Saturday 22 December 2012

Mengenai Rawatan Bekam

Rawatan bekam dikatakan dapat merawat berbagai jenis penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Kebaikan Rawatan Bekam Sunnah / Darah.

  • Mengeluarkan darah kotor / beku dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  • Membantu memecahkan lemak dan melegakan demam.
  • Membantu menghilangkan luka dalaman di bahagian kepala dan wajah, pening, migrain dan sakit gigi.
  • Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang, luka dalaman pada otot dan urat sendi di kaki.
  • Membantu memulihkan sakit bahu, dada dan punggung.
  • Membantu menghilangkan rasa kebas-kebas pada anggota badan.
  • Membantu meredakan serangan angin ahmar.
  • Membantu meringankan tubuh. (Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas)
  • Membantu mengatasi kemalasan, kelesuan dan banyak tidur.
  • Membantu merawat berbagai jenis penyakit mata, rabun dan menajamkan penglihatan. (Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur)
  • Membantu menyembuhkan luka-luka, bisul, jerawat dan gatal-gatal kulit.
  • Membantu memulihkan luka-luka bernanah.
  • Membantu mengatasi keracunan.

Antara Penyakit Yang Boleh Dirawat Dengan Rawatan Bekam.

Peraturan Dan Kekerapan Rawatan Bekam.

  • Anda dianjurkan tidak makan selama 2 jam sebelum melakukan rawatan bekam dan tidak boleh makan, mandi dan tidur selepas berbekam untuk 1 jam berikutnya.
  • Bagi orang sihat, anda dianjurkan menjalani rawatan bekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit anda dianjurkan berbekam seminggu sekali untuk tiga kali sesi.


Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)

ANGGOTA BADAN YANG DILARANG BERBEKAM DARAH

(i)
1. Ubun-ubun (kemungkinan untuk sesarangan lumpuh, cacat anggota)
2. Mulut
3. Telinga
4. Hidung
5. Mata
6. Kemaluan
7. Dubur
8. Puting susu
9. Daerah nodus limpa.
10. Tempat yang varises
11. Tulang ekor

(ii) ORANG YANG DILARANG BERBEKAM DARAH

1) Orang tua yang terlalu uzur.
2) Kulit yang luka atau infeksi (Pesakit kulit yang serius.)
3) Sehabis makan berat (kenyang sekali)
4) Wanita hamil 3 bulan pertama.
5) Wanita yang baru lepas bersalin
6) Orang yang sangat lapar
7) Orang yang gemetaran
8) Lemah hati
9) Radang usus
10) Orang sedang minum ubat kanser darah.
11) Ibu yang sering keguguran
12) Orang yang cuci darah
13) Orang yang mengalami kelainan kelep jantung
14) Orang yang kedinginan
15) Orang yang kerasukan
16) Orang sesudah derma darah
17) Orang yang habis muntah.
18) Pesakit darah rendah yang serius.

Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)

Monday 10 December 2012

Madu Lebah Tulen



Madu Lebah Asli (produk dipantau oleh Jabatan Pertanian Malaysia). Hanya RM17 (harga pengenalan). PM / SMS saya untuk order.

surah al-Nahl (ayat 65-69). Firman Allah:

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-buk

it, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). dari perut lebah itu, keluarlah minuman(madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamya terdapat ubat yang boleh mnyembuhkan bagi manusia. sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang yang memikirkannya.




Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)

Sihat Dengan Bekam

"Selama Aku berjalan pada malam Isra Mi'raj bersama para Malaikat,mereka selalu berkata "Wahai Muhammad,suruhlah umatmu melakukan bekam".

Ramai antara kita sedia maklum bahawa BEKAM adalah satu kaedah perawatan sunnah yang amat di galakkan oleh Rasul kesayangan kita Muhammad S.A.W. Tetapi malangnya ramai juga yang mempertikaikan keberkesanan kaedah rawatan BEKAM ini.

Memang sukar untuk diterima akal kerana secara mata kasar, bekam hanyalah mengeluarkan darah dan angin kotor yang berada di bawah lapisan kulit, tetapi tahukah anda bukan hanya darah dan angin malah semasa rawatan dijalankan, saraf-saraf dan otot-otot dirangsang dan kerana itulah selepas sesi rawatan kita akan merasa segar dan bertenaga. 

Saya masih lagi dalam proses mengeksplorasi ILMU BEKAM melalui pembacaan dan perkongsian ilmu dengan kereka yang lebih arif. Saya amat berharap   kita semua terutamanya Umat Islam akan sentiasa Sihat Dengan Bekam, kerana inilah salah satu Sunnah yang di ditinggalkan Kekasih kita Rasulullah S.A.W

Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)

Tuesday 27 November 2012

Ta’awudz (doa perlindungan)





Maksud : Aku berlindung dengan wajah Allah yang Maha Mulia dan dengan Kalimat-Kalimat Allah yang Sempurna yang tidak ada “melampauinya” segala kebaikan mahupun keburukan dari kejahatan apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar darinya dan dari kejahatan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan dari kejahatan fitnah di malam dan siang hari dan dari kejahatan jalan-jalan dimalam dan siang hari, kecuali suatu jalan yang dilalui dengan kebaikan, wahai
yang Maha Penyayang.

(Ta’awudz (doa perlindungan) diatas diajarkan oleh Malaikat Jibril a.s kepada Rasulullah SAW ketika malam Isra’ dan Mikraj. Ketika itu Nabi SAW dihadang oleh jin ifrit yang diutus oleh iblis yang membawa obor untuk membakar Nabi Muhammad SAW. Lalu Rasulullah membaca doa perlindungan tersebut sehingga ifrit tersebut kalah menyingkir (H.R Iman Al-Bukhari)

Kegunaan: Boleh amalkan untuk tujuan pendinding diri.



Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)

Sunday 18 November 2012

Bersihkan Darah dari sisa-sisa ubatan melalui BEKAM


Bagi mereka yang menghidapi penyakit moden dan mengambil ubatan klinikal setiap hari seperti pil darah tinggi,pil kencing manis,panadol,ponstan,pain killer dan sebagainya,anda disyorkan berbekam sebulan sekali.Pil klinikal ini jika tidak dibuang dari saluran darah kotor dibawah eperdemis kulit,dikhuatiri akan merosakkan sistem ginjal dalam jangkamasa panjang.Jom berbekam...
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)


Untuk temujanji boleh hubungi 0123350180 (Call / SMS)

Boleh ke kalau anak-anak kecil berbekam?

 Tak dinafikan ada ibubapa yang mahu anak-anak mereka berbekam atas sebab kesihatan. Pada saya, soalan tu berbalik semula kepada ibubapa ter...