Berkenaan dengan waktu, maka ada waktu-waktu yag
mustajab sebagaimana ALLAH menetapkan waktu-waktu yang paling baik dalam
beribadahdan berdoa kepadaNYA;
1. Waktu hendak berbuka puasa
2. Waktu 1/3 malam
3. Waktu Azan dan Iqamat
4. Waktu saat Sujud dalam Solat
5. Waktu saat Wukuf
di Arafah
Begitu juga dengan berbekam Rasulullah S.A.W sangat
meganjurkan pada hari-hari dan tarikh tertentu yang terbaik untuk
berbekamsebagaimana sabda Baginda SAW:
Dari Ibnu Abbas
r.a, Rasulullah S.A.W bersabda
“Berbekamlah pada hari ke 17, 19 dan 21.” (HR Tirmidzi)
Dari Anas r.a. Rasulullah S.A.W bersabda:
“Bahwasanya Rasulullah S.A.W melakukan bekam di akhda’ain
dan kahilnya pada hari ke 17, 19 dan 21.”
Dari Abu Hurairah Rasulullah S.A.W bersabda:
“Barangsiapa melakukan bekam pada hari ke 17, 19 atau
21 maka akan menyembuhkan berbagai penyakit.”
Dalam kitab Qonun fith Thibb, bahawa waktu untuk
melakukan bekam itu jam dua atau tiga siang dan dilakukan setelah mandi.
Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas, ia berkata:
“Nabi Muhammad S.A.W berbekam, sedangkan pada saat
itu Baginda berpuasa.” (HR
Bukhari 1939)
“Nabi Muhammad S.A.W berbekam sedangkan pada saat itu
Baginda berihram.” (HR
Bukhari 1835)
Ibnu Sina dalam kitab beliau menyebut tetag waktu paling baik
untuk berbekam ialah pada waktu tengah hari (pukul 14 atau 15) krena pada waktu
itu saluran darah sedang mengembang dan darah-darah Toksid sedag dikeluarkan. Jadi
mengikut prinsip yag sama kita boleh menghangatkan pesakit selama 1 jam,
istirehat selama 15 minit dan mulai dibekam.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah
r.a Rasulullah S.A.W bersabda:
“Barang sipa berbekam pada 17, 19 dan 21 hari bulan Hijriyah
maka itu adalah hari-hari yang menyembuhkan peyakit.”
Sumber: TIAF (Terapi Islam Al-Fatah)