomnia
6. Kelesuan
7. Sakit Sendi
8. SakitPinggang Yang Teruk
9. Sakit Pinggang Pada Tulang Belakang
10. Terseliuh
11. Sakit Bahu Pada Usia 50 Tahun
12. Sakit Otot Selepas Bangun Dari Tidur
13. Sesak Nafas Dan Jantung Berdebar Dengan Cepat
14. Tekanan Darah Tinggi
15. Sakit Semasa Haid
16. Kelemahan Fungsi Fisiologi
17. Kurangkan Lemak
18. Kelemahan Badan
19. Mengeluarkan Kahak
20. Myopia
21. Tersedu
22. Sakit Perut
23. Kurang Selera Makan
24. Cirit Birit
25. Mabuk Kereta
26. Mabuk Arak
27. Histeria
28. Bahu Dan Belakang Yang Tegang
29. Kekejangan Kaki Dan Abdomen
30. Tekanan Darah Rendah
31. Mata Yang Letih
32. Pening
33. Hidung Bengkak Dan Berair
34. Hidung Berdarah
35. Sakit Gigi
36. Rasa Muntah Semasa Mengandung
37. Kekurangan Penghasilan Susu
38. Keradangan Pundi Kencing
39. Kanak-kanak Yang Lemah
40. Kencing Semasa Tidur
41. Lelah
42. Tumor
43. Kaki Berbau Busuk 


Terapi Guasa adalah satu teknik yang praktikal kerana teknik ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana jua kita berada. Dengan hanya melakukanya selama beberapa minit setiap hari, ianya sudah cukup untuk memberikan kesan yang efektif terhadap kesihatan kita.

Friday 10 October 2014

Bekam untuk Bisul

Penyakit bisul merupakan kumpulan nanah terkumpul di dalam rongga yang terbentuk oleh tisu akibat proses jangkitan (biasanya disebabkan oleh bakteria atau parasit) atau sebarang bahan asing (contohnya. luka tikaman/tembakan). Ia merupakan sistem ketahanan diri tisu untuk menghalang penyebaran bahan berjangkit kepada bahagian badan yang lain.
Organisma atau bahan asing yang memasuki sebahagian tisu membunuh sel sekeliling, membebaskan toksin dan mengakibatkan tindak balas keradangan dengan menarik banyak sel darah putih kepada kawasan tersebut dan meningkatkan aliran darah di sekeliling. Dengan itu, nanah adalah kumpulan sel tisu yang mati, sel darah putih, organisma yang berjangkit atau bahan asing dan toksin yang dibebaskan oleh kedua-dua organisma dan sel darah. Sturktur akhir bisul adalah dinding bisul yang terbentuk oleh sel sihat dalam cubaan mendirikan halangan sekeliling nanah yang menghadkan bahan berjangkit dari struktur sekeliling.
Simptom utama dan tanda sebarang proses keradangan adalah kemerahan, panas, bengkak dan sakit. Bisul mampu terbentuk pada sebarang tisu pejal tetapi sering kali berlaku pada permukaan kulit (where they may be superficial pustules or deep skin abscesses), dalam paru-paru, otakbuah pinggang dan tonsil. Komplikasi utama adalah penyebaran bahan nanah kepada tisu berdekatan atau jauh dan tisu mati yang berlaku secara meluas (gangrene). Bisul pada kebanyakan bahagian badan jarang sembuh sendiri, jadi rawatan perubatan perlu apabila bisul disyaki berlaku.
Kaedah terapi Bekam mampu membantu mereka yang sering mengalami masalah bisul. Bekam di 11 titik sunnah (amat di galakkan berbekam pada tarikh-tarikh sunnat pada setiap bulan) amatlah membantu mengeluarkan sisa toksid dalam badan sekaligus membantu juga dalam pelbagai permasalahan yang lain, disampaing mengamalkan perawatan dan terapi cara Rasullullah S.A.W.

Thursday 9 October 2014

Tarikh Sunat Berbekam Zulhijjah 1435H

Bagi anda yang menghadapi masalah kesihatan yang sukar pulih , amatlah di galakkan berbekam pada waktu tarikh-tarikh sunnah. Berbekam pada tarikh ini akan mendapat kesembuhan dan rahmat dari ALLAH. Terapi Bekam ini sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah gangguan sihir dan masalah penyakit kulit.
Tarikh sunnah adalah pada setiap 17,19 dan 21hb bulan islam. Ahad ini, 11.10.2014 adalah bersamaa 17 Zulhijjah amat sesuai untuk anda berbekam.

Wednesday 3 September 2014

Letih? Lesu? Tidak bermaya?

Anda acapkali berasa letih, lesu dan tidak bermaya?  Sesuatu perlu anda lakukan! Pergilah bersenam atau marilah BERBEKAM. InshaaAllah kaedah Terapi Bekam ini amat membantu individu yang seringkali mengalami masalah letih, lesu dan tidak bermaya akibat tekanan kerja dan cara hidup sehari - harian.

Tak perlu bersusah pergi ke pusat rawatan,  hubungi kami segera untuk temujanji bekam di rumah anda.

SMS / Whatsapp 0123350180.

Friday 29 August 2014

Manfaat Bekam Mengikut Titik (Lokasi) Sunnah

Titik bekam pada umumnya adalah untuk meringankan gangguan pada organ dan saraf apabila dibekam pada tempat gangguan, terutamanya kerana gangguan kelebihan darah atau darah bermasalah atau kedua-duanya. Titik-titik bekam yang disukai Rasulullah S.A.W iaitu;

Bekam atas dua urat leher

1. Mencegah Sakit kepala
2. Mencegah sakit di wajah
3. Mencegah sakit gigi
4. Mencegah sakit telinga
5. Mencegah sakit hidung
6. Mencegah sakit kerongkong

Bekam pada Tengkuk;

1. Mencegah tekanan darah pada tegkuk
2. Mengatasi rabun
3. Mengatasi benjolan di mata
4. Mengatasi rasa berat pada alis dan kelopak mata
5. Mengatasi penyakit mata lainnya
6. Mengubati lepra
7. Megubati berbagai macam penyakit

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa: “Rasulullah S.A.W pernah menggunakan hijamah (bekam) atas tiga bahagian tubuh, bahagian atas tulang belakang dan atas urat leher.”


Bekam pada pelipis

1. Mengubati sakit kepala
2. Mengubati sakit diwajah
3. Mengubati sakit telinga
4. Megubati sakit hidung
5. Mengubati sakit kerongkong

Bekam pada Leher

1. Mengubati penyakit di leher
2. Mengubati sakit di leher

Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas R.A, bahawa Rasulullah S.A.W pernah melakukan bekam sebanyak 3 kali pada 2 pelipis dan lehernya.

Bekam di atas pinggul;

1. Menghilangkan sengal-sengal
2. Menghilangkan kelelahan

Dalam Sunan Abu Daud disebutkan dari hadith Jabir R.A bahawa Rasulullah S.A.W pernah melakukan bekam di bahagian atas pinggul Baginda S.A.W.

Sumber: TIAF (Terapi Islam Al-Fatah)

Sumber: TIAF (Terapi Islam Al-Fatah)

Wednesday 27 August 2014

Waktu Bekam

Berkenaan dengan waktu, maka ada waktu-waktu yag mustajab sebagaimana ALLAH menetapkan waktu-waktu yang paling baik dalam beribadahdan berdoa kepadaNYA;

1. Waktu hendak berbuka puasa
2. Waktu 1/3 malam
3. Waktu Azan dan Iqamat
4. Waktu saat Sujud dalam Solat
5. Waktu saat Wukuf di Arafah


Begitu juga dengan berbekam Rasulullah S.A.W sangat meganjurkan pada hari-hari dan tarikh tertentu yang terbaik untuk berbekamsebagaimana sabda Baginda SAW:
Dari Ibnu Abbas r.a, Rasulullah S.A.W bersabda
“Berbekamlah pada hari ke 17, 19 dan 21.” (HR Tirmidzi)

Dari Anas r.a. Rasulullah S.A.W bersabda:
“Bahwasanya Rasulullah S.A.W melakukan bekam di akhda’ain dan kahilnya pada hari ke 17, 19 dan 21.”

Dari Abu Hurairah Rasulullah S.A.W bersabda:
“Barangsiapa melakukan bekam pada hari ke 17, 19 atau 21 maka akan menyembuhkan berbagai penyakit.”

Dalam kitab Qonun fith Thibb, bahawa waktu untuk melakukan bekam itu jam dua atau tiga siang dan dilakukan setelah mandi.

Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas, ia berkata:
“Nabi Muhammad S.A.W berbekam, sedangkan pada saat itu Baginda berpuasa.” (HR Bukhari 1939)
“Nabi Muhammad S.A.W berbekam sedangkan pada saat itu Baginda berihram.” (HR Bukhari 1835)

Ibnu Sina dalam kitab beliau menyebut tetag waktu paling baik untuk berbekam ialah pada waktu tengah hari (pukul 14 atau 15) krena pada waktu itu saluran darah sedang mengembang dan darah-darah Toksid sedag dikeluarkan. Jadi mengikut prinsip yag sama kita boleh menghangatkan pesakit selama 1 jam, istirehat selama 15 minit dan mulai dibekam.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a Rasulullah S.A.W bersabda:
“Barang sipa berbekam pada 17, 19 dan 21 hari bulan Hijriyah maka itu adalah hari-hari yang menyembuhkan peyakit.”


Sumber: TIAF (Terapi Islam Al-Fatah)

Tuesday 5 August 2014

RM5 untuk Gaza


Assalamualaikum W.M.

Tergerak hati untuk berbuat sesuatu, walaupun hanya secebis garam dilautan nilaiannya. Dihati berkata, Inshaallah sumbangan ini akan dapat membantu mereka yang amat memerlukan.

Bermula hari ini RM5 dari setiap seorang anda yang berbekam dengan kami akan kami salurkan ke salah satu akaun diatas. Semoga dengan cara ini kita sama-sama dapat membantu dan tidak kelu bila ditanya diakhirat nanti... dimanakah kita ketika saudara-saudara kita digempur di Gaza? Kita tak mampu mengangkat senjata, hanya ini cara untuk kita membantu mereka... Inshaallah. Sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI.

Wednesday 16 July 2014

Arah Kiblat

Assalamualaikum
Hari ini 16 Julai merupakan satu tarikh yg penting kerana umat Islam di Malaysia boleh menyemak arah kiblat yg betul. Ini kerana pada 28 Mei dan 16 Julai setiap tahun, kedudukan matahari adalah betul2 tepat di atas Kaabah.Fenomena ini dipanggil  Istiwa A'zam. Jadi pada 16 Julai tepat pukul 5.28 petang..carilah dimana kedudukan matahari di saat itu, maka itulah arah kiblat yg betul...kerana matahari betul2 di atas kaabah. Jadi saudara saudari sekalian, set lah alarm di handhone anda, esok tepat jam 5.28 petang waktu Malaysia sebagai reminder untuk semak arah kiblat yang betul.Sila share mesej ini. Mungkin asbab mesej anda share ini, anda menyelamatkan ribuan dari kalangan kita yang selama ini bersolat dengan arah kiblat yg terpesong atau tidak betul seumur hidup mereka. Terima kasih

Wednesday 9 July 2014

Apa ada dalam GINCU?

Tahukah ANDA?!!
Kandungan Merbahaya Dalam Gincu:

Wanita seringkali berkait rapat dengan kosmetik. Gincu adalah salah satu produk kosmetik yang paling biasa digunakan wanita tetapi ia dapat tidak lari dari kandungan merbahaya, bertoksin serta penyebab kanser seperti aluminium, bahan pewarna, cadmium, plumbum, petroleum dan tar arang batu. Tidak hairan wanita juga sering dikaitkan dengan kanser payudara.

Industri kosmetik sudah tentu tidak mahu golongan wanita tahu bahawa bahan-bahan yang digunakan di dalam gincu boleh membahayakan kesihatan. Produk gincu mudah menyerap ke dalam tubuh kerana ia melembapkan bibir sepanjang hari lebih-lebih lagi ketika makan, minum dan bercumbu. 

Dalam satu kajian, penyelidik meminta sekumpulan remaja menyerahkan gincu yang mereka gunakan untuk menguji kandungan logam toksik seperti plumbum dan cadmium. Walaupun kandungan bahan tersebut berbeza-beza mengikut jenama, pengkaji mendapati bahawa mereka yang menggunakan gincu 2-3 kali sehari boleh tertelan 20 peratus dari jumnlah penggunaan harian di dalam minuman kandungan aluminium, cadmium, chromium dan manganese. Plumbum yang manusia perlu jauhi dengan apa cara sekalipun ditemui dalam 75 peratus dari sampel yang diuji. Peningkatan plumbum boleh menyebabkan keguguran, kerosakan DNA dan sel otak.

Dalam analisa yang dilakukan oleh FDA, mereka menemui plumbum di dalam 400 jenis gincu jenama popular. 380 darinya mengandungi 7.19 ppm melebihi had selamat. FDA juga tidak meletakkan had selamat berapa banyak jumlah plumbum di dalam sebatang gincu. Bagaimanapun, FDA menafikan plumbum di dalam gincu boleh membahayakan kerana gincu "bukan dibuat untuk ditelan".

Beberapa jenama yang dianalisa seperti Wet 'n Wild, Shiseido dan Bobbi Brown didapati mengandungi kurang dari 1ppm.

Cadmium adalah karsinogen, ditemui dalam biopsi kanser payudara dan terbukti menyebabkan sel-sel kanser membiak dalam eksperimen makmal. Cadmium adalah sejenis bahan cemar yang biasa ditemui di dalam tanah. Apa yang membimbangkan, pengguna tidak mengerti tentang perkara ini dan ia terdapat di dalam gincu yang mereka gunakan setiap hari.

Berikut antara jenama yang mengandungi plumbum mengikut kajian yang dijalankan oleh FDA pada 2012.

*Sumber: The Secret Medicines.

Thursday 19 June 2014

Perkongsian Ilmu dgn perserta dari Brunei

Assalamualaikum W.M.

Alhamdulillah selesai dengan jayanya sesi perkongsian ilmu bekam dengan peserta dari Brunei.

Pasangan suami isteri yang merupakan guru keduanya amat - amatlah mudah kerana bekam sudah menjadi amalan kedua mereka. Kedatangan keduanya ke Malaysia untuk mempelajari ilmu bekam bagi menjadi penghijam sekali gus penyambung Sunnah Rasulullah S.A.W.

Semoga sekembalinya mereka ke Brunei dapat memperkenalkan kaedah tetapi cara Rasulullah SAW ini kepada rakan2 mereka.

Saturday 7 June 2014

MIMPI SEORANG GADIS

============================= Untuk Renungan Bersama..... ============================= Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi)oleh Ustazah Noorbayah Mahmood ============================= Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya.. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. ============================= Lalu Rasulullah menegurnya. ============================= "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" ============================= Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya ============================= "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi. ============================= "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." ============================= Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut. ============================= "Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." ============================= Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. ============================= "Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? ============================= Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil..Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir... Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. ============================= Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. ============================= Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. ============================= Lalu aku bertanya kepada ayahku. ============================= "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama" ============================= Lalu dijawab oleh ayahnya ============================= . "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia" ============================= Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. ============================= Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." ============================= Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi. ============================= Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam. ============================= Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. ============================= Rasulullah lantas berkata, ============================= "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun..INSYAALLLAH." ============================= "WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA....

Monday 2 June 2014

Kursus Bekam Bersanad dan Rawatan Islam - 31 Mei & 1 Jun 2014

Alhamdulillah selesai sudah Kursus Bekam Bersanad dan Rawatan Islam pada 31 Mei dan 1 Jun 2014 bertempat di Gombak dengan penceramah jemputan Ustaz Saiful Nizam.

Dua hari yang amat memenatkan sebagai pembantu dan pengajar,  tetapi amat memberi kepuasan dan pelbagai ilmu yang dapat dikongsi dengan peserta dan juga penceramah jemputan.

InshaaAllah kursus ini akan diadakan pada setiap bulan, Sesiapa yang berminat untuk menyertai bolehlah menghubungi saya.

Monday 26 May 2014

KURSUS ASAS BEKAM - 16/06/2014

Untuk makluman semua, kami akan menganjurkan kursus asas bekam pada 16/06/2014. Nak join? Lihat detail di bawah;

YURAN : RM 400.00 SEORANG

YURAN TERMASUK ALATAN DIBAWAH;
1) PEN BEKAM
2) 50 biji jarum bekam
3) 1 set bekam 24 cup
4) Buku teks PENYEMBUHAN PENYAKIT KAEDAH BEKAM CARA RASULULLAH SAW
5) Sijil Penyertaan
6) Alatan asas untuk praktikal

Modul Latihan
Sesi pertama: Ta'aruf peserta
Sesi kedua: Pengenalan dan penerangan secara teori kaedah terapi bekam.
sesi ketiga: latihan praktikal
Pembayaran yuran selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh kursus hendaklah di masukkan ke dalam akaun AMBANK no 090-002-010038-5 nama NAJWA BINTI MAMOR. Setelah bank-in sila SMS/WHATSAPP nama penuh anda, no. i/c dan alamat ke 012-3350180 (Serahkan slip pembayaran pada hari kursus).

CARA-CARA NAK BOOKING KURSUS Sila TAIP
KURSUS BEKAM<>NAMA ANDA <>NO IC<>TARIKH YG DI PILIH> DAN SMS/WHATSAPP KE 012-3350180

CONTOH :
KURSUS BEKAM
SITI BINTI ALI 880123-14-5688
TARIKH 29 MAC 2014 SABTU

**digalakkan berpasangan (suami isteri atau rakan) untuk memudahkan latihan praktikal**

Tuesday 6 May 2014

Statement: "Habislah darah saya nanti bila berbekam!"

Ada beberapa kali individu menghubungi saya bertanya itu dan ini tentang BEKAM, namun di akhir perbualan menempelak saya semula dengan ayat "Habislah darah saya nanti bila berbekam!". Hmm... ok, saya tak akan menjawab bila di tempelak begitu sebabnya tak ada gunanya bertekak dengan manusia spesis begitu atau dalam bahasa yang tak berapa nak lembut; buang karan jer..

Tapi terlintas untuk saya menulis entry ini sebagai ilmu untuk dikongsi bersama (kalau ada yang salah atau kekurangan tegurlah saya secara berhemah ye).

DARAH ANDA TAK AKAN HABIS DISEBABKAN BERBEKAM. Tak kira betapa kurusnya anda, InShaaAllah tak akan habis. Ini kerana proses berbekam hanya menyedut darah kotor yang ada dipermukaan kulit DAN BUKANNYA DI URAT DAN PEMBULUH DARAH UTAMA! Proses penyayatan hanya menggunakan jarum dan jika menggunakan pisau sekalipun hanya torehan seakan-akan layangan dipermukaan kulit.

Jadi, jangan takut untuk berbekam kerana Rasulullah S.A.W juga mengamalkan bekam, dan niatlah untuk mengikut Sunnah Baginda; semoga kita semua mendapat pahala dari Allah S.W.T dan mendapat Syafaat dari Baginda Rasulullah S.A.W.

Monday 5 May 2014

Soalan: Berapa kerap kita perlu berbekam?

Jawapan:

Bergantung kepada individu, tiada jadual khusus untuk berbekam tetapi kita semua adalah individu yang berbeza dan budaya pemakanan kita juga berbeza.

Biar saya jelaskan disini, apa perbezaan yang saya maksudkan. Kita terdiri daripada;

1. individu yang amat mengambil berat tentang pemakanan, contohnya memastikan makanan yang bakal dimakan mempunyai nutrient yang diperlukan oleh tubuhnya sahaja.

2. individu yang langsung tak kisah dengan pemakanan.

3. individu yang banyak mengambil makanan segera.

4. individu yang mempunyai masalah kesihatan dan perlu mengambil ubat atas nasihat doctor.

5. individu yang sering mengalami tekanan tak kira dirumah atau di tempat kerja.

Untuk anda yang tergolong dari golongan individu yang pertama, cukuplah kalau anda berbekam setahun sekali atau dua kali.

TETAPI jika anda tergolong dari golongan kedua hingga kelima, saya sarankan anda berbekam setiap dua bulan dan berbekamlah pada tarikh-tarikh sunnat, In Shaa Allah akan membantu dalam mengeluarkan sisa-sisa toksid didalam tubuh anda.


Friday 2 May 2014

Kursus Bekam di Jalan Kuching

Alhamdulillah dengan izin Allah kami selamat menurunkan ilmu yang tak seberapa ini kepada pasangan suami isteri (Puan Allin dan En. Akhir) yang ingin meneruskan legasi pembekam.

Puan Allin adalah pengasas produk kecantikan dan barangan bersalin, Alhamdulillah memilih bekam untuk menambah produk di premis mereka. Semoga dengan adanya khidmat bekam di kedai mereka akan menambah keberkatan dalam perniagaan (sebaik-baik ummat adalah tukang bekam).

Wednesday 23 April 2014

Temujanji di luar kawasan

Alhamdulillah, kelmarin kami dapat panggilan dari Tanjumg Malim. Sebenarnya kami tak keberatan untuk pergi bak kata orang, jauh perjalanan luas permandangan.. sambil tu dapat juga menambah kenalan. Tapi, kami tak sampai hati bila kira-kira kos perjalanan yang perlu kami cas kepada pelanggan kami yang kami sayangi...

Macam ni lah.. untuk win win situation, untuk anda yang berminat dengan perkhidmatan kami dan anda tinggal diluar kawasan... kumpulkan kawan-kawan dan sanak saudara ajak berbekam ramai-ramai. Kos perjalanan yang kami kenakan tu bolehlah dikongsi sama rata (ni namanya berat sama dipikul, kalau ringan bolehlah dijinjing sorang2.. hehe..), dan kami kira amatlah berbaloi kerana harga perhidmatan kami juga amat reasonable.

Bukan setakat bekam sahaja, kalau anda ingin belajar Asas Bekam kami juga akan datang ke tempat anda. Info mengenai kursus disini

Anda yang berminat boleh hubungi kami untuk temujanji 0123350180 (SMS/Whatsapp)

Monday 21 April 2014

Comment tak boleh di baca

Assalamualaikum...

Saja2 nak corat-coret hari ni.. tergerak hati nak belek2 n setting2 blog harini. Entah macam mana ternampak ada comment dibeberapa post sebelum ni, dan try nak review. Allahu Akbar... tak boleh pula... macam mana ni?

Setelah lama membelek terfikir.. adakah sebab guna Google untuk profile blog jadi macam ni? Dan masa tu juga terfikir nak remove Google as a profile.. jeng..jeng..jeng... dan comment yang lama2 pon boleh di lihat.. tapi.... semua comment2 yang baru hilang...

Ok, saya nak minta maaf kepada semua yang pernah comment di blog saya tapi tak pernah pon saya reply. bukan sombong atau tak sudi, tapi sememangnya saya tak dapat melihat dan membaca comment anda.. Maafkan saya...

Bekam ke rumah Najwa No. HP: 012-3350180 (SMS/Whatsapp) BBM: 74C8E8FD Kawasan: Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Waktu Operasi: Isnin-Jumaat: Malam Sabtu, Ahad dan cuti umum: 10.00 pagi-6.00 petang

Boleh ke kalau anak-anak kecil berbekam?

 Tak dinafikan ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka berbekam atas sebab kesihatan. Pada saya, soalan tu berbalik semula kepada ibubapa ter...